omniture

Pameran Bangunan Hijau antara Pameran Penting di Pameran Teknologi Tinggi China 2016

Organizing Committee of CHTF
2016-11-21 10:18 745

SHENZHEN, China, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- "Pameran Bangunan Hijau" merupakan salah satu daripada pameran penting di Pameran Teknologi Tinggi China ke-18, yang diadakan di Shenzhen pada 16-21 November 2016.

"Pameran Bangunan Hijau" di Pameran Teknologi Tinggi China 2016
"Pameran Bangunan Hijau" di Pameran Teknologi Tinggi China 2016

Menumpu kepada pembinaan "Kediaman Hijau", CHTF 2016 bertindak sebagai platform yang ideal untuk syarikat dari seluruh industri teknologi hijau memperkenalkan produk dan penyelesaian terkini mereka.

Salah satu produk yang dinanti-nantikan dalam pameran tersebut ialah am:10 pembersih ekologi semula jadi hutan mikro pintar Shenzhen Tiehan Residential Environment Technology Co., Ltd. 

Inovasi teknologi tinggi ini menggabungkan 18 tumbuhan hijau dengan penulenan tinggi dan oksigen tinggi dengan penulenan kitaran air untuk menghasilkan oksigen. Ketika proses ini, kaedah pembersihan lain bekerja sebagai subsidiari yang membuatkan ion negatif menukar bahan merbahaya menjadi nutrien tumbuh-tumbuhan. Ia dikendalikan oleh sistem pengendalian yang amat pintar yang boleh dikawal jarak jauh menggunakan aplikasi telefon mudah alih.

Selain produk bahan, pengunjung juga boleh mengimbas semak rangkaian penyelesaian praktikal Kediaman Hijau, seperti platform perkhidmatan inovasi penanaman vertikal Techand one  yang menyediakan penyelesaian teknologi yang diperibadikan menurut keperluan dan keadaan sebenar pengunjung, dan penyedia penyelesaian kediaman pintar VRULT, yang mempunyai produk tentuan pengguna dan digunakan dalam cara yang kreatif seperti mod sarapan atau panggung.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.chtf.com/english/.

Latar Belakang CHTF

'Didorong Inovasi, Berorientasikan Kualiti' ialah tema utama Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) 2016. Hasil kejayaan pameran selama 17 tahun, CHTF menjadi sebuah platform pameran & perdagangan yang amat terkenal dan penting yang memberi impak global terhadap pelbagai industri, khususnya industri sains dan teknologi.

Menurut maklum balas yang diperoleh daripada pempamer yang terlibat pada tahun lalu, lebih 80% daripada mereka ingin mengambil bahagian sekali lagi. Acara teknologi terkemuka negara ini dikunjungi oleh banyak jabatan rasmi. Setiap tahun, CHTF diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen (SZCEC), Fuhua Third Road, Daerah Futian, Shenzhen.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/0861612382

 

Source: Organizing Committee of CHTF
Keywords: Computer/Electronics