omniture

Tangani Pemanasan Global: Legrand Sekali Lagi Tekankan Kesungguhan Kurangkan Kesan Tenaganya

Legrand
2016-12-01 21:19 499

LIMOGES, Perancis, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Syarikat sertai program Sasaran Berasaskan Sains dan sokong Perikatan Produktiviti Tenaga Global

Dalam tempoh beberapa hari setelah meterai perjanjian Paris dan berlangsungnya persidangan COP 22, Legrand umum ia terlibat dalam dua inisiatif antarabangsa utama untuk tangani masalah pemanasan global. Program Sasaran Berasaskan Sains itu galak syarikat-syarikat komited terhadap sasaran tertentu untuk kurangkan pelepasan gas CO2, manakala Perikatan Produktiviti Tenaga Global untuk tangani masalah perubahan iklim pula ialah satu pakatan bertaraf antarabangsa yang berusaha tingkatkan tahap keamatan tenaga. Pembabitan dalam kedua-dua inisiatif ini kukuhkan lagi rekod pencapaian Legrand yang komited untuk hadkan kesan alam sekitar perniagaannya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277386LOGO )

Elemen utama pendekatan CSR

Legrand telah sekian lama komited untuk memelihara alam sekitar, salah satu tunggak komitmen CSR Syarikat itu. Pendekatan berhemah ini membolehkannya mengurangkan kesan tenaga sebanyak lebih 7% dalam tempoh dua tahun, antara tahun 2013 dan 2015, manakala setiap tahun sejak tahun 2011, Legrand telah mendedahkan kesan karbonnya. Syarikat ini seterusnya berhasrat untuk mula mengambil kira secara beransur-ansur kesan satu tan gas karbon dioksida dalam proses membuat keputusan operasi syarikat itu, khususnya mengenai perbelanjaan modal. Memandangkan 40% penggunaan tenaga seluruh dunia digunakan untuk bangunan[1], Legrand membangunkan penyelesaian penjimatan tenaga yang mampu mencegah pelepasan gas CO2 sebanyak 1.5 juta tan mulai tahun 2014 hingga 2018[2].

Melangkah ke hadapan

Kini, menerusi pembabitan dalam program Sasaran Berasaskan Sains yang mendapat sokongan WWF, Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, World Resources Institute dan Projek Pemakluman Karbon, Legrand memutuskan untuk terus mengambil langkah maju ke hadapan. Bagi memastikan pemanasan global terhad kepada nilai maksimum 2 darjah sahaja, program tersebut menggesa syarikat-syarikat di seluruh dunia untuk menyatakan komitmen secara terbuka terhadap sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Dengan itu, Legrand beralih daripada sasaran pengurangan penggunaan tenaga kepada sasaran yang ditunjukkan dari segi pencegahan pelepasan gas CO2. "Langkah seterusnya melibatkan usaha dengan lebih giat bagi mencapai sasaran ini, yang akan menjadi elemen penting dalam pelan tindakan CSR kami yang seterusnya," jelas Philippine Declercq, Naib Presiden CSR Legrand.

Pembabitan dalam program Sasaran Berasaskan Sains itu menandakan Legrand komited secara terbuka bersama kira-kira 200 syarikat utama bertaraf global. Sementara itu, sokongannya terhadap Perikatan Produktiviti Tenaga Global dan matlamatnya untuk menggalakkan keamatan tenaga yang lebih rendah di seluruh dunia, memberikan bukti tambahan terhadap komitmen Legrand dalam memulihara alam sekitar.

Latar Belakang Legrand 

http://www.legrand.com

[1]

Sumber: International Energy Agency

[2]

Penjimatan tenaga yang didayakan menggunakan penyelesaian penjimatan tenaga Legrand dihitung dengan mengambil kira jumlah jualan Syarikat yang diperoleh daripada penyelesaian tersebut, kadar pulangan pelaburan (ROI) dan kos penggunaan elektrik, selaras dengan kaji selidik pasaran oleh pakar.

 

Source: Legrand
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues