omniture

Plaza Infinitus Guangzhou Rekaan Zaha Hadid Adakan Acara Memecah Tanah

LKK Health Products Group
2016-11-18 00:44 851

GUANGZHOU, China, 18 November 2016 /PRNewswire/ -- Majlis pecah tanah untuk Plaza Infinitus Guangzhou, yang dibina di plot No. AB2910019 di Bandar Baharu Baiyun, Guangzhou, Wilayah Guangdong, China, telah diadakan pada 15 November. Plot tanah itu diperoleh LKK Health Products Group (LKKHPG), menerusi ahli kumpulannya Guangdong Infinitus Property Development Company Ltd., pada Mei 2016 dengan nilai RMB 2.01 bilion (kira-kira USD294 juta). Arkitek yang terkemuka di dunia, Zaha Hadid, yang dikenali sebagai "Queen of the Curve", bertindak sebagai pereka untuk projek itu. Ia merupakan projek pertama dalam rekaan seni bina terakhir Zaha Hadid yang bakal memulakan pembinaan.  Pengerusi Lee Kum Kee Group, En. Lee Man Tat dan isteri, Pengerusi Lee Kum Kee Sauce Group, En. Charlie Lee, Pengerusi & Pengarah Urusan LKKHPG En. Sammy Lee dan isteri, dan juga Pengarah Zaha Hadid Architects di Timur Jauh, En. Satoshi Ohashi, serta lebih 500 tetamu kehormat dan wartawan menghadiri majlis tersebut.

Guangzhou Infinitus Plaza Designed by Zaha Hadid Breaks Ground
Guangzhou Infinitus Plaza Designed by Zaha Hadid Breaks Ground

 

Guangzhou Infinitus Plaza Working Sketch
Guangzhou Infinitus Plaza Working Sketch

Plaza Infinitus Guangzhou akan menjadi kompleks bangunan moden yang menggabungkan kesihatan, fesyen, pemeliharaan alam sekitar dan teknologi pintar serta mempunyai beberapa kemudahan termasuk pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) global baharu, pusat penyelidikan dan penilaian keselamatan ubatan herba Cina, selain pusat pameran korporat dan galeri. Ia bakal menjadi ibu pejabat baharu Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKKHPG, yang memenuhi unjuran perniagaan dan keperluan pejabat Infinitus untuk 10 hingga 15 tahun akan datang. Pelaburan keseluruhan untuk projek ini hampir mencecah RMB 4.5 bilion (kira-kira USD659 juta), dan proses pembinaan dijangka siap pada suku kedua tahun 2020.

"24 tahun lalu, Infinitus memulakan perniagaannya di Daerah Baiyun. Hari ini, selepas 24 tahun berlalu, Infinitus sekali lagi mengorak langkah memulakan satu pergembaraan baharu," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG. "Plaza Infinitus Guangzhou memperlihatkan komitmen kami terhadap industri kesihatan serta semangat keusahawanan yang berterusan. Ia memberikan persekitaran baharu yang dinamik kepada para pelanggan dan kakitangan, selain memacu pertumbuhan ekonomi di Daerah Baiyun dan kawasan sekitarnya."

Pengarah Zaha Hadid Architects, En. Satoshi Ohashi berpengalaman selama 30 tahun berkhidmat dengan Zaha Hadid. Beliau berkata: "Cik Zaha Hadid memberikan penilaian dan pengharapan tinggi terhadap tugasannya. Rekaan Plaza Infinitus masih meneruskan visi dan legasi beliau. Sebagaimana jolokan nama yang diberikan kepada beliau, aliran senibina ini mempunyai kesinambungan dan keperincian selok belok alam. Infinitus mempunyai visi untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat dan akur kepada Semangat Keusahawanan Berterusan.  Zaha Hadid menterjemahkan visi ini dengan mencipta persekitaran kerja baharu, selain identiti korporat baharu yang memupuk sifat keterbukaan dan komunikasi. Reka bentuk ini mengaktifkan bandar dan suasana sekitarnya, manakala pelaksanaan penyelesaian teknologi serta kaedah pembinaan terkininya mencipta tempat kerja yang berfungsi, boleh diadaptasi dan menyeronokkan."

Plaza Infinitus Guangzhou tidak kelihatan seperti sebuah tempat kerja.  Direka sebagai satu siri "gelang infiniti" yang menghimpunkan semua individu dan disusun mengikut bentuk simbol infiniti - ∞ - Zaha Hadid mengatur semua jabatan dalam Plaza Infinitus Guangzhou di sekitar atria tengah dan halaman yang menggalakkan komunikasi dan interaksi terbuka. Bangunan pula direka agar dapat memaksimumkan jumlah cahaya matahari memasuki bahagian dalam bangunan manakala permukaan luar direka agar dapat memberi perlindungan daripada sinaran matahari dan sistem pengumpulan air hujan.  Laluan yang terhubung meningkatkan komunikasi semua kakitangan. Laluan berjalan kaki dan berjoging, serta taman tumbuhan herba Cina dan juga tumbuhan di atas bumbung membolehkan semua kakitangan dan pelawat mengekalkan gaya hidup aktif.

