Art Institute of Chicago, Centre Pompidou, Fondation Beyeler, Fondation Cartier, Muzium Guggenheim, Hauser & Wirth, ICA Miami, LACMA, MAXXI, Tate dan Walker Art Center, antaranya, jadi yang pertama lancar laman sesawang guna domain .ART
LONDON, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- .ART, domain pertama yang dicipta secara eksklusif untuk komuniti seni global, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa lebih 60 muzium dan organisasi seni yang terkenal di dunia bakal melancarkan laman sesawang khusus menggunakan domain akhir baharu, termasuk Art Institute of Chicago, Centre Pompidou, Fondation Beyeler, Fondation Cartier, Muzium Guggenheim, Hauser & Wirth, ICA Miami, LACMA, MAXXI, Tate and Walker Art Center, antaranya. Sebagai pengguna awal domain .ART ini, organisasi-organisasi ini mempunyai rancangan menarik untuk mengaktifkan domain baharu mereka, ada antaranya melibatkan pemindahan sepenuhnya atau menyatukan laman sesawang sedia ada kepada .ART, sementara organisasi yang lain melancarkan laman sesawang khusus yang baharu demi mempamerkan kandungan yang begitu unik daripada barisan artis mereka dan/atau koleksi mereka.
"Misi kami adalah untuk memelihara warisan budaya dunia seni global. Kami berbesar hati kerana begitu banyak institusi berwibawa dari serata dunia turut berkongsi wawasan dan keyakinan kami bahawa .ART akan merubah hubungan komuniti seni dengan internet dan juga membantu melindungi warisan jenama mereka dalam talian," jelas Ulvi Kasimov, Pengasas .ART.
John Matson, Ketua Pegawai Eksekutif .ART menambah, ".ART menyediakan kaedah baharu untuk dunia seni agar dikenali secara dalam talian. Domain tersebut adalah pendek, ringkas, mudah diingat dan mempunyai kaitan jelas dengan seni. Buat Pengguna Awal kami, domain .ART ialah ekspresi semulajadi jenama mereka."
Para pengguna awal diberi akses pertama untuk mendapatkan nama domain .ART, dan berpeluang untuk melancarkan kandungan melalui laman sesawang masing-masing lebih awal sebelum domain-domain mula dijual kepada golongan awam pada musim panas 2017. Pengguna awal .ART turut berkongsi keterujaan mereka:
Pengarah Digital Tate, Ros Lawler, berkata pihak muzium "berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam pelancaran domain baharu ini, yang akan membantu mempromosikan beberapa koleksi seni, galeri dan juga muzium terhebat di dunia."
Benoît Parayre, Pengarah Komunikasi dan Perkongsian di Centre Pompidou menjelaskan, "Nama domain untuk dunia seni telah lama tertangguh dan kini membolehkan banyak pengusaha industri kebudayaan, muzium, pusat seni, galeri, pengumpul, dsb. untuk memiliki nama domain yang lebih relevan demi mempromosi koleksi dan juga program mereka."
"Fondation Cartier pour l'art contemporain teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada segmen digital baharu .ART dan mengembangkan programnya dengan lebih jauh," kata Pengurus Digital, David Desrimais.
Anton Vidokle, artis dan pengasas e-flux, menambah, "Internet mempunyai potensi pendidikan yang begitu hebat dan domain yang andal serta bermaklumat khusus untuk bidang seni akan menyediakan sumber pengetahuan yang amat bernilai. Domain seni ini juga akan menjadi sebuah platform berkesan yang memperakui hasil seni yang cemerlang oleh organisasi-organisasi seni dan para artis dari seluruh pelusuk dunia buat semua yang cinta dan peduli terhadap seni."
Dominique Chevalier, Presiden Syndicat National des Antiquaires (SNA), yang menganjurkan Biennale des Antiquaires di Grand Palais, Paris, menjelaskan, "Bagi kami dan galeri kami, '.com' adalah terlalu komersial dan '.fr' pula terlalu generik. Masalah dengan kebanyakan nama domain ialah ia tidak mengungkapkan apa pun tentang perniagaan yang anda jalankan, dan '.ART' dapat menangani isu tersebut."
Lélia Pissarro, pemilik bersama Stern Pissarro Gallery dan cicit artis Camille Pissarro, menambah, "Internet memberi kesan paling besar terhadap pasaran seni global. Ia telah membawa seni ke setiap pelusuk dunia. Langkah berkesan dari segi nama domain ini jelas sekali untuk mengkategorikan industri ini. Kami berpendapat bahawa dengan nama Pissarro yang dibawakan, digabungkan dengan '.com' menyebabkannya bersifat kurang sofistikated. Dengan adanya peluang untuk kini menggunakan 'pissarro.art' adalah penyelesaian yang cukup sempurna. Ia dapat mengisi jurang yang telah lama wujud dalam strategi pemasaran kami dan cara kami menonjolkan perniagaan kami."
Para pengguna awal mempunyai pelbagai rancangan untuk laman sesawang masing-masing:
Tate, LACMA, Muzium Seni Multimedia, dan Muzium Solomon R. Guggenheim, akan menghasilkan laman sesawang yang menekankan pelbagai aspek daripada koleksi mereka, manakala Fondation Cartier pula akan menggunakan domain tersebut untuk memastikan koleksi mereka tersedia kepada golongan awam buat pertama kali seumpamanya. Sementara itu, Centre Pompidou bakal melancarkan laman sesawang khusus yang menyediakan maklumat penting dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain untuk pengunjung asing.
Hauser & Wirth akan menyambut ulang tahun galeri yang ke-25 menerusi pelancaran laman sesawang interaktif yang memaparkan kronologi visual yang memperincikan tentang sejarah galeri tersebut yang berusia hampir tiga dekad lamanya. Di samping itu, Canesso Gallery, Galerie Meyer Oceanic & Eskimo Art, Galerie Perrin, Tomasso Brothers Fine Art, Stern Pissarro Gallery, dan Venus akan mengubah laman sesawang sedia ada secara sepenuhnya kepada domain baharu .ART.
Mulai Februari 2017, nama domain .ART mula dibuka untuk pendaftaran kepada ahli-ahli profesional dalam dunia seni, memastikan bahawa pihak berkepentingan diberi peluang untuk mendapatkan domain yang mereka inginkan terlebih dahulu.
Untuk mendapatkan senarai penuh pengguna awal .ART, layari http://www.art.art.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: engage@art.art.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/372735LOGO