omniture

Permohonan Kini Diterima untuk Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai yang ke-2 untuk Pemuzik Muda

Zhuhai Huafa Culture Education Tourism Development Co., Ltd.
2016-12-01 13:42 466

ZHUHAI, China, 1 December 2016 /PRNewswire/ -- Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai yang ke-2 untuk Pemuzik Muda ("Pertandingan") bermula dengan majlis pembukaan yang diadakan di Teater Besar Huafa CAPP di Zhuhai, China pada 29 November 2016.

Pemimpin dan tetamu terhormat menghadiri majlis pembukaan tersebut, termasuk Long Guangyan, Timbalan Datuk Bandar Zhuhai; Cik Sarah Wedl-Wilson, Naib Pengetua Universiti Mozarteum Salzburg; Profesor Paul Roczek, Pengarah Artistik Biola untuk pertandingan; Zhong Ming, Naib Pengurus Besar Huafa Group, dan Li Xumin, Naib Presiden Guangdong Musicians Association (Persatuan Pemuzik Guangdong), antara yang hadir.

Sejak pertama kali diadakan pada tahun 2015, Pertandingan ini telah menjadi salah satu acara besar muzik antarabangsa di Zhuhai. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali dan bertujuan untuk mencari pemuzik muda yang baharu dan berbakat dari seluruh dunia dan menggalakkan lagi pembangunan kreatif mereka.

Dianjurkan oleh Universiti Mozarteum Salzburg sebagai tuan rumah, dan dilaksanakan oleh Huafa Group Zhuhai, Pertandingan akan berlangsung dari 12-24 September di Zhuhai. Tempat Pertandingan, Teater Besar Huafa CAPP, ialah sebuah dewan pertunjukan yang bertaraf dunia, komprehensif, dan terkenal dengan keunikan seni binanya, mempunyai fungsi sempurna untuk persembahan dan reka bentuk pentas yang canggih.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori -- piano dan biola, dengan setiap kategori dipecahkan kepada tiga kumpulan umur yang berbeza: 12 tahun ke bawah (Kumpulan A), 13 hingga 16 tahun (Kumpulan B), dan 17 hingga 23 tahun (Kumpulan C). Selain empat orang peserta memenangi tempat teratas di dalam setiap kumpulan, anugerah khas akan diberikan kepada peserta pertandingan yang mendapat undian paling banyak daripada penonton dalam talian.

Permohonan dalam talian boleh didapati sekarang di laman web rasmi Pertandingan (www.zhmozart.org), dan penghantaran akan diterima sehingga 30 April 2017. Pemohon boleh menghantar permohonan yang telah lengkap dalam talian  dan menyertakan koleksi rakaman yang pernah dimainkan dalam bentuk CD kepada pejabat ahli jawatankuasa penganjur di Zhuhai atau di Austria sebelum 30 April 2017. Makluman tentang kemasukan ke Pertandingan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya selewat-lewatnya pada 30 Mei 2017.

Forum, seminar pelajaran dan acara istimewa yang berkaitan dengan Pertandingan akan dibuka kepada umum semasa acara berlangsung. Penonton akan menikmati peluang untuk menyaksikan ramai pemuzik muda dari serata dunia dan berkongsi keterujaan dan keseronokan Pertandingan yang masyhur ini.

Source: Zhuhai Huafa Culture Education Tourism Development Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Art Education Entertainment Music Children-related news