omniture

Sigfox, Penyedia Sambungan Internet Komunikasi Benda Peneraju Dunia Umum Cipta Rekod Pusingan Pendanaan

Sigfox
2016-11-21 12:43 586

LABEGE, Perancis, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Sigfox, penyedia sambungan Internet Komunikasi Benda (IoT) peneraju dunia hari ini mengumumkan penutupan pusingan pendanaan Siri E sebanyak EUR150 juta bagi mempercepatkan peluasan jaringan globalnya dan bakal memberi liputan ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Salesforce, Total, Henri Seydoux, Alto Invest, Swen CP dan Tamer Group bakal menyertai Sigfox sebagai pelabur baharu. Pemegang saham sedia ada termasuk Bpifrance, Elliott, Intel Capital, Air Liquide, Idinvest Partners dan IXO, akan turut melabur semula ke dalam syarikat. Pelabur baharu tambahan dijangka akan menyertai pusingan pembiayaan kali ini tidak lama lagi untuk mencapai tahap EUR150 juta.

Ruang IoT membuka peluang baharu yang mengujakan dengan menghubungkan dunia fizikal dan Internet. Dengan jaringan globalnya, Sigfox memberikan suara kepada berbilion objek, membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi kita.

Dalam tempoh hanya lima tahun, Sigfox telah membangunkan jaringan wayarles global yang unik, yang menyediakan penyelesaian sambungan yang mudah dan cekap, membolehkan peranti dihubungkan ke awan pada harga ultra-rendah dengan menggunakan tenaga minima. Tiada rangkaian lain selain Sigfox yang mempunyai kehadiran seluruh dunia dan boleh mengakui ia menghubungkan objek penuaian tenaga automoni sepenuhnya. Dengan adanya Sigfox, setiap objek boleh dihubungkan ke awan pada kos yang minima, dengan bergantung hanya kepada sumber tenaga sekeliling. Janji ini, serta pembangunan penting yang dibuat oleh syarikat dalam tempoh 18 bulan lalu telah menyumbang kepada kejayaan penutupan pusingan pendanaan kali ini.

Dengan lebih 10 juta objek berdaftar dalam jaringannya dan liputan yang kini mencapai 26 negara, Sigfox mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju global dalam ruang IoT. Pusingan baharu pendanaan akan membolehkan syarikat meluaskan jaringan antarabangsanya ke 60 negara menjelang 2018 dan mencapai titik pulang modal kewangan.

Syarikat melihat Industri 4.0 sebagai salah satu laluan pertumbuhan utama yang memacu pembangunan IoT. Keperluan kepada penyenggaraan jangkaan selain evolusi berterusan model perniagaannya kepada lebih banyak perkhidmatan mungkin merupakan sebahagian sebab di sebalik keputusan Total menyertai pemegang saham yang lain menyokong pembangunan antarabangsa Sigfox.

"Kami gembira dapat bersama-sama membangunkan Sigfox kerana teknologi yang ditawarkan menjadi penentu dalam mempercepatkan pelaksanaan Internet Komunikasi Benda. Pengembangan mereka dalam pasaran dalam masa yang singkat dan keupayaan mereka mempercepatkan pelaksanaan penyelesaian IoT berskala besar mendorong pelaburan kami," ulas Patrick Pouyanné, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Total. "Penyelesaian sebegini akan meningkatkan prestasi dan keselamatan operasi aktiviti industri, mengurangkan kos operasi tetapi turut digunakan untuk memberi khidmat kepada pelanggan."

Satu lagi peluang penting ialah pengoptimuman proses industri yang meleveraj data besar. Dengan sebab ini, Sigfox merancang untuk bersepadu dengan Cloud IoT Salesforce, mendedahkan maklumat dalaman daripada dunia terhubung yang memperkasakan perniagaan untuk mengambil tindakan yang tepat, untuk pelanggan yang betul, pada masa yang tepat di seluruh pengguna global dan kes kegunaan perniagaan. Dengan menghubungkan berbilion objek dan acara, Sigfox dan Cloud IoT Salesforce boleh membantu pengalaman pelanggan yang mendalam dan bermakna menerusi jaringan global yang homogen dan boleh diskala.

Intel Capital, Idinvest Partners dan IXO PE, yang merupakan pemegang saham lama Sigfox, terlibat secara aktif dalam pusingan kali ini.

