omniture

Empire State Realty Trust Raikan Musim Perayaan Dengan Kejutan Untuk Peminat dan Pengunjung

Empire State Realty Trust, Inc.
2016-11-18 22:13 454

Empire State Building Hiaskan Dewannya dengan Hiasan Menakjubkan dan Sambut Musim Perayaan dengan Persembahan Muzik-kepada-Cahaya Tahunan

NEW YORK, 18 November 2016 /PRNewswire/ -- Empire State Building hari ini mengumumkan maklumat "ESB Unwrapped" – hadiah tahunannya kepada warga New York, pelancong, dan peminat dari seluruh dunia pada musim perayaan ini. Perayaan sepanjang bulan bakal menampilkan hiasan musim cuti yang menarik di tingkap-tingkap bangunan Fifth Avenue dan lobi Art Deco, penampilan tetamu istimewa kejutan dan persembahan cahaya menara yang disegerakkan dengan muzik musim perayaan.

generated by system

"Sekali lagi, Empire State Building mengalu-alukan musim perayaan ke Bandaraya New York dan berkongsi perayaan-perayaan di Bandaraya New York ini dengan seluruh dunia. Kami membawakan musim perayaan ke latar langit dengan persembahan Muzik-kepada-Cahaya kami yang penuh keajaiban.  Hiasan musim perayaan di lobi kami adalah sesuatu yang wajib disaksikan," kata Anthony Malkin, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT.

Penampilan Kejutan: 

Anda tidak tahu siapa yang bakal anda temui ketika mengunjungi ESB dan di sepanjang bulan November dan Disember. Bangunan ini akan mengalu-alukan tetamu selebriti terkenal ke Balai Cerap di tingkat 86 yang terkenal di seluruh dunia untuk menikmati pandangan 360 darjah dan bertegur sapa dengan peminat.  Tahun lalu, kami mengalu-alukan kumpulan acapella, Pentatonix.

Hiasan Musim Perayaan:  

Pada 17 November, para pelawat menyaksikan bangunan itu "membuka" paparan tingkap biasa Fifth Avenue rekaan Mark Stephen Experiential Agency, menampilkan vignet yang menggabungkan model bangunan itu dalam pemandangan perayaan musim salji. Hiasan dalam warna emas, tembaga dan perak yang menonjolkan seni bina ikon global Art Deco akan menghiasi lobi bangunan itu dari 17 November hingga 5 Januari.

Pencahayaan Menara Ikonik: 

ESB bakal meneruskan keraian musim perayaan dengan pencahayaan menara bagi meraikan Thanksgiving, Chanukah, Krismas dan Malam Tahun Baharu. ESB akan bekerjasama dengan iHeartMedia untuk persembahan muzik dan cahaya perayaan tahunan, disegerakkan dengan lagu-lagu perayaan yang dimainkan di stesyen radio iHeartMedia New York.

Untuk jadual pencahayaan penuh, sila lawati http://www.esbnyc.com/explore/tower-lights/calendar.  

Persembahan Muzik Perayaan: 

Dari 28 November hingga 30 Disember, Isnin hingga Jumaat, seorang pemain piano akan membuat persembahan di lobi ikonik Fifth Avenue ESB. Para pengunjung dijemput untuk mendengar lagu-lagu klasik perayaan dan koleksi lagu musim perayaan kegemaran pada jam 8-11 pagi, 12-3 petang, dan 4-7 petang.

Latar Belakang Bangunan Empire State

Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust


Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2016, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 707,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Travel