omniture

UL Keluarkan Sistem Simpanan Tenaga Rumah Diperakui UL 9540 Pertama kepada Enphase Energy

UL
2016-11-16 08:30 457

Sistem Simpanan Bateri AC Enphase Energy Penuhi Keperluan Penyenaraian Kod Elektrik Kebangsaan 2017 untuk Kegunaan Kediaman/Komersial

NORTHBROOK, Illinois, 16 November, 2016 /PRNewswire/ -- UL, sebuah pertubuhan sains keselamatan global, hari ini mengumumkan mereka telah mengeluarkan pensijilan UL 9540 pertama untuk sistem penyimpanan tenaga rumah yang lengkap kepada Enphase Energy, Inc. (NASDAQ:ENPH), sebuah syarikat teknologi tenaga global (Model B280-1200-LL-I-US00-RF0) - http://s.ul.com/EnphaseESS. Sistem ini memenuhi keperluan Kod Elektrik Kebangsaan 2017 yang terkini.

generated by system

Sistem penyimpanan tenaga membolehkan pemilik rumah dan juga pemilik bangunan komersial menyimpan tenaga sama ada daripada sumber solar, angin atau penjanaan elektrik lain. Ini memberikan manfaat memiliki bekalan elektrik di tapak bagi membantu mengurangkan permintaan dan/atau penggunaan utiliti apabila penjanaan bekalan elektrik tidak boleh didapati.

Penyimpanan tenaga menawarkan kebolehpercayaan, fleksibiliti dan kecekapan, memudahkan dengan merangkumkan sumber tenaga bersih dalam sistem grid elektrik.Walau bagaimanapun, pemodenan berterusan grid menggunakan aras penjanaan agihan dan sumber tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat mewujudkan keperluan untuk sistem tenaga rumah yang lebih selamat.

"Enphase teruja dengan produk Bateri AC yang baru dilancarkan dan merupakan produk penyimpanan tenaga kediaman pertama yang akan menerima pensijilian UL 9540 bagi pasaran Amerika Utara. Kerjasama kami dengan UL telah membolehkan kami menukar teknologi penyimpanan kami dengan cepat dari Australia ke Amerika Utara, di samping mematuhi semua piawaian keselamatan Amerika Utara yang berkenaan," ujar John Berdner, VP Strategi Kawal Selia dan Dasar di Enphase Energy. "Kami telah memilih UL untuk melaksanakan pensijilan global dan hubungan kerja kami yang rapat bersama mereka adalah sangat berharga dalam usaha ini. Kami mengharapkan kerjasama lanjut bersama UL bagi meluaskan tawaran produk inovati kami ke kawasan lain di seluruh dunia."

Apakah itu sistem diperakui UL 9540?

Sistem penyimpanan tenaga (ESS) yang disahkan mematuhi UL 9540 pek bateri pegun diperakui UL 1973 yang digunakan bersama-sama dengan penyongsang diperakui UL 1741.  Mencapai pensijilan dengan kedua-dua standard produk UL berasingan adalah penting untuk penyempurnaan pensijilan sistem UL 9540. Apabila semakin banyak ESS dipasang, pengguna, utiliti, pemilik bangunan komersial, syarikat insurans, ahli bomba dan pemeriksa elektrik/bangunan kesemuanya akan meraih manfaat daripada sistem ini yang memenuhi keperluan standard keselamatan sistem UL 9540.

Bateri AC Enphase terdiri daripada pek bateri pegun yang dikeluarkan oleh Eliiy Power Co., Ltd, sebuah syarikat Jepun yang diperakui UL 1973 dan penyongsang diperakui UL 1741 yang dikeluarkan oleh Enphase. Ia juga memenuhi keperluan Kod Elektrik Kebangsaan 2017 yang terkini untuk peralatan Disenaraikan dalam Artikel 706, Sistem Penyimpanan Tenaga yang baru diterbitkan.

"Kita baru sahaja memulakan era baharu, di mana penyimpanan tenaga menjadi elemen asas cara kita berfikir tentang bekalan elektrik untuk kegunaan rumah, bangunan dan utiliti," ujar Ibrahim Jilani, Ketua Pembangunan Perniagaan Global bagi Sistem Tenaga di UL. "Kami berbesar hati untuk mengumumkan sistem penyimpanan tenaga kediaman & komersial pertama yang memenuhi keperluan UL 9540 dan menerima pensijilan daripada UL. Jenis produk ini menunjukkan masa depan dan hala tuju bekalan elektrik di seluruh dunia: kuasa lokasi bersama yang tersedia selepas menjana bekalan elektrik melalui sumber boleh diperbaharui atau tradisional."

Untuk mengesahkan penyenaraian atau pensijilan UL, pengguna boleh membuat carian di www.ul.com/database dan memasukkan nombor model dalam medan kata kunci, atau buat carian mengikut nama syarikat (seperti Enphase Energy) dan kod kategori ("FTBW" ialah kod kategori bagi Sistem Penyimpanan Tenaga).

Untuk maklumat lanjut tentang UL 9540 dan kemas kini NEC 2017, sila daftar untuk webinar percuma pada 14 Disember, 2016 pukul 10-11pg CST: Kemas kini NEC 2017 bagi Sistem Tenaga (http://s.ul.com/NEC2017Webinar), atau lawati http://www.ul.com/batteries. Untuk ujian produk, penilaian atau pertanyaan tentang pensijilan, sila e-mel RenewableEnergyQuote@ul.com.

Latar Belakang UL          

UL ialah syarikat sains keselamatan bebas terunggul di dunia yang telah mencapai kemajuan selama lebih 120 tahun. Golongan profesional seramai 11,000 orang dipandu oleh misi UL untuk menggalakkan persekitaran kerja dan kediaman yang selamat untuk semua individu. UL menggunakan penyelidikan dan piawaian untuk terus maju dan memenuhi keperluan keselamatan yang sentiasa berubah. Kami bekerjasama dengan syarikat, pengeluar, persatuan perdagangan dan badan kawal selia antarabangsa untuk membawakan penyelesaian kepada rantaian bekalan global yang lebih rumit. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan pensijilan, pengujian, pemeriksaan, latihan dan pendidikan, lawati http://www.UL.com.

HUBUNGI: Dagmar Ebaugh
Global PR & Social Media Manager
UL Commercial & Industrial
O: (678) 872.0320 C: (404) 216.4354, dagmar.ebaugh@ul.com

 

Source: UL
Related Stocks:
NASDAQ:ENPH
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Oil/Energy Utilities