TEMPE, Arizona, 29 November 2016 /PRNewswire/ -- SDCmaterials, Inc. (SDC) hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu perjanjian dengan pembekal pemangkin automotif terkemuka China, Wuxi Weifu Lida, bagi tujuan mengkomersialkan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan aktif berprestasi tinggi SDC untuk pengubah bermangkin automotif.
Di bawah perjanjian tersebut, SDCmaterials akan bekerjasama dengan Wuxi Weifu Lida bagi tujuan mengkomersialkan pemangkin untuk OEM automotif di China. Pemangkin ini akan menggunakan formulasi bahan Nano-on-Nano™ SDC yang memerlukan serendah 40 peratus logam kumpulan platinum yang diperlukan dalam pemangkin tradisional, yang pada dasarnya menggandakan kecekapan komposisi logam berharga.
"Dua cabaran iaitu permintaan automobil tempatan yang semakin meningkat dan peraturan pelepasan gas yang semakin ketat di China dan juga seluruh dunia, mencipta peluang penting untuk Wuxi Weifu Lida bagi mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami di China dan menembusi pasaran baharu," kata En. Wang Jiaming, Pengurus Besar Wuxi Weifu Lida. "Menerusi jalinan kerjasama dengan SDCmaterials, kami akan menyediakan penyelesaian pemangkin paling canggih dalam industri ini, iaitu penyelesaian yang dapat memenuhi tahap pelepasan yang ketat pada kos yang paling rendah, tanpa menjejaskan prestasi kenderaan."
"China ialah pasaran yang amat penting untuk SDCmaterials dan industri pemangkin automotif secara umumnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif SDCmaterials, Maximilian Biberger. "Jalinan kerjasama yang erat dengan Wuxi Weifu Lida, pembekal pemangkin automotif terkemuka negara, dapat memberikan rangsangan yang amat hebat terhadap aktiviti pengkomersialan kami di negara ini."
SDC mengeluarkan bahan-bahan pemangkin Nano-on-NanoTM melalui teknologi sintesis-plasma berpaten mereka, yang mengintegrasikan partikel logam berharga bersaiz nano kepada partikel sokongan nano-oksida. Apabila dimasukkan ke dalam pengubah bermangkin, bahan-bahan ini merencat pemindahan dan penumpuan logam-berharga merosot-pemangkin, menghasilkan kawalan lebih stabil dan pelepasan boleh ramal, selain membolehkan pengeluar pemangkin menggunakan logam berharga yang rendah nilainya.
Latar Belakang Wuxi Weifu Lida Catalytic Co. Ltd
Wuxi Weifu Lida Catalytic Converter Co., Ltd. ialah sebuah syarikat milik kerajaan yang dipegang oleh Wuxi Weifu High-technology Co., Ltd., selain merupakan penyedia pemangkin automotif terbesar China. Syarikat ini mengeluarkan lebih 160 produk dengan tiga rangkaian pemangkin, penulen dan mufler, meliputi segmen kenderaan petrol, kenderaan diesel, motosikal, LPG (CNG), jentera GE dan pemangkin industri. Untuk maklumat lanjut, layari: http://wftr.weifu.com.cn/weifu/app/homepage
Latar Belakang SDCmaterials
SDCmaterials membangunkan dan mengkomersialkan produk mangkin termaju berasaskan platform fabrikasi dan integrasi bahan baharu. Ditubuhkan pada tahun 2004, ibu pejabat dan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) mereka terletak di Tempe, AZ. Ia juga memiliki dan mengendalikan kemudahan pengeluaran di Schwarzheide, Jerman. Para pelabur terdiri daripada bahagian modal usaha niaga General Motors, Volvo Group, dan SAIC Motor Corp., pengeluar kereta terbesar China serta BASF Venture Capital; Emerald Technology Partners, peneraju bagi modal usaha niaga untuk teknologi bersih, dan Invus Financial Advisors. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.sdcmaterials.com.
Hubungi SDCmaterials di:
info@sdcmaterials.com
Perhubungan Wuxi Weifu Lida Catalytic Converter Co. Ltd.:
En. Wang Jiaming, Pengurus Besar
E-mel: Jiaming.wang@weifu.com.cn