"Kami amat yakin Sigfox telah membuka cerutan keterhubungan IoT dan akan membawa berbilion objek ke dalam talian dalam masa terdekat. Penyelesaian platform terbuka yang menjimatkan kos dan mudah digunakan bakal menjadi piawaian sambungan objek berkuasa rendah, membawakan perolehan produktiviti yang besar kepada dunia korporat dan faedah harian kepada pelanggan akhir ", kata Franck Tuil, Pengurus Portfolio Kanan Elliott.

"Saya menubuhkan Parrot 22 tahun lalu, dan saya tahu apa yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang bercita-cita tinggi pada skala besar. Saya kagum dengan kemajuan besar yang dicapai oleh Sigfox dalam tempoh tiga tahun lalu yang saya habiskan sebagai ahli lembaga pengarah Sigfox. Saya kini yakin dengan potensi besar pertumbuhan pasaran yang berjaya diperolehi oleh Sigfox. Di samping pelaburan kewangan yang saya lakukan hari ini kepada syarikat, saya bersedia memberikan sokongan pengurusan Sigfox sebagai seorang usahawan", kata Henri Seydoux, Ketua Pegawai Eksekutif Parrot.

"Internet Komunikasi Benda merupakan salah satu teknologi transformasi besar akan datang, dan kami berbangga menyokong Sigfox selaku peneraju infrastuktur. Kami berbesar hati menyaksikan ekosistem syarikat baharu yang kukuh dibina sekitar teknologi bertaraf dunia ini.", kata Paul François Fournier, Pengarah Eksekutif Bpifrance.

Mengulas tentang pengumuman itu, Xavier Drilhon, timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sigfox berkata, "Saya menyertai Sigfox 18 bulan lalu kerana visi hebat para pengasasnya dan kedudukan unik syarikat selaku pembolehcara penting revolusi IoT. Peluasan antarabangsa kami yang pesat berjaya dilaksanakan dengan sokongan daripada pengendali tempatan kami, selain pertumbuhan ekosistem, yang merupakan perkara penting dalam memperoleh dana baharu ini.  Ia bakal membolehkan syarikat mempercepatkan pelaksanaan jaringannya daripada 26 negara hari ini kepada lebih 60 dalam tempoh dua tahun akan datang, mewakili 90 peratus KDNK seluruh dunia."

"Sewaktu kami bertemu pada tahun 2010, kami mengakui bahawa Sigfox boleh mengubah dunia dengan merapatkan dunia maya dan fizikal menerusi paradigm baharu berdasarkan prinsip asas astrofizik. Hari ini, kami mencipta sesuatu yang dianggap sama seperti teleskop radio terbesar di dunia bagi IoT. Jaringan kami boleh menghubungkan beratus bilion objek kepada Internet menerusi teknik radio maju." kata Ludovic Le Moan dan Christophe Fourtet, pengasas bersama Sigfox.

Pusingan ini terdiri daripada "greenshoe" (kasut hijau) yang akan membolehkan rakan kongsi strategik dan kewangan baharu menyertai modal saham Sigfox tidak lama lagi.

Lazard dan Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan Sigfox, dengan Skadden bertindak sebagai penasihat undang-undang dan Callisto bertindak sebagai penasihat kewangan bagi pihak pengurusan.

Gambar-gambar Sigfox boleh didapati di sini  

Latar Belakang Sigfox 

Sigfox ialah penyedia sambungan Internet Komunikasi Benda (IoT) peneraju dunia. Syarikat ini telah membina jaringan global untuk menghubungkan berbilion peranti kepada Internet pada masa yang sama menggunakan tenaga serendah yang boleh dan semudah yang boleh.

Pendekatan unik Sigfox terhadap komunikasi peranti-ke-awan menangani tiga halangan utama pelaksanaan IoT global: kos, penggunaan tenaga, dan kebolehskalaan global. Hari ini, jaringan ini berada di 26 negara dan merancang untuk meliputi 60 negara menjelang 2018 – memberi perkhidmatan kepada populasi seramai 397 juta orang. Dengan jutaan objek terhubung dan ekosistem rakan kongsi yang pesat berkembang, Sigfox memperkasa syarikat-syarikat untuk mencipta inovasi baharu dalam IoT. Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Ludovic Le Moan dan Christophe Fourtet, syarikat ini beribu pejabat di Labège berdekatan Toulouse, "Lembah IoT" Perancis. Sigfox mempunyai pejabat di Paris, Madrid, Munich, Boston, San Francisco, Dubai dan Singapura.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari http://www.sigfox.com dan ikuti kami di Twitter, Facebook dan Youtube

Latar Belakang Total Energy Ventures 

 Total Energy Ventures ialah syarikat modal teroka Total untuk melabur dalam syarikat baharu tenaga. Pelaburannya menyokong pembangunan perniagaan inovatif dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, penyimpanan tenaga, tenaga digital dan pengangkutan mampan.

