omniture

Kepware Perkenalkan Data Automasi Perindustian kepada Perusahaan menerusi KEPServerEX® Versi 6

Kepware Technologies
2016-11-15 22:04 420

Platform ketersambungan perusahaan yang tersedia membolehkan industri mengurus data dengan berkesan daripada persekitaran automasi perindustrian yang kompleks dan mampu menambah baik operasi

PORTLAND, Maine, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Kepware Technologies, sebuah cabang perniagaan PTC, hari ini mengumumkan pelancaran perisian KEPServerEX® Versi 6. Menerusi pelancaran besar-besaran platform ketersambungan perindustian penting ini, Versi 6 mengukuhkan tawaran produk utama Kepware untuk syarikat-syarikat global yang memerlukan ciri kebolehskalaan, keselamatan dan sokongan operasi yang dipertingkat. Ciri-ciri peningkatan termasuk kaedah baharu untuk konfigurasi jarak jauh, bahasa tambahan yang dapat menyokong pasaran automasi perindustrian penting dan kemas kini signifikan untuk antara muka pengguna selain pengalaman pelesenan.

generated by system

"Sejak Versi 5 dilancarkan pada tahun 2009, keperluan terhadap fungsi ketersambungan perindustrian semakin meningkat dengan mendadak. Memandangkan Internet Semua Benda (IoT) terus mempengaruhi seni bina perindustrian, syarikat-syarikat memerlukan penyelesaian komprehensif yang dapat menghubungkan dan menganalisis pelbagai data berhalaju yang lebih banyak untuk himpunan pelbagai aplikasi pelanggan yang lebih luas," kata John Harrington, Naib Presiden, Pengurusan Produk, Kepware. "Kami telah memasukkan ciri kebolehgunaan penting dan peningkatan seni bina yang dapat menyokong standard industri yang terus berubah ini ke dalam KEPServerEX Versi 6. Versi 6 yang tersedia untuk perusahaan, mesra IT dan selamat ini merupakan hasil maklum balas langsung demi memenuhi keperluan pelanggan kami yang terus berkembang dan berubah."

KEPServerEX Versi 6 menampilkan ciri peningkatan ketara terhadap fungsi pelayan teras dan pengalaman pengguna yang menyediakan platform ketersambungan perindustrian mesra IoT, termasuk:

  • Perubahan Berprogram melalui Konfigurasi API: API berasaskan REST yang baharu membolehkan pengguna luar kawasan membuat perubahan berprogram secara jarak jauh pada konfigurasi melalui aplikasi pelanggan pihak ketiga. Kini, pelanggan dapat mengkonfigurasi beberapa KEPServerEX dengan mudah menerusi perisian perusahaan mereka, dan ini menjamin peningkatan keselamatan dan kolaborasi antara Operasi dan juga IT.
  • Penyetempatan untuk Pasaran Jepun dan Jerman: Ciri-ciri utama dan pemacu peringkat teratas telah disetempatkan demi meningkatkan kebolehcapaian, produktiviti dan keselamatan KEPServerEX untuk pelanggan setempat di Jepun dan Jerman selain syarikat antarabangsa lain di dunia.
  • Pembangunan Natif Teknologi OPC UA: Pembangunan natif teknologi teras OPC UA memberikan prestasi yang dipertingkat, diagnostik yang ditambah baik dan asas yang kukuh demi memastikan ciri peningkatan fungsi OPC UA yang berterusan.
  • Pelesenan Diperkemas: Kemas kini untuk KEPServerEX, Lesen Utiliti dan My Kepware dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan memudahkan pengurusan lesen—memberikan instrumen yang lebih diperkemas kepada pelanggan untuk menggunakan, mengurus dan mengemas kini pelayan mereka.
  • Antara Muka (UI) Dipertingkat: Antara muka pengguna yang dipertingkat dapat memperkemaskan persediaan dan pelaksanaan projek, selain membolehkan interaksi yang lebih berkesan dan cekap dengan KEPServerEX. Kemas kini juga menggalakkan pengalaman pengguna yang selamat, mendayakan peningkatan produktiviti dan juga penambahbaikan kebolehcapaian.
  • Keselamatan yang Mantap: Kini, dengan menyediakan komponen pelayan teras percuma, pemalam canggih Polisi Keselamatan dapat melengkapi strategi pertahanan menyeluruh yang membolehkan pelanggan menetapkan fungsi kebenaran akses keselamatan pada objek individu mengikut peranan pengguna.

"Menerusi pelancaran KEPServerEX Versi 6, Kepware mampu menyediakan rangkaian ketersambungan yang selamat dan benar-benar sesuai untuk perusahaan ke pasaran," kata Tony Paine, Presiden Platform, Kepware. "Pelanggan kami akan beroleh manfaat daripada saluran pemindahan mudah yang dapat memaksimumkan tempoh operasi, seraya membolehkan mereka memenuhi kehendak produktiviti masa kini, di samping bersiap sedia dengan segala keperluan pada masa akan datang."

KEPServerEX ialah sebuah platform ketersambungan industri yang memanfaatkan protokol komunikasi berpusatkan OPC dan IT, demi menyediakan satu sumber data automasi perindustian untuk kegunaan perusahaan. Platform tersebut menawarkan pilihan yang terdiri daripada lebih 150 pemacu peranti, pemacu pelanggan dan pemalam canggih, seraya menyediakan kemudahan ketersambungan kepada ribuan peranti dan juga sumber data lain.

Sumber Tambahan

Latar Belakang Kepware
@Kepware Technologies ialah cabang perniagaan pembangunan perisian daripada PTC Inc., yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu syarikat-syarikat menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian selain menyokong Internet Semua Benda Industri. Daripada tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pelanggan dalam banyak pasaran vertikal termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu syarikat menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com.

Latar Belakang PTC
PTC memiliki teknologi Internet Semua Benda paling hebat di dunia. Pada tahun 1986, kami merevolusikan reka bentuk 3D digital. Kini, kami menjadi peneraju bagi platform IoT dan AR serta penyelesaian yang terbukti untuk lapangan, menggabungkan dunia fizikal dan digital untuk membentuk semula cara anda mencipta, mengendalikan dan menyelenggarakan produk. Dengan PTC, pengeluar seluruh dunia dan ekosistem rakan kongsi serta pembangun dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan IoT masa kini dan memacu masa depan yang berinovasi.

PTC, logo PTC, Kepware, logo Kepware, dan KEPServerEX ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar PTC Inc. atau anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Maklumat Perhubungan Media
Torey Penrod-Cambra
Kepware Technologies
+1 (207) 775-1660
torey.penrod-cambra@kepware.com

Source: Kepware Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services