omniture

Scarlett Johansson Selfie dengan Peminat di Acara Parti Kelab Peminat Huawei P9

Huawei Consumer Business Group
2016-11-21 19:16 785

LONDON, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Dalam satu acara yang anggun di Shenzhen, China, telefon pintar dua lensa Huawei yang baharu, Huawei P9, menjadi tumpuan bersama bintang senarai-A Hollywood Scarlett Johansson.

Scarlett Johansson menghadiri acara Parti Kelab Peminat Huawei P9 di Guangdong, China
Scarlett Johansson menghadiri acara Parti Kelab Peminat Huawei P9 di Guangdong, China

 

Scarlett Johansson mengujakan peminat dengan 'selfie' di Parti Kelab Peminat Huawei P9 di Guangdong, China
Scarlett Johansson mengujakan peminat dengan 'selfie' di Parti Kelab Peminat Huawei P9 di Guangdong, China

Dalam perkongsian yang bersejarah itu, Huawei dan Leica bekerjasama untuk mencipta kamera dua lensa yang menakjubkan dalam sebuah telefon pintar, menawarkan lebih pencahayaan dan lebih kejelasan untuk foto dan video yang hebat.

Selaku duta Huawei P9, Scarlett berkata walaupun beliau tidak menganggap dirinya sebagai jurugambar yang hebat, kamera canggih P9 memberikan beliau keyakinan yang lebih tinggi untuk merakam setiap saat – dan itulah perkara yang istimewa tentangnya.

Scarlett berkata ciri kegemarannya pada Huawei P9 ialah "kamera menakjubkan", dan menyatakan beliau gemar mengambil gambar anak perempuannya (Rose Dorothy Dauriac, dua tahun). Beliau juga memuji telefon itu yang menampilkan kamera dengan kualiti yang hebat, membolehkan pengguna melihat dunia menerusi lensa yang berbeza.

Selain itu, beliau menggambarkan perkongsiannya dengan pasukan Huawei sebagai satu "pengalaman hebat" dan menyatakan bahawa bekerja dengan sebuah syarikat teknologi buat kali pertama telah membuka banyak peluang baharu. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada peluang yang diberikan untuk bekerja dengan bintang Man of Steel Henry Cavill dan jurugambar fesyen yang berpengaruh Mario Testino dalam kempen pengiklanan untuk Huawei P9.

Huawei mengumumkan Huawei P9 telah mencecah jualan 9 juta.  Ia telah diterima dengan baik dan disukai oleh pengguna di seluruh dunia, yang sebahagiannya merupakan peminat Scarlett.

Di acara Parti Kelab Peminat Huawei P9, Scarlett disambut baik di atas pentas dengan tepukan dan sorakan daripada peminat beliau di China.

Scarlett ditemani di atas pentas oleh Ketua Pegawai Pemasaran Huawei, Glory Zhang, untuk menonton video kenang-kenangan Scarlett yang dihasilkan oleh peminat beliau di China. Penghormatan yang menyentuh hati ini membawa bintang itu ke dalam kembara visual ke seluruh China, bertemu peminat beliau, yang tua juga yang muda.

Acara itu diakhiri dengan 'selfie' bersama peminat dan Scarlett berkata, oleh kerana beliau tidak mengambil bahagian dalam sebarang media sosial, pertemuan bersemuka dengan peminat ialah sesuatu yang menakjubkan, dan beliau tersentuh dengan minat yang ditunjukkan oleh peminat Cina beliau terhadap diri dan filem beliau.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161117/8521607540-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161117/8521607540-b

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services