omniture

Usain Bolt, Ikon Kemenangan Dilantik CEO (Ketua Pegawai Hiburan) Baharu Maison Mumm, Pengeluar Champagne Nombor Satu Perancis

Maison Mumm
2016-11-29 01:40 594

NEW YORK, 29 November 2016 /PRNewswire/ --

Hari ini, Maison Mumm mengumumkan pelantikan khas Usain Bolt, salah seorang atlet paling berani dan dihormati di dunia, sebagai Ketua Pegawai Hiburan terbaharunya. Selepas berbulan-bulan spekulasi mengenai langkah beliau yang seterusnya setelah meraih kemenangan di Rio, En. Bolt menyampaikan satu kenyataan khas bahawa beliau akan menyahut salah satu cabaran terbesar dalam kerjaya beliau iaitu menjadi Ketua Pegawai Hiburan untuk pengeluar champagne nombor satu di Perancis[1], Maison Mumm.  

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7990651-usain-bolt-appointed-maison-mumm/

Dalam video tersebut yang bertajuk "Usain Bolt, Ketua Pegawai Hiburan Mumm Baharu", botol Mumm dinyalakan secara dramatik di atas sebuah kekaki. En. Bolt muncul di layar skrin dan mengambil botol tersebut. Kemudian, beliau melakukan sesuatu yang tidak dijangkakan: beliau melibas botol itu dengan salah satu pingat emas beliau.

Menerusi peranan baharu beliau ini, En. Bolt akan menerajui usaha dalam menyumbang idea melibatkan cara yang unik dan berani untuk membawakan keraian kepada pengguna di mana-mana jua melalui tenaga, keamatan dan kesegaran mengagumkan daripada Mumm. Matlamat jangka panjang beliau untuk Mumm melibatkan usaha untuk menerajui inisiatif bagi memberi keriangan kepada dunia, seraya membantu segala usaha untuk menjadikan Maison Mumm sebagai pengeluar champagne terbaik di A.S.

En. Bolt sememangnya layak menyandang jawatan Ketua Pegawai Hiburan Mumm yang pertama kali diperkenalkan ini. Kepimpinan beliau dalam bidang sukan sukar ditandingi. Semangat mengejar kemenangan dan personaliti beliau yang terkenal dalam berkongsi keraian setelah berjaya meraih kemenangan telah menghiburkan ramai peminat di seluruh dunia. Cogan kata peribadi En Bolt iaitu "Semuanya mungkin; Saya tidak percayakan batasan" begitu selari dengan moto Maison Mumm iaitu "Hanya yang terbaik" dan juga "Berani. Menang. Raikan." yang merupakan semangat Pengeluar itu.

"Saya berbesar hati menyandang jawatan Ketua Pegawai Hiburan Maison Mumm dan menunjukkan kepada dunia apa ertinya untuk meraikan dan menghiburkan dengan cara yang berani," kata En. Bolt. "Matlamat nombor satu saya adalah untuk meningkatkan legasi Mumm dalam meraikan kemenangan dengan cara yang begitu menarik, dan saya amat teruja untuk mempelawa para peminat saya di seluruh dunia meraikannya bersama saya."

Peranan baharu En. Bolt adalah untuk memastikan usaha rintis Mumm diteruskan dan membuktikan kecenderungan jenama itu untuk menjadi berani dan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Awal tahun ini, Mumm merevolusikan dan menakrifkan semula gaya botol champagne tradisionalnya apabila ia memperkenalkan reka bentuk botol baharu. Hasil ciptaan Ross Lovegrove pereka Britain yang pernah meraih anugerah, Mumm Grand Cordon mendapat sentuhan rekaan paling inovatif sepanjang sejarah Maison Mumm selama 189 tahun. Bentuk revolusioner botol tersebut, khususnya bahagian leher botol yang panjang dan ramping memerlukan beberapa siri inovasi sepenuhnya terhadap proses pengeluaran champagne tradisional itu. Merupakan ciri tersendiri champagne premium, botol tersebut tidak mempunyai label hadapan; sebaliknya, tandatangan G.H. Mumm dan lambang helang diukir dengan emas terus pada permukaan botol kaca itu. Selain itu, Maison Mumm terus berusaha menerobos sempadan suatu sambutan dan juga inovasi, dengan membuat penampilan sulung botol champagne yang terhubung secara digital pertama (yang mencetuskan bunyi interaktif dan memberi pengalaman visual dalam suatu tempat apabila penyumbat botol dibuka), dan juga perkhidmatan penghantaran botol pertama yang dikuasakan oleh dron oleh pengeluar  champagne.

"Maison Mumm mementingkan penerokaan cara yang tidak dijangkakan untuk meraikannya bersama peminat kami," kata Cesar Giron, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Martell Mumm Perrier-Jouet. "Dengan memilih Usain sebagai Ketua Pegawai Hiburan kami, kami akan bekerjasama erat untuk membawakan keriangan unik menerusi hasil inovasi yang berani terhadap pesta dan detik-detik kemenangan, sama ada besar atau kecil, di seluruh dunia."

Sepanjang sejarah Mumm, Pengeluar itu telah menjalin kerjasama dengan para pelopor yang berani memecah kebiasaan, seperti menyokong pengembara Jean-Baptiste Charcot semasa ekspedisi Antartika Perancis pertama pada tahun 1904. Demikian pula dengan pelantikan En. Bolt yang juga merupakan langkah pertama yang berani dalam beberapa usaha sama menarik yang dirancang antara beliau dengan Maison Mumm. Bagi mereka yang berani mengalami apa yang dihasilkan oleh En. Bolt dan Mumm, anda digalakkan untuk terus menantikan pengumuman yang akan dibuat dalam masa terdekat yang pastinya dapat menghiburkan, menyeronokkan dan memberi inspirasi di http://www.mumm.com.

-----------------------------

1. Sumber IWSR
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161126/443016 )

Sumber: Maison Mumm

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Licensing/marketing agreements