omniture

Generasi Z Inginkan Lebih Banyak Tindakan bagi Menjamin Masa Depan Lestari, Menurut Kaji Selidik Global oleh Masdar

Masdar, the Abu Dhabi Future Energy Company
2016-11-17 20:28 723

MARRAKESH, Morocco, 17 November 2016 /PRNewswire/ -- Perubahan iklim bakal menjadi cabaran terbesar di dunia pada dekad akan datang, menurut satu kaji selidik global yang dijalankan oleh Masdar, the Abu Dhabi Future Energy Company (Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi).

Diperkenalkan di COP22, Morocco, 'Kaji Selidik Kelestarian Global Gen Z Masdar' merupakan kaji selidik global pertama yang dijalankan bagi meninjau pandangan golongan muda berusia dalam lingkungan 18-25 tahun terhadap perubahan iklim, pembangunan lestari dan tenaga boleh diperbaharui.

Dilaksanakan awal tahun ini agar bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Masdar, kaji selidik tersebut meninjau hampir 5,000 golongan Pasca-Milenia di 20 negara dari serata Timur Tengah & Afrika Utara, sub-Sahara Afrika, benua Amerika, Eropah dan juga Asia.

Kaji selidik itu jelas sekali menggambarkan tahap kebimbangan dalam kalangan golongan muda terhadap perubahan iklim, dengan 40% daripada mereka yang ditemu bual menyatakan perubahan tersebut sebagai cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia pada dekad akan datang, berbanding ekonomi (34%), keganasan (32%), kemiskinan & ketidaksamaan (29%) serta pengangguran (29%).

Lapan dalam sepuluh responden (83%) golongan Pasca-Milenia berkata pihak kerajaan perlu lebih mendengar keluhan golongan muda tentang isu kelestarian ini. Jumlah yang hampir sama (80%) juga percaya pemimpin semasa tidak berusaha sebaik mungkin untuk melindungi alam sekitar.

Mereka berpendapat sektor kerajaan dan swasta berkongsi tanggungjawab untuk memajukan teknologi bersih (81%), namun begitu, mereka mengharapkan pelaburan kerajaan dalam tenaga boleh diperbaharui yang lebih besar (84%).

Hampir dua dalam tiga responden (59%) berkata mereka berminat untuk bekerja atau mempelajari bidang yang berkaitan dengan kelestarian.

Patricia Espinosa, Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) berkata: "Terdapat permintaan yang begitu tinggi dalam kalangan belia terhadap pelaburan korporat dan pelaburan awam dalam teknologi bersih serta tenaga boleh diperbaharui. Pihak-pihak yang akan berjaya dalam ekonomi hijau merupakan mereka yang dapat memanfaatkan idealisme muda ini dan menggabungkannya dengan peraturan, pelaburan jangka panjang, perubahan budaya dan juga tindakan politik."

Kaji selidik tersebut mendapati hampir separuh daripada Generasi Z (46%) memilih untuk membelanjakan lebih wang membeli produk daripada syarikat yang mementingkan kelestarian, manakala 31% bertindak memulaukan syarikat yang dianggap tidak melaksanakan amalan yang lestari.

Mohamed Jameel Al Ramahi, Ketua Pegawai Eksekutif Masdar berkata: "Sejak 10 tahun lalu, industri tenaga bersih telah menjadi salah satu pasaran pertumbuhan yang paling menarik dan dinamik di dunia. Pada masa depan, dapatan daripada kaji selidik global kami akan menyediakan maklumat penting dari segi tindakan yang perlu dilaksanakan demi mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui dan tenaga bersih. "

Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan keputusan lengkap kaji selidik ini, layari http://www.masdar.ae/GenZSurvey atau e-melkan kepada: press@masdar.ae

http://www.masdar.ae

 

Source: Masdar, the Abu Dhabi Future Energy Company
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Environmental Issues Survey, Polls & Research