Anil Arora, Ketua Pegawai Eksekutif Envestnet | Yodlee dan Naib Pengerusi Lembaga Envestnet akan terlibat dalam Festival Teknologi Kewangan Singapura 2016, menekankan momentum syarikat yang berterusan di Asia Pasifik
SINGAPURA, 16 November 2016 /PRNewswire/ -- Envestnet | Yodlee (NYSE: ENV), platform pengagregatan dan analitik data utama yang memperkasa inovasi yang dinamik dan berasaskan awan untuk perkhidmatan kewangan digital, hari ini mengumumkan Anil Arora, Ketua Pegawai Eksekutif Envestnet | Yodlee dan Naib Pengerusi Lembaga Envestnet, akan berucap di Festival Teknologi Kewangan Singapura. Penglibatan En. Arora untuk berucap dalam majlis ini mengukuhkan lagi fokus syarikat yang terus dipertingkat terhadap rantau Asia Pasifik, yang diperkembang melangkaui tawaran Yodlee yang kini turut menyediakan penyepaduan untuk penyelesaian Envestnet.
"Kami teruja untuk menyokong Festival Teknologi Kewangan Singapura dalam pasaran yang semakin berminat terhadap penyelesaian dikuasakan oleh data. Penyelesaian ini memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang situasi kewangan pelanggan," kata Anil Arora. "Kami juga berbangga mengumumkan tentang tawaran dan penyepaduan pengagregatan data Envestnet | Yodlee yang kini tersedia menerusi pelbagai penyelesaian daripada Envestnet untuk rantau Asia Pasifik. Ini termasuk memperluas penyelesaian sedia ada dalam segmen pinjaman dan kredit selain memperkenalkan penyelesaian baharu untuk golongan profesional pengurusan kekayaan," kata Arora. "Kami komited untuk memperhebat pengguna di Asia Pasifik demi mencapai matlamat kewangan mereka."
Anil Arora akan mengambil bahagian dalam sesi, "Great Industry Debate: The FinTech Iron Throne," (Debat Industri Besar: Takhta Perkasa Teknologi Kewangan) yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 16 November pada jam 4:30 petang SGT. Dipengerusikan oleh Penyampai dan Wartawan CNBC, Pauline Chiou, sesi tersebut akan mengadakan debat antara individu dan membawakan hasil kolektif daripada dunia teknologi kewangan yang inovatif.
Festival Teknologi Kewangan Singapura yang julung kali diadakan ini, dianjurkan oleh Monetary Authority of Singapore (Lembaga Kewangan Singapura) (MAS), dengan kerjasama Association of Banks in Singapore (Persatuan Bank Singapura) (ABS), akan mengadakan beberapa siri acara Teknologi Kewangan mulai 14-18 November 2016. Menyasarkan komuniti teknologi kewangan global, acara ini akan menghimpunkan audiens daripada syarikat baharu, syarikat teknologi, pelabur, institusi kewangan, institusi penyelidikan dan juga golongan profesional inovasi.
Untuk maklumat lanjut tentang Envestnet | Yodlee, sila layari www.yodlee.com.
Latar Belakang Envestnet
Envestnet, Inc. (NYSE: ENV) ialah penyedia utama teknologi dan perkhidmatan pengurusan kekayaan bersepadu untuk syarikat-syarikat dan penasihat kewangan. Penyelesaian kami menyatukan dan mengukuhkan proses pengurusan kekayaan, menyediakan keanjalan, ketepatan, prestasi dan nilai yang tiada tandingan. Envestnet mendayakan transformasi pengurusan kekayaan menjadi standard penjagaan yang telus, bebas, objektif dan bersifat fidusiari, selain memperkasa syarikat-syarikat dan para penasihat untuk lebih memahami sepenuhnya tentang pelanggan mereka agar dapat memberikan hasil yang lebih baik.
Suit Penasihat Envestnet membantu penasihat kewangan mengurus segala hasil untuk pihak pelanggan dengan lebih baik dan mengukuhkan segala amalan mereka. Kajian berkualiti institusi dan penyelesaian portfolio termaju turut disediakan menerusi Envestnet | PMC, kumpulan Perundingan Pengurusan Portfolio kami. Envestnet | Yodlee ialah platform pengagregatan data dan analitik data utama yang memperkasa aplikasi serta perkhidmatan kewangan yang dinamik dan diperibadikan untuk berjuta-juta pengguna. Envestnet | Tamarac pula menyediakan perisian pengurusan pengimbangan semula, pelaporan dan amalan yang utama untuk para penasihat.
Lebih 52,000 penasihat dan 2,500 syarikat termasuk: 16 daripada 20 bank terbesar A.S., 38 daripada 50 firma pengurusan kekayaan dan brokeraj terbesar, lebih 500 Penasihat Pelaburan Berdaftar terbesar dan beratus-ratus syarikat perkhidmatan Internet, memanfaatkan teknologi dan perkhidmatan Envestnet ini. Penyelesaian daripada Envestnet dapat menambah pengetahuan tentang pelanggan, mempercepatkan proses penyertaan pelanggan, meningkatkan pengalaman digital pelanggan dan membantu mendorong hasil yang lebih baik untuk syarikat, penasihat dan juga pelanggan mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang Envestnet, sila layari www.envestnet.com dan ikuti @ENVintel (https://twitter.com/envintel).