omniture

Sekiranya anda ada menghantar Dagangan atau Arahan Dagangan untuk Instrumen FX ke Barclays melalui BARX Antara Tarikh 1 Jun 2008 dan 21 April 2016, Anda Mungkin Terlibat Dengan Satu Penyelesaian Tindakan Berkumpulan

Scott+Scott, Attorneys at Law, LLP and Korein Tillery LLC
2016-12-01 22:00 410

NEW YORK, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Kenyataan berikut dikeluarkan oleh Scott+Scott, Attorneys at Law, LLP dan Korein Tillery LLC berhubungkait Axiom Investment Advisors, LLC, oleh dan melalui Pemegang Amanahnya, Gildor Management LLC lwn. Barclays Bank PLC dan Barclays Capital Inc.

MAHKAMAH DAERAH AMERIKA SYARIKAT
DAERAH SELATAN NEW YORK

AXIOM INVESTMENT ADVISORS, LLC, oleh dan melalui Pemegang Amanahnya, Gildor Management LLC,

Plaintif,

lwn.

BARCLAYS BANK PLC dan BARCLAYS CAPITAL INC.,

Defendan-Defendan.

No. Kes 15-CV-09323 (LGS)

NOTIS PENYELESAIAN TINDAKAN BERKUMPULAN

RINGKASAN NOTIS PENYELESAIAN TINDAKAN BERKUMPULAN

Sekiranya anda ada menghantar Dagangan atau Arahan Dagangan untuk Instrumen FX ke Barclays melalui BARX Antara Tarikh 1 Jun 2008 dan 21 April 2016, Anda Mungkin Terlibat Dengan Satu Penyelesaian Tindakan Berkumpulan

"Instrumen FX" bermaksud urus niaga FX dalam mana-mana mata wang boleh serah atau mata wang tak boleh serah, termasuk tetapi tidak terhad kepada jualan lani, jualan kontrak masa depan, dagangan masa depan, kontrak masa depan tak boleh serah, swap, opsyen, dan strategi FX, serta mana-mana instrumen dagangan lain yang berhubung melalui apa jua cara dengan kadar FX.

Notis ini adalah untuk menarik perhatian anda kepada satu cadangan penyelesaian yang dicapai dengan defendan-defendan Barclays Bank PLC dan Barclays Capital Inc. (secara kolektif, "Barclays") dalam satu tindakan berkumpulan. Tuntutan guaman tersebut mendakwa Barclays menggunakan fungsi automatik yang dikenali sebagai "Last Look" yang melengahkan respons Barclays terhadap dagangan atau arahan dagangan untuk Instrumen FX yang dihantar melalui BARX (sama ada dihantar melalui BARX secara terus atau melalui rangkaian komunikasi elektronik ("ECN") atau kaitan lain dengan BARX). Tuntutan guaman tersebut mendakwa Barclays menggunakan fungsi Last Look untuk menunda dagangan atau arahan dagangan sedemikian untuk tempoh kelewatan yang diprogram yang mana Barclays menentukan sama ada untuk menerima atau menolak dagangan atau arahan dagangan tersebut berdasarkan, antara lain, sama ada harga pasaran meningkat ke paras tertentu dalam tempoh kelewatan itu. Tuntutan guaman tersebut mendakwa fungsi Last Look Barclays telah melanggar undang-undang kontrak, perjanjian tersirat niat baik dan urus niaga adil, serta Seksyen 349 dan 350 Undang-undang Perniagaan Am New York. Tuntutan guaman tersebut dikemukakan oleh dan bagi pihak, individu-individu yang ada menghantar dagangan atau arahan dagangan untuk Instrumen FX ke Barclays melalui BARX. Barclays menafikan bahawa dakwaan dalam aduan tersebut mempunyai merit.

Satu cadangan penyelesaian telah dicapai bersama Barclays. Barclays bersetuju membayar $50,000,000 ("Dana Penyelesaian"). Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York ("Mahkamah") membenarkan notis ini. Sebelum apa-apa wang dibayar, Mahkamah akan mengadakan perbicaraan bagi memutuskan sama ada untuk meluluskan penyelesaian tersebut. Kelulusan penyelesaian tersebut oleh pihak Mahkamah akan menyelesaikan tuntutan guaman tersebut secara keseluruhannya.

SIAPAKAH AHLI KUMPULAN PENYELESAIAN?

