omniture

TISDC 2016, Ditaja Bersama oleh Sayling Wen Cultural & Educational Foundation dan iSee Taiwan Foundation, Mencipta Kemajuan Baharu Yang Mengagumkan

iSee Taiwan Foundation
2016-11-16 09:48 445

Penyertaan TISDC 2016 Dinilai oleh Panel Besar seramai 27 Hakim Berkepakaran, Mengetengahkan Potensi Rekaan Taiwan

Pemenang Emas TISDC 2016 menerima anugerah tunai NT$400,000

TAIPEI, Taiwan, 16 November 2016 /PRNewswire/ -- Pertandingan Rekaan Pelajar Antarabangsa Taiwan (TISDC) 2016, sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pentadbiran Pembangunan Belia, Kementerian Pelajaran (MOE), dan ditaja bersama oleh Sayling Wen Cultural & Educational Foundation dan iSee Taiwan Foundation telah membuat satu kemajuan baharu yang menakjubkan dari segi bilangan penyertaan dan prestij. TISDC 2016 menarik 14,858 penyertaan yang diluar jangkaan dalam empat kategori anugerah daripada 882 institusi rekaan yang berada di 69 negara dan rantau berbeza. "Borderlines", yang direka oleh artis muda Czech Hanka Novakova, terpilih daripada 431 penyertaan finalis yang luar biasa untuk meraih Hadiah Emas TISDC dan anugerah tunai NT$400,000.

Panel 27 hakim TISDC yang terhormat termasuk perwakilan daripada 15 organisasi rekaan antarabangsa dari pelbagai bidang. Barisan hakim ini terdiri daripada penganimasi dan calon  Oscar Konstantin Bronzit; artis papan cerita Pixar, Dreamworks, Disney dan ketua semasa Bahan Subjek Grafik Mike Cachuela; mantan perunding rekaan MUJI dan Ahli Lembaga Pengarah semasa Japan Institute of Design Promotion Fumikazu Masuda; Penerima Anugerah Kehormat Seumur Hidup Hong Kong Designers Association Kan Tai-keung; dan pengasas bersama Grass Jelly Studio dan pemenang berbakat besar anugerah MTV Europe Music, Golden Melody, dan Golden Horse Muh Chen. Penglibatan aktif para professional ini meluaskan ruang lingkup TISDC dan mengiktiraf TISDC sebagai salah satu pertandingan rekaan pelajar yang utama di dunia.

Koordinator TISDC Apex Lin menyatakan bahawa TISDC kini merupakan pertandingan rekaan yang terbesar bagi para pelajar, menyediakan persada yang unggul bagi bakat-bakat muda Taiwan untuk menarik perhatian golongan professional rekaan terkemuka dari seluruh dunia.

Kategori anugerah Jenama Khusus tajaan iSee Taiwan Foundation menggalakkan bakat rekaan yang sedang meningkat naik di seluruh dunia untuk mempromosi warisan kulinari Formosa

Dalam mempromosikan "budaya, pelancongan dan inovasi" iSee Taiwan Foundation sentiasa berusaha untuk menarik pengunjung dari seluruh dunia untuk mengalami dan menikmati tarikan unik yang banyak di Taiwan. Tarikan-tarikan ini termasuklah warisan kulinari dan hidangan Taiwan yang terkenal, yang merupakan inspirasi kepada penajaan yayasan tersebut dalam kategori anugerah "Jenama Khusus" TISDC: New Tableware Era -- Taiwan Cuisine Cutlery Design (Era Baharu Pinggan Mangkuk – Rekaan Kutleri Hidangan Taiwan). Yayasan itu mengharapkan anugerah Jenama Khusus dapat mengilhamkan penakrifan semula warisan hidangan Taiwan menggunakan idea segar dan kreativiti yang diilhamkan daripada pelbagai perspektif global.

