omniture

Vienna: Rekod Dunia di Jualan Lelong Ulangtahun WestLicht, 18 & 19 November 2016

WestLicht Photographica Auction
2016-11-22 17:34 652

VIENNA, 22 November 2016 /PRNewswire/ --

384,000 Euro untuk kamera Nikon terawal!

Kamera Nikon One meningkat daripada 90,000 sehingga 384,000 Euro, harga paling mahal yang pernah dibayar di jualan lelong untuk sebuah kamera daripada pengeluar Jepun yang telah lama dikenali itu. Rekod dunia itu telah dicapai di Jualan Lelong Kamera WestLicht ke-30 di Vienna pada 19 November.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161121/441659 )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161121/441660 )

Lot lelong itu ialah kamera Nikon terawal yang direkodkan, dikilangkan pada April 1948 sebagai keluaran kamera yang ketiga oleh Nikon. Ia merupakan hadiah awal hari jadi untuk syarikat Nikon, yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-100 pada tahun 2017.

Sudah semestinya, banyak lot daripada pengeluar Leitz/Leica mendapat harga yang tinggi: Cat hitam M3 oleh jurugambar terkenal Herbert List telah terjual pada harga 78,000 Euro.

Dua kamera Leica Gun Rifle oleh E. Leitz New York dari tahun 1938 terjual pada harga 168,000 Euro setiap satu.
Antara kesemua 687 lot, kamera filem yang pertama, sebuah Lumiere Cinematographe dari tahun1895, berjaya mendapat 90,000 Euro.

The Kiss bernilai 48,000 Euro

V-J Day Kiss lagenda oleh Alfred Eisenstaedt (harga bermula dari: 8,000 Euro) bernilai sebanyak 48,000 Euro bagi seorang pengumpul, mencatatkan harga rekod bagi ikon fotografi ini, yang menceritakan kisah seorang pelayar mencium seorang jururawat di Times Square semasa sambutan berakhirnya Perang Dunia ke-2 pada tahun 1945. Jururawat itu rupa-rupanya seorang kelahiran Austrian bernama Greta Friedman, yang baru sahaja meninggal dunia pada September pada tahun ini, berhijrah dari Wiener Heustadt ke AS pada tahun 1938.

Semua harga termasuk premium.

Jualan lelong seterusnya akan diadakan pada musim bunga tahun 2017; konsainan akan diambil sehingga bulan Februari.

Sila dapatkan maklumat selanjutnya tentang WestLicht Auction House di http://www.westlicht-auction.com.

WestLicht Photographica Auction
Westbahnstrabe 40
A-1070 Vienna
T +43(0)1-523-56-59
auction@westlicht.com
http://www.westlicht-auction.com

Hubungi:
Stefan Musil
T +43(0)676-931-66-65
musil@westlicht.com

Sumber: WestLicht Photographica Auction

Source: WestLicht Photographica Auction
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics