TAIPEI, Taiwan, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Diberi taraf daripada satu hingga lima bintang, hotel berpenarafan bintang terdiri daripada hotel biasa sehingga hotel mewah dan dapat menyediakan penginapan kepada semua jenis pelancong, bukan sahaja terhad kepada pelancong beg galas, pengembara perniagaan dan keluarga.
Sistem penarafan yang diperkenalkan pada tahun 2010 ini membantu pelancong merancang percutian mengikut kehendak masing-masing dengan tepat. Seiring dengan peningkatan populariti reka bentuk budaya, banyak Hotel Bertaraf Bintang telah menggabungkan perkhidmatan mereka dengan menumpu kepada budaya tempatan dan kepintaran estetik. Salah satu hotel yang menggunakan konsep tersebut ialah Grand View Resort Beitou, yang menggunakan imejan "Ketimuran Baharu" untuk memberi sentuhan halus dalam pengalaman kemewahan. Kedudukannya yang berdekatan dengan Taman Negara Gunung YangMing yang terkenal di Taipei memudahkan tetamu untuk bersantai dan menikmati keindahan kawasan gunung tanpa perlu meninggalkan kemodenan bandar. Tetamu yang menginap di Grand View Resort Beitou akan dapat menikmati hidangan "270-Degree Mountain View Authentic Cuisine" (Hidangan Asli Pemandangan Gunung 270 Darjah), kolam air panas sulfur putih asli dan melawat perpustakaan tercantik dunia – Perpustakaan Beitou.
Sebuah lagi hotel, Hotel Royal Chiaosi, terletak di kawasan tinggi di Yilan Wilayah. Hotel ini bukan sahaja menawarkan pemandangan Tanah Rata Lanyang yang indah, ia juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati sayur-sayuran tempatan yang paling segar dan mencuba makanan laut tempatan. Hotel tersebut juga mempunyai kolam air panas tertutup dan terbuka bersambung yang pertama di Taiwan. Tinggalkan segala tekanan dan segarkan diri dalam "Kolam Air Panas Mineral Untuk Kecantikan".
Hualien Promisedland Resort & Lagoon juga turut menggabung pendekatannya menerusi gaya reka bentuk Spanish Gaudi. Setiap bilik mempunyai pemandangan indah East Rift Valley dan lagun pada musim yang berbeza-beza. Para tetamu dapat menikmati jelajah bot yang nyaman di terusan buatan manusia sepanjang 2.2 km di sekeliling resort ini.
Menginaplah di hotel bertaraf bintang dan melancong di Taiwan, jamu selera dengan makanan gourmet, nikmatilah perkhidmatan terbaik, lihatlah senyuman menawan dan rasailah sambutan hangat daripada penduduk tempatan.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607526-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607526-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607526-c