SAN FRANCISCO, 19 November 2016 /PRNewswire/ -- Enlitic – sebuah syarikat baharu perubatan kecerdasan buatan pembelajaran mendalam dan salah satu daripada "50 Syarikat Paling Pintar" MIT Technology Review – berbesar hati mengumumkan bahawa hadirin mesyuarat tahunan Persatuan Radiologi Amerika Utara (RSNA) berpeluang menjadi orang pertama menyaksikan portfolio produk sokongan keputusan klinikal yang diperkasakan oleh teknologi pembelajaran mendalam yang canggih.
Reruai Enlitic akan menganjurkan demonstrasi awam pertama produk triaj X-ray dada miliknya. Produk ini menyaring pelbagai patologi dengan cekap untuk membantu pakar radiologi mendapatkan diagnostik yang tepat dengan lebih cepat dan mengurangkan kesilapan.
Enlitic juga akan memperkenalkan penyelesaian terbaharu pemeriksaan kanser paru-paru. Dijana oleh enjin pembelajaran mendalam 3D, ia mempunyai pengesanan dan pencirian nodul paru-paru, pemantauan penemuan secara longitud, dan penjanaan laporan secara automatik yang meningkatkan lagi sensitiviti dan skala dalam program pemeriksaan paru-paru sekaligus mengelakkan biopsi yang tidak perlu.
Selain daripada penawaran pengimejan toraks, hadirin juga dapat melihat Enlitic menunjukkan keupayaan dalam mammografi digital.
Portfolio penyelesaian diagnostik Enlitic telah dibangunkan dengan kerjasama Capitol Health, pembekal terulung pengimejan dan servis diagnostik ke pasaran penjagaan kesihatan Australia.
"Kami sangat teruja tentang demonstrasi umum penyelesaian diagnostik Enlitic yang pertama ini. Penggunaan penyelesaian ini akan mempertingkatkan pengesanan awal dan prognosis untuk pesakit, sekaligus mewujudkan penjagaan kesihatan yang cekap dan jimat di Australia dan seluruh dunia," kata Andrew Harrison, Ketua Pegawai Eksekutif Capitol Health.
Teknologi pembelajaran mendalam Enlitic menggabungkan pelbagai data perubatan yang tidak berstruktur, termasuk imej radiologi dan patologi, keputusan makmal, genomik, sejarah pesakit dan rekod kesihatan berelektronik.
RSNA akan mengadakan mesyuarat di Chicago dari 27 November sehingga 1 Disember 2016. Untuk mengatur demonstrasi fizikal portfolio penyelesaian diagnostik Enlitic, ikuti pautan ini (https://calendly.com/astoeckel/enlitic-rsna-2016/11-24-2016) ke kalendar janji temu kami atau datang ke McCormick Place, 2301 S King Dr, Dewan Utara, Reruai 8001.
Latar Belakang Enlitic
Enlitic, Inc. ialah sebuah syarikat pembelajaran mendalam yang khusus dalam merevolusikan diagnostik penjagaan kesihatan. Algoritma kecerdasan buatan Enlitic dihasilkan dari bawah oleh sebuah pasukan antarabangsa daripada pelbagai bidang saintis data, pengamal mesin pembelajaran, dan pakar perubatan yang terkenal. Enlitic yang beribu pejabat di San Fransisco ini dinamakan sebagai salah satu daripada "50 Syarikat Paling Pintar 2016" oleh MIT Tech Review.