Latar Belakang ALIAD 

Ditubuhkan pada tahun 2013, Air Liquide Venture Capital, ALIAD, ialah pelabur modal teroka Air Liquide Group. Peranan ALIAD ialah untuk memegang saham minoriti dalam syarikat baharu teknologi inovasi. Dengan pengetahuan pelanggan dan kepakaran industri dan teknologinya, ALIAD menyokong pertumbuhan syarikat baharu inovatif untuk teknologi masa depan. Penglibatannya diperlihatkan melalui R&D dan perjanjian istimewa perniagaan antara syarikat baharu dan entiti lain Kumpulan syarikat.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.airliquide.com/connected-innovation/aliad-venture-capital

Latar Belakang Alto Invest 

Alto Invest ialah syarikat pengurusan modal yang melabur terutamanya dalam syarikat kecil dan sederhana yang pesat berkembang. Pasukan Alto Invest berpengalaman luas dalam menguruskan portfolio ekuiti persendirian bagi pihak pelanggan institusi dan persendirian, dan ia membuat lebih 90 pelaburan ekuiti persendirian di Eropah. Alto Invest diluluskan sepenuhnya oleh pihak berkuasa kewangan Perancis (Autorité des Marchés Financiers) dan merupakan ahli aktif Persatuan Pengurusan Aset Perancis (Association Française de la Gestion Financière).

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.altoinvest.fr

Latar Belakang Bpifrance  

Pelaburan ekuiti dikendalikan oleh Bpifrance Investissement. Bpifrance, sebuah subsidiari kerajaan Perancis dan Caisse des Dépôts dan rakan kongsi usahawan yang dipercayai, perniagaan kewangan dari fasa permulaan hingga IPO, menerusi pinjaman, jaminan dan pelaburan ekuiti. Bpifrance juga menyediakan perkhidmatan operasi dan sokongan kuat kepada inovasi, eksport, dan pertumbuhan luar dalam perkongsian bersama Business France dan Coface. Bpifrance menawarkan rangkaian peluang pembiayaan kepada perniagaan di setiap langkah utama penbangunan mereka, termasuk tawaran yang diadaptasi kepada keperluan rantau. Dengan 47 syarikat serantau (90% keputusan dibuat secara tempatan) Bpifrance mewakili alatan strategik untuk persaingan ekonomi yang dikhususkan untuk usahawan. Bpifrance bertindak sebagai sokongan belakang bagi inisiatif yang dipacu oleh Kerajaan Perancis dan Rantau untuk menangani 3 matlamat:

  • Menyumbang kepada perkembangan SME
  • Menyediakan persaiangan masa depan
  • Menyumbang kepada pembangunan positif ekosistem perusahaan

Bersama-sama Bpifrance, perniagaan mendapat manfaat daripada wakil yang berkuasa, cekap dan berhampiran, untuk menjawab semua keperluan mereka dalam pembiayaan, inovasi dan pelaburan.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bpifrance.fr dan ikuti kami di Twitter @bpifrance.

Latar Belakang Elliott Management Corporation 

Elliott Management Corporation ialah syarikat pelaburan yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan kini menguruskan kira-kira $29 bilion modal untuk pelabur institusi dan individu. Elliott merupakan firma pelbagai strategi dengan pejabat di New York, London, Hong Kong, Tokyo dan Menlo Park yang aktif dalam pinjaman, ekuiti, komoditi, matawang dan pelbagai kelas aset lain merentasi rangkaian industri.  Objektif utama syarikat ialah untuk menjana pulangan yang tinggi dan konsisten dalam meminimumkam kerugian ketika kemerosotan pasaran kewangan.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.elliottmgmt.com.

Latar Belakang Idinvest Partners 

Dengan lebih EUR7 bilion di bawah pengurusan dan 80 kakitangan, Idinvest Partners merupakan pengurus pan-Eropah peneraju yang menumpu kepada segmen pasaran pertengahan. Idinvest Partners telah membangunkan beberapa kepakaran bidang pelengkap termasuk pelaburan dalam syarikat inovatif baharu Eropah, pelaburan utama, kedua dan mezanin dalam syarikat yang tidak disenarai dagang, dan rundingan ekuiti persendirian. Ditubuhkan di bawah nama AGF Private Equity pada tahun 1997, Idinvest Partners sebelum ini merupakan sebahagian daripada kumpulan Allianz sehingga 2010 apabila ia menjadi syarikat bebas.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.idinvest.com.

