omniture

Kelab Terbesar Dunia Bersatu Cipta Dugout - Platform Utama Bola Sepak Digital untuk Peminat

Dugout.com
2016-11-30 04:50 560

LONDON, 30 November 2016 /PRNewswire/ --

Hari ini menyaksikan pelancaran global Dugout.com – platform digital baharu yang dicipta dengan kelab terbesar dunia dan pemain untuk menghubungkan peminat bola sepak dan menyediakan kandungan dan akses belakang tabir eksklusif, percuma dan semuanya setempat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161128/443345LOGO)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161128/443357)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161128/443358)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161128/443361)

Yang pertama seumpamanya di dunia, kelab terbesar di dunia bergabung tenaga untuk menyokong satu perniagaan baharu. Dugout telah mendapat persetujuan kerjasama dengan 27 buah kelab; AC Milan, Arsenal FC, AS Monaco, AS Roma, Atletico Madrid, Chelsea FC, Club América, Dinamo Zagreb, Everton, FC Barcelona, FC Bayern Munich, Galatasaray, Heart of Midlothian FC,Juventus, Liverpool FC, Manchester City FC, Manchester City Women FC, Olympique De Marseille, Paris Saint-Germain, Real Madrid CF, SC Corinthians Paulista, Southampton FC, Stoke City FC, Sunderland AFC, Swansea City, Tottenham Hotspur, West Ham United.

Selain kelab-kelab tersebut, Dugout juga telah bersetuju untuk bekerjasama dengan ramai pemain bola terkenal dunia. Setiap kelab dan pemain mempunyai satu profil Dugout khusus untuk menaik turun isi kandungan dan berinteraksi dengan peminat, serta Dugout bekerja dengan rakan kongsi ini untuk mencipta kandungan yang bermutu tinggi dan asli. Pengguna Dugout mendapat pengalaman yang bersifat peribadi sepenuhnya berdasarkan kelab dan pemain yang mereka ikuti.

Trend mengikuti pelbagai kelab ini – pada purata 4.6 kelab setiap seorang – didedahkan dalam tinjauan yang dilakukan ke atas 24,000 peminat di seluruh dunia. Kaji selidik ini juga mendapati bahawa peminat sekarang "menyokong" pemain individu, bermakna bintang-bintang ini membantu mengembangkan kumpulan peminat global bagi setiap pasukan yang mereka wakili sepanjang kerjaya mereka.

Selain bekerjasama dengan kelab dan pemain, Dugout.com bekerjasama dengan influencer dan lagenda bola sepak utama untuk mencipta halaman profil mereka sendiri dan menghasilkan kandungan eksklusif untuk pengguna Dugout.

Presiden Dugout, Elliot Richardson, mengulas: 

"Dugout direka dan dibangunkan untuk peminat. Permainan hari ini benar-benar global dan peminat bukan sekadar mahu menonton perlawanan di negara masing-masing – mereka juga mahu mengikuti kelab dan pemain kegemaran mereka di seluruh dunia, di atas dan di luar padang. Inilah yang Dugout tawarkan – akses yang tiada tandingan kepada peminat untuk melihat kelab di belakang tabir dan kehidupan pemain. 

Kombinasi faktor – daripada ledakan hak TV antarabangsa kepada kebangkitan media sosial  telah menyediakan kepada Dugout satu peluang yang tidak pernah ada sebelum ini untuk mencapai anggaran 3.5 bilion ** peminat bola sepak di seluruh dunia. Kami rasa mereka akan sukakan apa yang mereka lihat. " 

Dugout.com boleh diakses dengan percuma dan menawarkan kandungan unik dan eksklusif yang menyeronokkan, yang dicipta oleh kelab-kelab dan para pemain terkenal dunia, menjadikan ia sumber utama bagi peminat mendapatkan berita tentang kelab dan pemain yang mereka sukai.

Dugout boleh diakses di komputer meja, tablet dan telefon mudah alih, dan boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Sepanyol, Bahasa Catalan, Bahasa Portugis dan Bahasa Indonesia.

NOTA KEPADA EDITOR

*Angka ini berdasarkan pada tinjauan peminat sukan dari 24 negara di seluruh dunia, ditinjau sebagai sebahagian SDNA Nielsen Sport (November 2014).

**Sebagaimana yang dirujuk dalam artikel CNN pada 27 Februari 2015, bertajuk 'Google: Getting in the face of football's 3.5 billion fans' http://edition.cnn.com/2015/02/27/football/roma-juventus-google-football/

Untuk maklumat lanjut dan permintaan untuk temu ramah, sila hubungi Pejabat Akhbar Dugout: dugoutpressoffice@freuds.com / +44-203-003-6613
Stuart Davisstuart.davis@freuds.com  / +44-203-003-6630 / +44-7808-611-048
Liam Curranliam.curran@freuds.com / +44-203-003-6496 / +44-7756-274-944

Sumber: Dugout.com

Source: Dugout.com
Keywords: Mobile Entertainment Publishing/Information Service Sports Web Site