omniture

Pameran Pelancongan Marin Antarabangsa (Hainan) China 2016 bakal Diadakan di Haikou

Organizing Committee of the China (Hainan) International Marine Tourism Fair
2016-11-28 08:01 506

HAIKOU, China, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Pelancongan Marin Antarabangsa (Hainan) China 2016 (CIMTF) bakal diadakan pada 26 - 28 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan.

Pada 2015, di CIMTF yang pertama, gabenor Wilayah Hainan, Liu Cigui, mengunjungi pameran tersebut
Pada 2015, di CIMTF yang pertama, gabenor Wilayah Hainan, Liu Cigui, mengunjungi pameran tersebut

CIMTF dihoskan oleh Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan, Pusat Publisiti & Pendidikan Bahagian Pentadbiran Lautan Negeri dan Persatuan Pasifik China; ia juga mendapat sokongan Persatuan Oseanografi China dan Jabatan Perdagangan Wilayah Hainan; ia turut dianjurkan oleh Biro Konvensyen & Pameran Haikou, Persatuan Pasifik China dan juga Hainan Gonghao International Exhibition CO., LTD.

CIMTF telah berkembang menjadi sebuah pameran bertaraf antarabangsa yang menampilkan peserta pameran berkualiti, pengunjung, produk, acara pengembangan jenama di tapak pameran dan juga aktiviti-aktiviti O2O. Platform pemasaran, paparan pameran profesional dan pengurusan pelaburan mempersembahkan gaya yang serba baharu.

Pameran ini juga telah bertambah baik. Ia telah menghimpunkan bersama banyak destinasi pelancongan marin dari luar negara dan juga dari dalam negara bagi memaparkan panorama gaya sukan riadah laut. Menerusi sokongan padu daripada Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Hainan, Pusat Publisiti & Pendidikan Bahagian Pentadbiran Lautan Negeri dan juga Persatuan Pasifik China, CIMTF telah mengundang lebih banyak pembeli profesional luar negara, serta jabatan perdagangan asing dan pengurusan pelancongan untuk turut serta.

Lebih 10 acara akan diadakan khusus untuk memenuhi keperluan kumpulan berbeza.

Forum Pelancongan Marin (Haikou) China 2016 akan turut diadakan. Peserta dapat mengukuhkan perkongsian dan kerjasama perdagangan ekonomi, menerusi tema, "Pembangunan mampan pelancongan marin dan model Laut China Selatan." Sementara itu, Persidangan Rundingan Kerajaan & Promosi Perusahaan Utama pula akan mempromosikan pembangunan pelancongan marin.

Zhai Mo, jurucakap kedua untuk Pameran Pelancongan Marin Antarabangsa Hainan, akan menyampaikan ucapan tentang "Perlumbaan Pelayaran Antarabangsa Piala Pasifik" untuk berkongsi idea beliau tentang pelancongan marin dan juga memberi kefahaman tentang navigasi.

Pameran Interaksi Singa Laut, kawasan Aktiviti Air Luar seluas 1,500m2, Pengalaman Pelayaran Di Lokasi Pameran dan Taman Tema Marin VR akan memberikan pengalaman yang unik kepada pempamer tentang pengembaraan laut dalam.

CIMTF akan memperkayakan kepelbagaian aktiviti semasa Karnival Hainan, meningkatkan peranan wilayah itu menerusi strategi "Satu Jalur Satu Jalan" selain mempromosikan kemajuan industri pelancongan marin di wilayah tersebut.

Butiran lanjut, sila layari laman sesawang rasmi CIMTF: http://www.chinaimtf.com/

No.Telefon Jawatankuasa Penganjur CIMTF: +86-898-6525-1933

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161124/0861612635

Source: Organizing Committee of the China (Hainan) International Marine Tourism Fair
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Maritime/Shipbuilding Travel Trade show news