Latar Belakang Intel Capital 

Intel Capital, pelaburan strategik Intel dan organisasi M&A, menyokong syarikat baharu inovatif yang menyasarkan perkomputeran dan peranti pintar, awan, pusat data, keselamatan, Internet Komunikasi Benda, peranti boleh pakai dan teknologi robotik serta pengeluaran semikonduktor. Sejak tahun 1991, Intel Capital telah melabur US$11.8 bilion dalam 1,470 syarikat di seluruh dunia, dan 617 portfolio syarikat telah disenaraikan atau diambil alih. Menerusi program pembangunan perniagaannya, Intel Capital membantu ribuan pengenalan setiap tahun antara eksekutif portofolionya dengan pelanggan dan rakan kongsi Intel dalam Global 2000.  Untuk maklumat lanjut tentang apa yang menjadikan Intel Capital salah satu syarikat modal teroka paling hebat di dunia, layari http://www.intelcapital.com atau ikuti @Intelcapital.

Latar Belakang IXO Private Equity 

IXO Private Equity ialah syarikat yang bebas sepenuhnya dengan 100 % pegangan oleh pasukan pengurusan. Ia menguruskan portfolio aset dalam pelaburan modal bernilai EUR570 juta. Dana dihasilkan daripada penawaran awam jenis FIP/FCPI yang mewakili EUR220 juta. Dana FPCI (ex FCPR) kebanyakannya dipegang oleh pelabur institusi mewakili EUR350 juta. Berada di Toulouse, Marseille dan Lyon, IXO Private Equity melabur ekuiti dengan jumlah antara EUR1juta dan EUR15 juta per projek dalam PME yang berada di Selatan Perancis (Tenggara – Barat Daya).

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.ixope.fr

Latar Belakang Salesforce Ventures 

Salesforce Ventures-kumpulan pelaburan korporat Salesforce- melabur dalam teknologi perusahaan generasi seterusnya untuk membantu syarikat berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang baharu sepenuhnya. Syarikat portfolio menerima dana dan mempunyai akses kepada ekosistem awan terbesar di dunia dan panduan daripada penginovasi dan eksekutif Salesforce. Menerusi Salesforce Ventures, syarikat portfolio juga boleh meleveraj kepakaran Salesforce Foundation untuk menggabungkan model 1-1-1 kedermawanan bersepadu yang menjadikan pemberian semula kepada masyarakat sebahagian daripada model perniagaan mereka. Salesforce telah melabur dalam lebih 150 perusahaan awan baharu sejak tahun 2009.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.salesforce.com/ventures

Latar Belakang Swen Capital Partners 

Swen Capital Partners ialah syarikat pengurusan pelaburan yang mengkhusus dalam ekuiti persendirian, infrastruktur persendirian dan pinjaman persendirian. Dengan EUR3.2 bilion di bawah pengurusan, Swen Capital Partners menyediakan:

  • Rangkaian penuh program pelaburan untuk pelanggan individu dan institusi,
  • Kepakaran sebenar untuk membuat susulan dan pemantauan portfolio.

Swen Capital Partners ialah subsidiari OFI dan Arkéa Investment Services.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.swen-cp.fr

Latar Belakang Tamer Group 

Tamer Group ialah syarikat peneraju penjagaan kesihatan, jagaan kecantikan, produk berprestij, dan barangan pengguna laris yang memenuhi keperluan yang meningkat dalam komuniti Saudi dan Timur Tengah. Aktiviti utama Syarikat ialah import, pengedaran, promosi, pemasaran dan pengeluaran.

Hari ini, Tamer Group mempunyai kedudukan istimewa dalam pasaran Saudi, kesan daripada pendekatan unik perniagaan, perkhidmatan dan portfolio pelanggan.

Beribu pejabat di Jeddah, Saudi Arabia, Tamer Group memberi perkhidmatan kepada banyak syarikat peneraju dunia menerusi pelbagai perjanjian, perkongsian dan usahasama.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tamergroup.com

Perhubungan Sigfox
Laurence Collet, perhubungan media Sigfox
laurence.collet@sigfox.com
+33-7-86-27-36-43

Simon Chan, Edelman untuk Sigfox
simon.chan@edelman.com 
+44(0)7875-198-091

Source: Sigfox
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Venture Capital