Industri kesihatan bakal mencakupi ruang pembangunan yang lebih luas di bawah bimbingan strategi negara "China yang Sihat".  Setelah siap, Plaza Infinitus Guangzhou bakal menjadi tunggak penting pembangunan industri kesihatan Daerah Baiyun, menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan peluang pekerjaan yang hebat.

Plaza Infinitus Guangzhou merupakan projek besar pertama LKKHPG yang dilaksanakan sendiri oleh kumpulan ini bermula dengan pemilihan tapak, perancangan konsep, dan pembinaan di Tanah Besar China. Terdahulu, LKK Health Products Group telah memperoleh Pusat Infinitus di Bandar Baharu Zhujiang, Guangzhou, Plaza Infinitus di Sheung Wan, Hong Kong dan Shanghai Corporate Avenue 3 (tidak lama lagi akan dinamakan semula sebagai Menara Infinitus) di Daerah Huangpu, Shanghai. Himpunan hartanah berkualiti ini dijangka dapat memenuhi matlamat pembangunan jangka panjang LKKHPG, sambil menyediakan sokongan padu bagi menjamin pembangunan yang mampan dan mantap perniagaan Infinitus.

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com )

LKK Health Products Group (LKKHPG) ialah ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan Hong Kong berusia seabad lamanya. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG ialah sebuah kumpulan perniagaan yang bersifat moden dan pelbagai, mengkhusus dalam R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan berkaitan produk kesihatan herba Cina; pengurusan ladang TCM dan jualan bahan-bahan ubatan mentah Cina; platform internet mudah alih serta produk dan perkhidmatan berkaitan; dan juga pelaburan harta tanah. Setakat 30 Jun 2016, LKKHPG menggajikan kira-kira 4,800 kakitangan.

Latar Belakang Infinitus (China) Company Ltd. (www.infinitus.com.cn )

Infinitus (China) Company Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Infinitus (China) atau Syarikat), yang ditubuhkan pada 1992, merupakan ahli LKKHPG. Ia telah diiktiraf sebagai Perusahaan Berteknologi Tinggi Kebangsaan. Pusat Pemeriksaan Produknya telah diakreditasi Makmal Diakreditasi Kebangsaan oleh China National Accreditation Service for Conformity Assessment (CNAS), dan telah lulus Ujian Kecekapan Kimia Makanan dalam Food Analysis Performance Assessment Scheme (Skim Analisis Makanan dan Penilaian Prestasi) (FAPAS) di UK pada tahun 2012. Komited dalam menyediakan produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi, Infinitus (China) melabur lebih RMB 100 juta dalam R&D dan teknologi setiap tahun. Selaku peneraju dalam teknologi polisakarida kompaun, Syarikat telah memperoleh 452 paten serta sebilangan besar hak harta intelek teras yang bebas.  Setakat Jun 2016, Syarikat telah membangunkan 124 produk kesihatan herba Cina yang berkualiti tinggi dalam 5 siri yang dipasarkan di bawah 6 jenama. Ia juga membangunkan 36 cawangan, 29 pusat perkhidmatan berserta lebih 6,400 kedai eksklusif di Tanah Besar China.

Latar Belakang Zaha Hadid Architects (www.zaha-hadid.com )

Zaha Hadid, pengasas Zaha Hadid Architects (ZHA), dianugerahkan Hadiah Seni Bina Pritzker (dianggap sebagai Hadiah Nobel dalam bidang seni bina) pada tahun 2004. Beliau merupakan wanita pertama yang merangkul anugerah tersebut dan terkenal di peringkat antarabangsa menerusi hasil kerja rintis seni bina garis arus beliau. Projek-projek seni bina Zaha Hadid yang cemerlang juga termasuk Muzium MAXXI di Rome, Pusat Akuatik Olimpik London 2012, Menara Inovasi Kelab Joki di Hong Kong Polytechnic University, Panggung Opera Guangzhou serta Wangjing SOHO di Beijing.

Visi Zaha Hadid telah mentakrifkan semula seni bina untuk abad ke-21 dan merangkumkan elemen imaginasi ke seluruh dunia. Legasi beliau kekal menjadi DNA dalam studio rekaan beliau. Dengan menjalin kerjasama dengan rakan kerja Patrik Schumacher selama tiga dekad, hasil kerja ZHA mengatur bentuk dan ruang menjadi komposisi ruang yang menakjubkan. Menerusi 55 projek di 26 negara yang sedang dibangunkan atau berada dalam fasa pembangunan rekaan, pasukan ZHA yang amat berbakat dan berdedikasi meneruskan legasi Zaha, mereka dan menyiapkan projek transformasi di enam benua.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

http://www.lkkhpg.com/en-us/media-centre/corporate-news/detail/20161110174700.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161115/0861611897-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161115/0861611897-b

To view the original version on PR Newswire, visit:http://www.prnewswire.com/news-releases/plaza-infinitus-guangzhou-rekaan-zaha-hadid-adakan-acara-memecah-tanah-300365213.html

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Corporate Expansion Real estate transactions