Agensi-agensi GroupM Hubungkan Maklumat Pengguna Merentasi Perancangan, Pelaksanaan dan Pelaporan
Brian Gleason Dipilih CEO Global [m]PLATFORM
NEW YORK, 30 November 2016 /PRNewswire/ -- GroupM, syarikat pengurusan pelaburan media WPP, hari ini mengumumkan pelancaran global [m]PLATFORM, satu himpunan teknologi termaju yang terdiri daripada aplikasi perancangan media anjal, analitik data dan juga perkhidmatan digital. Platform ini akan meningkatkan kebolehan pengiklan dalam memanfaatkan maklumat berfokus audiens daripada ratusan sumber data untuk mencari dan berkomunikasi dengan pengguna menerusi seluruh media. [m]PLATFORM membolehkan perancang media daripada agensi-agensi GroupM menggunakan data pengguna yang paling terperinci bagi mencapai keputusan untuk pelanggan mereka. Ia disokong oleh sepasukan saintis data, pakar teknologi dan pengamal digital dari segenap syarikat pakar GroupM dan Xaxis. [m]PLATFORM menggabungkan analitik data dengan perkhidmatan digital termasuk penyelidikan, sosial, mudah alih, operasi pengiklanan digital dan program ke dalam satu himpunan bagi menyediakan seni bina data dan teknologi yang terbuka sepenuhnya dan benar-benar telus.
Brian Gleason, baru-baru ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Xaxis, dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif [m]PLATFORM, sebuah organisasi produk dan perkhidmatan dalam GroupM. Beliau akan mengetuai usaha pembangunan berterusan teknologi yang utama dalam industri untuk memproses mana-mana data penting bagi tujuan mengenal pasti audiens dan aplikasi pelanggan yang dapat menghubungkan kedua-duanya dengan lebih berkesan dalam sebarang platform. Untuk pelanggan, [m]PLATFORM menyediakan maklumat yang objektif dan kuasa memilih data, teknologi dan penunjuk prestasi utama dalam skop kerja agensi GroupM mereka.
"Pihak pemasar mengalami tekanan yang amat besar untuk memberikan keputusan daripada pelaburan media yang dibuat. Pendekatan platform yang anjal ini membolehkan kami untuk mengkhususkan pelaburan bernilai $7 bilion kami kepada data dan teknologi sepanjang 10 tahun untuk membantu mereka mencapai kelebihan pasaran," kata Kelly Clark, Ketua Pegawai Eksekutif GroupM Global. "Agensi-agensi kami kini mempunyai maklumat pengguna yang lebih terperinci dan teknologi paling mantap dalam pasaran."
[m]PLATFORM menghubungkan pelbagai pilihan sumber data WPP merentasi Kantar dan Wunderman; para penyedia data pihak ketiga; data GroupM daripada persetujuan unik dengan rakan media global; serta data milik pelanggan apabila mereka membuat pilihan. Ini membolehkan penciptaan profil pengguna paling lengkap dalam audiens sasaran sesebuah jenama, termasuk demografi yang pelbagai, penggunaaan teknologi, maklumat tingkah laku, maklumat pembelian terdahulu, lokasi data dan banyak lagi (berbeza mengikut kawasan menurut peraturan tempatan). Platform terhubung ini memastikan maklumat dibawa menerusi proses komunikasi yang menyeluruh:
GroupM turut membangunkan sebuah organisasi bertaraf global bagi menyokong [m]PLATFORM. Empat Presiden serantau akan melapor kepada Gleason. Presiden Perkhidmatan Platform yang baru dilantik di Amerika Utara, Phil Cowdell kini merupakan Presiden [m]PLATFORM, NA. Lucas Mentasti dipilih sebagai Presiden, [m]PLATFORM, LATAM. Presiden-presiden untuk EMEA dan APAC akan dilantik dalam masa terdekat. Turut terlibat dalam pasukan kepimpinan global [m]PLATFORM ialah Nicolle Pangis, Ketua Pegawai Operasi; Jack Smith, Ketua Pegawai Strategi dan Bob Hammond, Ketua Pegawai Teknologi. Kolaborasi pan-serantau akan memastikan maklumat dan pengalaman yang tekal diberikan kepada pelanggan global, namun dengan pandangan strategik terdahulu daripada agensi GroupM terpilih mereka.
"Peningkatan teknologi digital dan mudah alih, pemecahan media dan e-dagang yang terus berkembang mewujudkan titik penting dalam pemasaran yang menjadikan aplikasi data saintifik terhadap strategi media semakin penting. Hari ini, pihak pemasar perlu mengetahui pelanggan mereka dengan butiran yang lebih terperinci berbanding sebelum ini, atau mereka tidak akan dapat mendekati kumpulan pelanggan mereka. [m]PLATFORM ialah satu pendekatan mengutamakan audiens yang membolehkan agensi-agensi kami yang mempunyai maklumat pengguna tersendiri dan teknologi untuk mendekati audiens tanpa sempadan," kata Gleason.
"Pasukan pembangunan teknologi yang melapor diri kepada Brian memperlihatkan kebolehan beliau untuk terus menginovasi penyelesaian yang membuahkan hasil untuk pelanggan," kata Clark. "Kini, nilai terbaik daripada teknologi kami, sama ada dibangunkan, diperoleh atau diusaha bersama disatukan di bawah bidang kuasa beliau bagi membolehkan agensi-agensi kami yang mempunyai kebolehan hebat, mendekati audiens dan memberikan hasilnya kepada pelanggan."
Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama yang menyediakan perkhidmatan selaku induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, Essence dan m/SIX, selain platform media digital berprogram, Xaxis, yang mana setiap operasi globalnya memiliki hak masing-masing serta kedudukan utama dalam pasaran. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP melalui peranan sebagai peneraju dan rakan usaha sama dalam perdagangan, penciptaan kandungan, sukan, digital, kewangan dan pembangunan instrumen proprietari. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan buat para pelanggan, pihak berkepentingan dan juga orang ramai, serta turut bekerjasama dengan lebih erat bagi manfaat pelanggan bersama syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar. GroupM dan Kantar bersama-sama menyumbang kepada hasil kumpulan WPP sebanyak lebih 50% yang bernilai lebih $20 bilion.
Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com.
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm
Maklumat Perhubungan Media:
David.Grabert@GroupM.com
+1 212.297.8092 (A.S.)
Samantha.Kops@GroupM.com
+1 917.421.3019 (A.S.)