MIAMI BEACH, Florida, 1 December 2016 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan Art Basel tahun ini di Miami Beach, Kereta Seni BMW oleh John Baldessari meraikan tayangan perdananya pada 30 November. Kenderaan yang ke 19 dari Koleksi Kereta Seni BMW telah direka oleh pereka seni konseptual Amerika yang hebat dan pertontonkan semasa kehadiran artis itu sendiri, Ludwig Willisch, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, BMW Amerika Utara, dan Jens Marquardt, Pengarah BMW Motorsport, di Taman Botani Miami Beach. BMW M6 GTLM milik John Baldessari, sebuah kereta lumba dengan kelajuan sehingga 300 km/j, bergantung pada laluan lumba, dan 585 kuasa kuda, akan dipamerkan secara umum sehingga Art Basel ditutup.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161125/442936 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161125/442937 )
"Mengambil kira kereta tersebut sebagai ikon gaya hidup kontemporari, konsep saya untuk Kereta Seni BMW menjadikannya satira gurauan, tetapi ia juga menyerlahkan beberapa idea penjenamaan yang saya gunakan. Bolehlah dikatakan, Kereta Seni BMW sememangnya menggambarkan Baldessari dan hasil seni yang paling pantas pernah saya cipta! " - John Baldessari
Mengikuti tradisi Kereta Seni BMW selama 40 tahun, "arca berpusing" John Baldessari akan membuktikan keupayaannya di atas laluan lumba Rolex 24 di DAYTONA pada 28 dan 29 Januari, 2017. Bill Auberlen (Amerika Syarikat), Alexander Sims (Britain), Augusto Farfus (Brazil) dan Bruno Spengler (Kanada) akan mengambil giliran masing-masing untuk memandu Kereta Seni BMW itu nanti pada tahun depan.
Sejak tahun 1975, artis antarabangsa, seperti Alexander Calder, Andy Warhol dan Jeff Koons, telah mencipta Kereta Seni BMW berasaskan automobil BMW kontemporari.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.press.bmwgroup.com
Rakaman video boleh didapati di: https://www.press.bmwgroup.com/global/tv-footage
#BMWArtCar
Hubungan Akhbar:
Dr Thomas Girst
Kumpulan Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan BMW
Ketua Penglibatan Budaya
Telefon: +49-89-382-24753
E-mel: presse@bmw.de