omniture

Austria dan UNIDO Meterai Pengisytiharan Bersama Untuk Sokong Yayasan Pelaburan Impak Global

Global Impact Investing Foundation (GIIF)
2016-11-28 14:05 513

VIENNA, 28 November 2016 /PRNewswire/ --

Mercu tanda kejayaan besar untuk Pelaburan Impak dan Keusahawanan Sosial dicapai 

Pengisytiharan Bersama yang dimeterai oleh Canselor Austria Christian Kern dan Ketua Pengarah UNIDO LI Yong memberi isyarat bermulanya kerjasama dengan UNIDO dan Global Impact Investment Foundation (GIIF) (Yayasan Pelaburan Impak Global). Pelaburan impak merupakan salah satu kunci utama ke arah melaksanakan Agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke atas Sustain Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161125/442934 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161125/442933 )

Yayasan Pelaburan Impak Global memberi tumpuan pada mempromosi dan memacu Pelaburan Impak secara global dengan membangunkan struktur pasaran yang sesuai dan kelengkapan untuk menggalakkan dan membolehkan usahawan sosial dan menghubungkan mereka kepada pelabur impak.

Alon Shklarek, usahawan, pelabur impak dan Presiden GIIF melihat pemeteraian Pengisytiharan Bersama sebagai penanda kejayaan yang penting. "Usahawan sosial merupakan pemacu di sebalik kemajuan dalam menangani matlamat pembangunan mampan. Pemeteraian ini dan sokongan aktif oleh Republik Austria dan UNIDO kepada Yayasan Pelaburan Impak Global menandakan satu kejayaan penting untuk setiap usahawan sosial serta Agenda Pelaburan Impak secara keseluruhannya."

Canselor Christian Kern menekankan kepentingan kerjasama bagi Austria. "Kita mesti memberi orang ramai peluang dan perspektif tentang keadaan hidup yang baik di tanah air mereka dan mereka tidak perlu melarikan diri. Pelaburan Impak ialah salah satu cara yang paling munasabah untuk menolong orang ramai di negara masing-masing dan bekerjasama dengan negara mereka. Dengan Pengisytiharan Bersama ini, kami mahu bersepakat dengan UNIDO untuk memantapkan kedudukan Vienna dalam kerjasama dengan GIIF sebagai perintis untuk Pelaburan Impak ", Canselor menegaskan.

"Pasaran pelaburan impak sekarang berada di titik perubahan yang signifikan apabila ia memasuki arus perdana. " kata Pengarah Urusan UNIDO LI Yong, yang lebih lanjut menyatakan minat mendalam Pertubuhan tersebut dalam membangun dan bertukar amalan baik dan kaedah baru dengan GIIF.

http://www.giifoundation.org

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Richard Vrzal
contact@giifoundation.org
+43-676/5114338

Source: Global Impact Investing Foundation (GIIF)
Keywords: Banking/Financial Service Contracts Not for profit