Tertakluk kepada pengecualian tertentu, Kumpulan Penyelesaian termasuk semua individu yang, antara 1 Jun 2008 dan 21 April 2016, ada menghantar dagangan atau arahan dagangan untuk Instrumen FX ke Barclays melalui BARX (sama ada dihantar melalui BARX secara terus atau melalui ECN atau apa-apa kaitan lain dengan BARX) yang mana Barclays mengaplikasikan fungsi Last Look, atau yang mengenainya Barclays terlibat dalam apa-apa kelakuan lain yang menjadi subjek Tuntutan Pelepasan dan sama ada (i) bermastautin di Amerika Syarikat, atau (ii) (a) bermastautin di luar Amerika Syarikat dan (b) mempunyai dagangan atau arahan dagangan yang disalurkan melalui pelayan Barclays di Amerika Syarikat. Istilah-istilah berhuruf besar yang digunakan dalam perenggan ini telah ditakrifkan dalam Persetujuan Penyelesaian, yang boleh diakses melalui www.BarxLastLookSettlement.com.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda tergolong dalam Kumpulan Penyelesaian, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, termasuk notis terperinci di www.BarxLastLookSettlement.com dengan menghubungi talian bebas tol (800) 231-1815 (sekiranya anda menghubungi dari luar Amerika Syarikat atau Kanada, hubungi talian (614) 553-1610).

ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA BAYARAN?

Sekiranya anda merupakan ahli Kumpulan Penyelesaian dan tidak menarik diri daripada Kumpulan Penyelesaian, anda layak untuk mendapat bayaran daripada penyelesaian itu sekiranya anda memfailkan bukti tuntuan dan borang pelepasan. Jumlah apa-apa bayaran akan ditentukan oleh Pelan Cadangan Pengagihan. Butiran tentang Pelan Cadangan Pengagihan disediakan di www.BarxLastLookSettlement.com. Tarikah pengagihan Dana Penyelesaian masih belum ditentukan. Bukti tuntutan dan borang pelepasan hendaklah dicap pos sebelum 19 Mei 2017, atau dihantar secara elektronik melalui www.BarxLastLookSettlement.com pada atau sebelum jam 11:59 malam Waktu Timur pada 19 Mei 2017.

APAKAH HAK SAYA SEBAGAI AHLI KUMPULAN?

Sekiranya anda merupakan ahli Kumpulan Penyelesaian dan tidak menarik diri, anda akan melepaskan hak-hak undang-undang tertentu terhadap Barclays dan Pihak-pihak Berkaitan, seperti yang dijelaskan dalam notis terperinci dan persetujuan penyelesaian, yang disediakan di www.BarxLastLookSettlement.com. Sekiranya anda tidak mahu mengambil bahagian dalam cadangan penyelesaian itu, anda perlu menarik diri sebelum 30 Mac 2017.

Anda boleh, tetapi tidak perlu, mengulas tentang atau membantah cadangan penyelesaian, Pelan Cadangan Pengagihan atau permohonan peguam kumpulan kepada Mahkamah untuk mendapatkan yuran guaman, perbelanjaan dan anugerah perkhidmatan untuk plaintif kerana mewakili Kumpulan Penyelesaian. Untuk berbuat demikian, anda perlu menghantar ulasan atau bantahan bertulis sebelum 30 Mac 2017.

Maklumat berkaitan cara untuk menarik diri atau menghantar ulasan atau bantahan terkandung dalam notis terperinci dan juga di www.BarxLastLookSettlement.com.

BILAKAH PERBICARAAN KEADILAN DIADAKAN?

Mahkamah akan menjalankan perbicaraan pada 18 Julai 2017 pada jam 4:30 petang, di hadapan Yang Arif Lorna G. Schofield di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York, Bilik Mahkamah 1106, Thurgood Marshall U.S. Courthouse, 40 Foley Square, New York, NY 10007 untuk mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan cadangan penyelesaian, Pelan Cadangan Pengagihan, dan permohonan Peguam Kumpulan kepada pihak Mahkamah untuk mendapatkan yuran guaman, perbelanjaan dan anugerah perkhidmatan untuk Plaintif Kumpulan. Anda atau peguam anda boleh memohon untuk menghadirkan diri dan mengemukakan hujah pada perbicaraan tersebut bagi pihak anda dengan kos ditanggung sendiri, tetapi anda boleh kalau tidak berbuat sedemikian.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian (800) 231-1815 (sekiranya anda menghubungi dari luar kawasan Amerika Syarikat atau Kanada, hubungi talian (614) 553-1610) atau layari www.BarxLastLookSettlement.com.

Harap tidak menghubungi pihak Mahkamah atau Kerani Mahkamah untuk mendapatkan maklumat tentang Penyelesaian tersebut

 

Source: Scott+Scott, Attorneys at Law, LLP and Korein Tillery LLC
Keywords: Legal issues