Metrik Artikel: Metrik Sebenar Nilai Impak Penulis dalam Dunia Ilmiah
LOS ANGELES, 30 November 2016 /PRNewswire/ -- Pendapatan tahunan yang dijana daripada jurnal saintifik sains, teknologi dan perubatan (STM) dianggarkan kira-kira $12 bilion pada tahun 2016, termasuk buku dan maklumat lain dalam pasaran penerbitan STM yang lebih luas, bernilai $25 bilion. Akses terbuka pasaran penerbitan jurnal STM dianggarkan lebih kurang $500 juta pada tahun 2015 (meningkat daripada $100 juta pada tahun 2010, mewakili kira-kira 20% kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR)), manakala pasaran jurnal langganan/akses berbayar STM merosot mendadak kepada $8 bilion menjelang tahun 2016 ($12.5 bilion pada tahun 2014). Industri penerbitan menggaji sekitar 100,000 pekerja di peringkat global yang bekerja dengan 10 juta penyelidik. Para penyelidik ini menghasilkan 2.5 juta artikel setahun, artikel ulasan rakan sejawat dan penyelidik meningkat pada CAGR 10%. Media digital yang menjimatkan dan metrik artikel/jurnal diperlukan segera untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti saintifik, kata Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif OMICS International.
Kini, pangkalan data CrossRef mengandungi 75 juta DOI (pengecam objek digital) , yang mana sebanyak 60 juta merujuk kepada artikel jurnal daripada jumlah keseluruhan 38,000 lebih jurnal (20% jurnal tidak aktif). GoogleScholar, sumber indeks dunia yang terbesar dianggarkan mempunyai antara 125 ke 175 juta dokumen termasuk artikel jurnal, buku, dan literatur kelabu. Jurnal dalam langganan semakin tidak aktif dan jurnal akses terbuka semakin meningkat ; setakat ini sebanyak 10,000 jurnal akses terbuka beroperasi. Artikel yang berasal daripada jurnal akses terbuka dianggarkan sebanyak 500,000 setahun, iaitu 20% daripada keseluruhan hasil artikel ilmiah tahunan, tambah Dr Gedela.
Akhir-akhir ini ramai penerbit dan ahli komuniti saintifik mengikuti metrik artikel lebih daripada faktor impak tradisional. Metrik artikel juga dipanggil metrik-tahap-artikel, Altmetrics atau faktor impak artikel. Hari ini, para penulis tidak perlu menunggu kerja mereka dipetik oleh penulis lain dalam dunia ilmiah. Mereka tidak perlu menunggu faktor impak dikira untuk kredibiliti dan kejayaan mereka. Metrik alternatif yang baru muncul untuk menjadi kayu ukur penulis ini boleh didapati dalam bentuk faktor impak artikel.
Kemunculan media digital dalam talian ini telah mengubah keseluruhan senario penerbitan saintifik dengan mengutamakan faktor impak artikel/metrik artikel lebih daripada jurnal. Impak artikel ini dikira berdasarkan jumlah klik, pandang, muat turun, perkongsian, suka, tindak balas dalam talian yang boleh dicetuskan sesuatu artikel dan jumlah ia dipetik dalam jurnal ulasan rakan sejawat. Platform rangkaian ilmiah dan profesional seperti ResearchGate, LinkedIn, GoogleScholar berserta platform media sosial seperti Facebook dan Twitter memainkan peranan penting dalam menguatkan faktor impak artikel. Metrik artikel yang sentiasa berubah dan dinamik ini menawarkan pandangan seimbas kepada impak sosial yang ditawarkannya.
OMICS Group dengan lebih 2000 pekerja telah disokong oleh lebih 50000 saintis yang berkelayakan tinggi sebagai ahli lembaga editorial bagi penyebaran akses terbuka maklumat penjagaan kesihatan dan saintifik. Ia berkembang sejajar dengan keupayaan OMICS Group untuk berkembang daripada 10 jurnal pada tahun 2009 kepada 700 jurnal dengan pembaca seramai 30 juta orang. OMICS International Conference Series menganjurkan 3000 perjumpaan saintifik setiap tahun di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah dan Asia.
E-mel hubungan PR: contact.omics@omicsonline.org