omniture

ICBCCSI Lancarkan ETF yang Menjejaki Indeks S&P China 500 di Deutsche Borse

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2016-11-16 05:32 625

ETF UCITS pertama di Jerman yang menyediakan akses kepada semua kelas saham ekuiti China

HONG KONG, 16 November 2016 /PRNewswire/ -- ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited ("ICBCCSI") hari ini mengumumkan pelancaran ETF UCITS yang menjejak Indeks S&P China 500 yang tersenarai di Deutsche Borse.

Pada bulan Julai, ICBCCSI dan WisdomTree memeterai perkongsian produk global yang membolehkan kedua-dua syarikat bersama-sama melancar, memasar dan mengagihkan ETF yang menjejaki Indeks S&P China 500 ke seluruh dunia.

Indeks S&P China 500 menggunakan proses berasaskan peraturan yang mengukur ekonomi dan pasaran ekuiti kedua terbesar di dunia. Indeks ini merekodkan ciri penting keseluruhan pasaran ekuiti China—termasuk saham-A dan saham-H, dan senaraian antarabangsa yang lain – dengan sebahagian besarnya menggunakan sekuriti yang besar dan cair. Penggunaan proses pemilihan saham berasaskan sektor membolehkan indeks tersebut memberikan gambaran peruntukan sektor di peringkat indeks China yang luas. Kaedah ini membolehkan indeks tersebut memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap evolusi ekonomi China berbanding indeks ekuiti yang lain, yang mungkin terhad kepada kelas saham yang mereka uruskan. 

Laura Lui, Ketua Indeks & Pelaburan Kuantitatif ICBC Credit Suisse Asset Management (International) mengulas:

"Perkongsian produk global ICBCCSI dan WisdomTree bakal membawakan peluang besar kepada kedua-dua syarikat. WisdomTree sudah lama bertapak dan dikenali dalam dunia ETF dan mempunyai rekod yang mengagumkan sebagai pengeluar ETF. Ia melengkapkan ICBCCSI yang mempunyai kefahaman mendalam tentang pasaran China, dan gandingan kami bakal memberikan para pelabur penyelesaian perintis dengan alatan yang pelbagai, telus dan cekap untuk mengakses peluang China. Kami teruja dengan penyenaraian ETF ini di Deutsche Borse."

Nizam Hamid, Pakar strategi ETF WisdomTree di Eropah, berkata:

"Akses pasaran ke dalam ekuiti Cina sudah lama menjadi satu isu di kalangan pelabur dan penghasilan ETF UCITS yang merangkumi semua kelas saham yang berkaitan dalam satu produk tunggal memberikan faedah yang besar. Ia merupakan kaedah peruntukan yang menjimatkan kepada indeks yang luas di samping menghapuskan bebanan operasi dan pentadbiran yang sering dikaitkan dengan pengaksesan saham-A.  Kolaborasi bersama ICBCCSI bermakna pelabur Eropah mempunyai satu produk tunggal yang telus dan cair untuk melabur di China."

"Sebagai sumber global terbesar bagi konsep, data dan penyelidikan berasaskan indeks yang penting, S&P Dow Jones Indices komited dalam membangunkan penanda aras yang telus yang memberikan maklumat mendalam terhadap prestasi ekuiti China, sebuah segmen pasaran yang semakin penting bagi pelabur antarabangsa," kata Alex Matturri, Ketua Pegawai Eksekutif di S&P Dow Jones Indices. "Kami berbesar hati kerana dapat melesenkan Indeks S&P China 500 kepada WisdomTree dan ICBCCSI."

State Street Bank S.A. di Luxembourg telah dilantik untuk memberikan perkhidmatan pengurusan dan pengawasan dana untuk ETF domisil Luxembourg.

Penafian

S&P China 500 Index ialah produk S&P Dow Jones Indices LLC dan/atau sekutunya dan telah dilesenkan untuk digunakan oleh ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co., Ltd. (ICBCCSI), © 2016 S&P Dow Jones Indices LLC, sebahagian daripada S&P Global. Semua hak cipta terpelihara.  S&P, SPDR dan S&P 500 merupakan tanda dagangan berdaftar Standard & Poor's Financial Services LLC, satu cabang S&P Global ("S&P"). DOW JONES ialah tanda dagang berdaftar Dow Jones Trademark Holdings LLC ("Dow Jones"). Kesemua tanda dagangan ini serta yang lain telah dilesenkan kepada S&P Dow Jones Indices LLC. Pengagihan semula, pencetakan semula dan/atau penyalinan keseluruhan atau sebahagian tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Dokumen ini tidak ditakrifkan sebagai tawaran perkhidmatan di kawasan S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P atau sekutu masing-masing (dirangkumkan sebagai "S&P Dow Jones Indices") tidak mempunyai lesen yang diperlukan. Semua maklumat yang disediakan oleh S&P Dow Jones Indices adalah tidak berpihak dan tidak disusun mengikut keperluan sebarang individu, entiti atau kumpulan. S&P Dow Jones Indices menerima imbuhan berhubung pelesenan indeksnya kepada pihak ketiga. Prestasi lalu indeks tidak menjamin prestasi masa depan.  S&P Dow Jones Indices LLC, Dow Jones, S&P, dan sekutu masing-masing ("S&P Dow Jones Indices") serta pelesen pihak ketiga mereka tidak membuat sebarang penyataan atau jaminan, tersurat atau tersirat, tentang keupayaan sebarang indeks untuk mewakili dengan tepat kelas aset atau sektor pasaran yang diwakilinya dan S&P Dow Jones Indices dan pelesen pihak ketiga mereka tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan atau gangguan pada sebarang indeks atau data yang terkandung di dalamnya.

Nota untuk Editor 

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management Company Limited merupakan usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse. Syarikat ini merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Tanah Besar China. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, syarikat ini mendukung falsafah "Penciptaan Nilai menerusi Pelaburan Berhemah". Pada akhir Jun 2016, syarikat ini mempunyai kira-kira 550 kakitangan dan RMB1trilion aset di bawah pengurusan, menyediakan pengurusan pelaburan kelas pertama dan khidmat nasihat kepada lebih 15.3 juta pelanggan institusi dan runcit.

Latar Belakang WisdomTree Europe Ltd.


WisdomTree Investments, Inc., menerusi subsidiarinya di A.S., Eropah, Jepun dan Kanada (terangkum sebagai "WisdomTree"), merupakan penaja dan pengurus aset dana dagangan bursa ("ETF") dan produk dagangan bursa ("ETP"). WisdomTree menawarkan produk merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, mata wang, komoditi dan strategi alternatif. Menerusi WisdomTree Europe Ltd, ia menaja ETF UCITS dan ETP BOOST short and leverage WisdomTree. WisdomTree kini memiliki kira-kira $38.8bn (pada 30 September 2016) dalam aset bawah pengurusan global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.wisdomtree.com

WisdomTree® ialah nama pemasaran bagi WisdomTree Investments, Inc. dan subsidiarinya di seluruh dunia.

ICBCCS I Hubungan Media

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiries@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services