621 penyertaan bagi anugerah Jenama Khusus dihantar oleh para pelajar dari Taiwan, tanah besar China, Singapura, India, Rusia, dan Israel, mengabadikan pelbagai aspek warisan kulinari Taiwan dengan begitu kreatif. Setelah melakukan perbincangan yang teliti, para juri memilih 60 finalis kategori dan memilih 5 pemenang bersama Hadiah Emas, termasuk Ying-chun Lin, Wen-cheng Tian, Po-chun Chen, Guang-hong Yao, dan Ying-chih Wang, kesemuanya dari Taiwan dan tanah besar China, yang dipuji kerana pendekatan makroskop "global-meets-local" (dunia-bertembung-tempatan) dalam rekaan.  Ketua Pegawai Eksekutif iSee Taiwan Foundation, Don Chen menyatakan beliau sememangnya menantikan anugerah Jenama Khusus yang meningkatkan kesedaran global terhadap warisan kesenian dan budaya Taiwan yang luar biasa serta menyerlahkan bakat dan keupayaan yang besar dalam industri kreatif dan budaya negara itu.

iSee Taiwan Foundation dan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation Menaja Festival Bakat Rekaan Global

Sayling Wen Cultural & Educational Foundation menganjurkan Festival Bakat Rekaan Global 2016 bersama-sama iSee Taiwan Foundation sebagai sebuah platform untuk memajukan "pendidikan, inovasi, dan keprihatinan" dan memupuk rasa kemanusiaan dan masyarakat yang inovatif dan berhati mulia menerusi idea pendidikan rekaan perkhidmatan merentasi bidang. 

Untuk meningkatkan profil global TISDC, Sayling Wen Cultural & Educational Foundation bekerjasama dengan MOE untuk mendapatkan penyertaan 15 organisasi rekaan antarabangsa dalam penghakiman akhir dan penyampaian anugerah. 15 organisasi ini termasuk Brno Biennale Association, Good Design Australia, Hong Kong Federation of Design Associations, International Council of Societies of Industrial Design (ICSID), INDEX: Design to Improve Life, India Design Council, International Poster Biennial in Mexico, Japan Institute of Design Promotion, Korea Ensemble of Contemporary Design, Macau Designers Association, Taiwan Design Center, Thailand Creative & Design Center, South African Bureau of Standards Design Institute, Design Business Chamber Singapore, dan German Design Council.

Ahli Lembaga & Pemangku Ketua Eksekutif Sayling Wen Cultural & Educational Foundation Jeter Her menyatakan bahawa matlamat yayasan itu ialah untuk menjadikan festival dan aktiviti berkaitan sebagai platform yang berkesan bagi 15 rakan kongsi untuk mendapatkan dialog bermakna antara professional rekaan dan ilmuwan di Taiwan dan antarabangsa.

Latar Belakang Festival Bakat Rekaan Global 2016

iSee Taiwan Foundation dan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation terus memberikan sokongan terhadap TISDC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Pada tahun ini, sokongan mereka diperluaskan dengan merangkumi Festival Bakat Rekaan Global 2016 (GTDF). Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan rekaan yang baharu dan memberangsangkan, termasuk: 1) Forum International Masters Joint University,yang bakal menjemput wakil daripada organisasi rekaan utama di seluruh dunia untuk mengadakan perbincangan mengikut topik yang interaktif dengan para pelajar dan fakulti rekaan Taiwan dan mempromosi kekuatan Taiwan yang berasaskan perkhidmatan; 2) Program Lawatan Budaya VIP Antarabangsa, yang bakal membawa professional rekaan yang berada di Taiwan untuk menghadiri TISDC ke lawatan yang berasaskan topik tertentu yang mendalam mengenai masyarakat dan budaya Taiwan; dan 3) Resepsi Bersama Industri, yang bakal menyerlahkan keanggunan dan keindahan semulajadi Taiwan yang merupakan sumber ilham berterusan bagi industri rekaan domestik dan merupakan tunjang kepada usaha berterusan untuk menampilkan dan mempromosi kekuatan rekaan Taiwan kepada audiens global.

Source: iSee Taiwan Foundation
Keywords: Art Education Awards