NEW YORK, 16 November, 2016 /PRNewswire/ -- SHOPBOP, destinasi membeli belah dalam talian terunggul buat golongan wanita di seluruh dunia, melancarkan kempen yang didorong oleh musim percutian yang menampilkan kumpulan selebriti dan pihak berpengaruh, iaitu #HolidayHowTo. Mengetengahkan pihak berpengaruh yang terkemuka dalam bidang masing-masing – menerusi pelbagai kategori termasuk fesyen, hiasan rumah, gaya jalanan dan kecergasan – kempen #HolidayHowTo membawakan selebriti terkenal setiap minggu bagi berkongsi sejauh mana mereka meluangkan masa cuti bersama SHOPBOP.
Kempen tersebut melibatkan semua saluran digital, termasuk e-mel, media sosial dan halaman utama web, yang dibawakan menerusi kandungan gambar dan video tersendiri, dan dipacu oleh pertandingan anjuran Instagram bagi mengalu-alukan pelanggan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi #HolidayHowTo masing-masing. Menampilkan Kate Bosworth dan Lucy Hale sebagai bakat utama, pelancaran kempen itu turut disokong dengan panduan hadiah percutian sedia ada SHOPBOP, yang dilancarkan di seluruh dunia pada 4 November 2016, dan dihoskan menerusi komputer meja, tablet dan telefon bimbit.
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SHOPBOP, Darcy Penick:
"Kami amat teruja untuk melancarkan kempen #HolidayHowTo global kami bersama barisan selebriti antarabangsa yang begitu mantap. Sebagai sebuah kumpulan, kami telah memilih gabungan pihak berpengaruh terbaik, yang dapat mewakili dan menginspirasi pelanggan kami, tanpa mengira lokasi mereka di dunia ini. Kempen ini turut menonjolkan dan memperlihatkan kepakaran kami di SHOPBOP, yang menyediakan pelbagai rangkaian jenama dan produk paling hebat yang disusun untuk pelanggan kami, dikongsi menerusi kandungan yang menarik dan mengagumkan berserta penyediaan perkhidmatan yang tiada tandingan."
Barisan Selebriti:
(Menampilkan) Lucy Hale: Bagaimana untuk Berfesyen [Pelancaran: 14 November 2016]
Dengan lebih 16 juta pengikut Instagram, pelakon wanita dan gadis IT milenial ini berada di kemuncak kerjayanya. Hale memulakan kempen tersebut dengan memperkenalkan cara-cara Bagaimana untuk Berfesyen, dan memperagakan pakaian kegemaran musim cuti daripada Carven, Stella, dan Aquazzura.
(Menampilkan) Kate Bosworth: Bagaimana Bergaya di Rumah [Pelancaran: 5 Disember 2016]
Gadis yang sentiasa bergaya, orang dalam untuk industri fesyen dan pakar fesyen berjenama, Kate Bosworth menunjukkan kepada kita Bagaimana Bergaya di Rumah dan Bersantai dengan fesyen yang berkualiti tinggi serta ringkas.
Patricia Manfield: Bagaimana Untuk Memberi Hadiah kepada Diri Sendiri [Pelancaran: 11 Disember 2016]
Gadis pujaan, pemuzik dan model gaya jalanan Milan ini menawarkan panduan bagaimana memuaskan diri sendiri untuk mendapatkan senarai pilihan paling rumit menerusi barangan mewah yang amat didambakan.
Jonathan Adler: Bagaimana untuk Membuat Hiasan Musim Cuti [Pelancaran: 1 Disember 2016]
Pembuat tembikar, pereka, pengarang dan pakar rekaan semua bidang, Jonathan Adler mengadakan kelas master yang menghiburkan pada musim cuti ini, disempurnakan dengan jenaka terkenal beliau serta gaya lucu yang sofistikated.
The Urban Bush Babes: Bagaimana Untuk Memberi Hadiah kepada Diri Sendiri [Pelancaran: 19 Disember 2016]
Dua adik-beradik perempuan yang amat bergaya dengan fesyen jalanan, TK and Cipriana Quann, menunjukkan kepada kita bagaimana untuk memanjakan diri sendiri sepanjang musim cuti ini.
Caroline Maguire: Bagaimana Untuk Memberi Hadiah kepada Rakan dan Keluarga [Pelancaran: 20 November 2016]
Pengarah Fesyen SHOPBOP dan pakar gaya, Caroline Maguire, berkongsi panduan memberi hadiah kepada sesiapa sahaja yang terlintas di minda anda – rakan taulan dan juga kaum keluarga.
Nina Agdal: Bagaimana Untuk Kekal Sihat [Pelancaran:27 Disember 2016]
Model yang memberi inspirasi menerusi tubuh badan yang sihat dan personaliti yang ceria mengakhiri kempen itu dengan mengadakan kelas Bagaimana untuk Kekal Sihat.
LATAR BELAKANG SHOPBOP:
SHOPBOP.com ialah destinasi membeli belah dalam talian pilihan untuk gaya moden, yang menawarkan kepada golongan wanita di seluruh dunia dengan seleksi fesyen pilihan komprehensif pereka yang terkenal dan baharu. Menerusi jalinan kerjasama dengan lebih 1,000 jenama di seluruh dunia, SHOPBOP.com menawarkan wanita di 165 negara dengan pelbagai pilihan pakaian siap dipakai dan aksesori dengan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia yang pantas dan percuma selain pulangan percuma di A.S. dan juga Kanada. SHOPBOP ialah sebahagian daripada kumpulan syarikat Amazon.com Inc.
SHOPBOP
Sean Morrissey, Perhubungan Awam
Seanwm@SHOPBOP.com