omniture

Berikan Hadiah Kekal Sepanjang Hayat pada Musim Cuti ini bersama Smile Train

Smile Train
2016-11-30 16:29 371

Smile Train lancar kempen Give Smiles kumpul dana untuk 2,017 senyuman baharu

NEW YORK, 30 November 2016 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan #GivingTuesday dan sempena musim percutian dan pemberian hadiah, Smile Train, sebuah organisasi sumbing yang terbesar di dunia, melancarkan kempen baharunya, "Give Smiles" hari ini bagi membantu lebih ramai kanak-kanak di seluruh dunia untuk tersenyum dan menjalani kehidupan yang lebih gembira dan lebih sihat.

Mulai hari ini hingga 31 Disember, Smile Train akan berusaha mengumpul dana yang secukupnya untuk Give Smiles buat 2,017 kanak-kanak sumbing. Dengan memanfaatkan teknologi termaju, Smile Train dengan rasminya melancarkan platform pengumpulan dana sosial baharu berciri digital sepenuhnya menerusi #GivingTuesday dengan sasaran untuk mengumpul dana buat 33 senyuman pada hari tersebut. Serentak dengan pemberian hadiah untuk tahun ini, Smile Train mencadangkan penyokong untuk membangunkan halaman pengumpulan dana sosial mereka sendiri agar rakan-rakan dan keluarga mereka dapat menyumbang untuk Give Smiles.

"Kami berasa amat teruja untuk meraikan #GivingTuesday dan melancarkan kempen Give Smiles baharu kami," kata Susannah Schaefer, Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train. "Kami berharap melalui sokongan daripada penderma kami, duta selebriti, rakan korporat, pengumpul dana komuniti dan rakan perubatan, menjelang akhir tahun ini, kami akan dapat mencapai sasaran kami dan memberi tambahan 2,017 senyuman kepada kanak-kanak sumbing dan memperbaiki kehidupan mereka!"

Sebagai sebahagian daripada inisiatif #GivingTuesday dan Give Smiles, beberapa duta selebriti Smile Train, rakan korporat dan pengumpul dana komuniti dari serata dunia akan turut mengambil bahagian. Sila lihat gambaran keseluruhan aktiviti utama yang dijalankan seperti di bawah:

  • Pengumpul Dana Komuniti di UK: Smile Train UK memulakan kempen #GivingTuesday bersama sekolah-sekolah di kawasan setempat dengan mengadakan parti dekorasi perhiasan sebagai sebahagian daripada program "Pelajar untuk Smile Train" oleh pertubuhan itu.
  • Smile Train India: Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train, Susannah Schaefer, berada di Agra bagi meraikan #GivingTuesday dengan beberapa hospital di India yang mengambil bahagian dan rakan perubatan yang turun padang untuk membantu pesakit sumbing 365 hari setahun.
  • Sokongan Global: Rakan perubatan dan kakitangan global Smile Train dari seluruh Asia, Amerika Latin dan Amerika mengambil bahagian dalam kempen media sosial Give Smiles bagi menyokong dan meningkatkan kesedaran tentang kanak-kanak sumbing.
  • Penglibatan Selebriti: Penyokong selebriti Smile Train turut menyumbang kepada inisiatif #GivingTuesday ini dengan menganjurkan acara-acara istimewa di seluruh dunia, terlibat dalam pelbagai aktiviti menerusi media sosial dan menghiaskan Balang Senyuman ikonik daripada Smile Train bagi menginspirasikan tabiat memberi hadiah pada musim cuti.
  • Rakan Korporat Turut Terlibat:
    • Dr. Brown's melancarkan satu perkongsian baharu dengan Smile Train bagi memberikan sokongan pemakanan penting kepada keluarga yang mengalami masalah kekurangan zat pemakanan dan berhadapan dengan kesukaran untuk memberi makan kepada kanak-kanak bibir dan/atau lelangit sumbing. Menerusi perkongsian ini, sebahagian hasil daripada Sistem Pemberian Makan Khusus Dr. Brown's akan membiayai segala usaha global oleh Smile Train.
    • Masimo bekerjasama dengan Smile Train bagi memastikan keselamatan pesakit yang menjalani pembedahan pembetulan sumbing di negara-negara sedang membangun. Program latihan jururawat Smile Train dan hospital-hospital yang mengambil bahagian akan mendapat manfaat daripada sumbangan barangan lebih 460 oksimeter nadi SET® Measure-through Motion and Low Perfusion®. Masimo turut membangunkan halaman pengumpulan dana sosial bagi membantu meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk menyediakan pembedahan pembetulan sumbing kepada tambahan 60 kanak-kanak sumbing.
    • Pelbagai rakan korporat – termasuk Masimo, Monroe Trades, Elf Magic, Infogroup dan banyak lagi – menyatakan sokongan mereka pada musim cuti ini dengan membangunkan halaman pengumpulan dana mereka sendiri dan menggalakkan kakitangan mereka untuk turut menyumbang kepada Smile Train.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Smile Train, membangunkan halaman pengumpulan dana sosial anda sendiri atau untuk menyumbang sempena musim cuti ini, layari: smiletrain.org/givesmiles. Ikuti Smile Train melalui Twitter dan Instagram @SmileTrain untuk mendapatkan maklumat terkini sepanjang tahun.

Latar Belakang Smile Train
Smile Train ialah sebuah badan kebajikan kanak-kanak antarabangsa yang menggunakan pendekatan mampan untuk mengendalikan satu masalah yang boleh ditangani: bibir dan lelangit yang sumbing. Berjuta-juta kanak-kanak sumbing di negara-negara sedang membangun yang tidak dirawat hidup terpencil, tetapi yang lebih utama, mengalami kesukaran untuk makan, bernafas dan bertutur. Pembedahan pembetulan sumbing adalah ringkas, dan perubahannya juga serta merta. Model mampan kami menyediakan latihan, pembiayaan dan sumber bagi memperhebat doktor-doktor tempatan di lebih 85 negara sedang membangun untuk menjalankan pembedahan pembetulan sumbing 100% percuma serta menyediakan penjagaan sumbing yang komprehensif untuk masyarakat mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana pendekatan mampan Smile Train menerusi derma dapat memberi impak segera dan jangka panjang, sila layari smiletrain.org.

Maklumat Perhubungan Media

Smile Train
Nijha Diggs, Pengarah Perhubungan Awam
646.751.3231
ndiggs@smiletrain.org

Edelman
Matthew Frappier, Naib Presiden
212.277.3786
Matthew.Frappier@edelman.com

Source: Smile Train
Keywords: Health Care/Hospital