omniture

Ekspo Automobil Antarabangsa (Macau) China ke-6 Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

China (Macau) International Automobile Exposition Organization Committee
2016-11-16 10:16 604

MACAU, 16 November 2016 /PRNewswire/ -- Ekspo Automobil Antarabangsa (Macau) China kali ke-6 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 6 November lalu iaitu pada hari terakhir acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

Sebagai sebuah pameran kereta luar negara terbesar dan paling berpengaruh di China, edisi pameran dan forum bagi tahun ini meliputi kawasan seluas 65,000 meter persegi, melibatkan 100 jenama kereta terkenal, syarikat, organisasi perwakilan dan juga rakan sekutu industri dari 20 negara serta rantau, selain lebih 50,000 pempamer dan pengunjung profesional yang turut sama memeriahkan pameran.

Acara hebat itu disiarkan secara langsung di Macau dan mendapat liputan oleh hampir 400 media dari dalam dan luar negara.

Jumlah Jualan: Pempamer Capai Prestasi Cemerlang

Didorong oleh diskaun menarik yang ditawarkan oleh pihak pempamer, pengedar kereta tempatan dan mewah, selain kenderaan jenama Cina milik sendiri, jumlah tempahan yang memberangsangkan telah diterima.

Profesionalisme: Pengaruh Antarabangsa yang Lebih Hebat

Sejumlah empat belas sidang kemuncak dan forum antarabangsa serta bertaraf profesional telah diadakan sepanjang pameran itu, berserta aktiviti promosi untuk melebarkan sayap industri automotif Cina ke seluruh dunia oleh Biro Pembangunan Perdagangan Asing, Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China.

Pelancaran Pertama Kereta Super dan Kereta Baharu di Asia Pasifik

Astaka kereta super pada pameran automobil ini mempelawa lebih 20 jenama mewah terkemuka, yang kebanyakannya melancarkan kereta-kereta baharu sempena pameran tersebut.

Kebudayaan: Penduduk Macau Terlibat Aktif dalam hampir 30 Aktiviti Berkaitan Budaya Automobil

Kira-kira 30 aktiviti kereta bertemakan budaya termasuk pertandingan fotografi, peraduan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan model serta undian kereta terkenal turut dianjurkan oleh pelbagai institusi serta persatuan.

Selepas bertungkus lumus selama enam tahun, Pameran Automobil Macau telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pameran jenama yang disahkan oleh UFI dan bertaraf antarabangsa, selain diiktiraf oleh pakar-pakar dan juga syarikat-syarikat perusahaan dalam seluruh industri automotif.

Ia bertindak sebagai sebuah platform untuk pengeluar kereta Cina mempromosikan jenama masing-masing dalam pasaran luar negara dan untuk mempamerkan serta bertukar-tukar kereta import secara meluas.

Pameran Automobil Macau ke-7 bakal diadakan dari 3-5 November 2017.

Source: China (Macau) International Automobile Exposition Organization Committee
Keywords: Auto Transportation Trade show news