omniture

Young Living Umum Ketua Pegawai Sains

Young Living Essential Oils
2016-11-19 02:59 439

- Dengan berdekad-dekad pengalaman mencipta produk utama di 140 negara, kepakaran Dr. Buch membolehkan Young Living memasuki kategori baharu penawaran produk -

LEHI, Utah, 19 November 2016 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, syarikat minyak pati terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Michael Buch sebagai Ketua Pegawai Sains. Pengalaman Dr. Buch dalam formulasi dan pemasaran produk, teknik analisis termaju, hal ehwal kawal selia, dan model inovasi terbuka membolehkan Young Living meningkatkan pelaburannya dalam sains.

generated by system

Dengan pengalaman lebih 30 tahun meneraju organisasi yang sangat saintifik untuk syarikat-syarikat besar global, Dr. Buch memulakan kerjaya beliau dalam kawalan kualiti dan jaminan kualiti, dan akhirnya membina dan menguruskan makmal-makmal analitik termaju mengkhusus dalam spektrokopi, kromatografi, dan mikroskopi. Kepakaran beliau dan hubungan beliau dengan komuniti saintifik membolehkan Young Living berkolaborasi dengan saintis ternama dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.

"Dr. Buch telah mengetuai ahli pasukan yang sudah sedia mahir dan meluaskan lagi kebolehan saintifik mereka sambil meningkatkan keupayaan syarikat untuk terus kekal berada di hadapan dalam inovasi terkini," kata Jared Turner, Ketua Pegawai Operasi Young Living. "Ia merupakan sesuatu yang tidak ternilai dalam pembangunan produk kami, serta memperkasakan keupayaan ahli-ahli kami untuk berkongsi faedah produk kami dalam cara baharu yang hebat."

Di bawah kepimpinan Dr. Buch, dua produk Atas Kaunter (OTC) dilancarkan pada awal tahun ini, yang menjadikan Young Living satu-satunya syarikat minyak pati yang mencipta dan mengeluarkan produk dalam kategori ini.  Produk ini, Gula-gula ubat batuk Thieves®  dan Krim Melega Kesakitan Cool Azul™, membuka peluang kepada Young Living untuk menghasilkan produk campuran minyak tambahan dengan pengakuan perubatan yang mematuhi garis panduan FDA.

Selain menyelidik dapatan baharu untuk menyokong pengakuan terhadap produk sedia ada dan formulasi produk baharu, Dr. Buch dan pasukannya membawa Young Living ke barisan hadapan jaminan kualiti dan ketulenan dengan menjadi satu-satunya syarikat minyak pati yang mengendalikan semua ujian produk secara dalaman dengan peralatan yang canggih. 

Dr. Buch ialah ahli beberapa persatuan berprestij, termasuk Institut Sains untuk Dasar Global dan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. Hasil usaha beliau menghasilkan lebih sedozen paten dalam bidang penjagaan kesihatan, beberapa buah buku, dan berbilang artikel yang diterbitkan dalam jurnal saintifik semakan setara.

Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, ialah peneraju dunia dalam minyak pati, dengan proses kawalan ketat Seed to Seal® yang menghasilkan produk minyak pati tulen untuk setiap individu, keluarga dan gaya hidup.  Proses ini memastikan semua produk tulen, bebas kimia sintetik dan tulen. Komitmen ini lahir daripada penjagaan syarikat selama lebih 20 tahun terhadap bumi dan warganya. Untuk maklumat lanjut, layari YoungLiving.com.

Hubungan Media:
Jamie Kaneko
Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Global
+1 801.221.7128
jkaneko@youngliving.com

Source: Young Living Essential Oils
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Hotels and Resorts Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Hispanic-oriented news Personnel announcements