omniture

SharkNinja dan NutriBullet Selesai Tuntutan Mahkamah Iklan Palsu

NutriBullet
2016-12-01 23:58 413

LOS ANGELES, 1 Dis 2016 /PRNewswire/ -- Pada 1 November 2016, SharkNinja Operating LLC bersetuju menyelesaikan satu tuntutan mahkamah berhubung pengiklanan palsu yang difailkan oleh NutriBullet, LLC., yang masih belum selesai di mahkamah persekutuan Los Angeles, California sejak Mei 2014. 

Dalam tuntutan mahkamah tersebut, NutriBullet mendakwa pembungkusan bagi tahun 2014 untuk pengisar satu-hidang Nutri Ninja daripada SharkNinja telah membuat perbandingan palsu dengan pengisar NutriBullet yang melanggar undang-undang persekutuan dan negeri. Pembungkusan tersebut telah diubah selepas Hakim Persekutuan Dean Pregerson mengeluarkan injunksi awal.

SharkNinja bersetuju untuk membayar $3.5 juta kepada NutriBullet untuk menyelesaikan kes itu, walaupun SharkNinja tidak mengakui sebarang liabiliti.

Kedua-dua pihak berpuas hati dapat menyelesaikan perkara ini tanpa perbicaraan dan tidak perlu lagi mengambil tindakan undang-undang.

Trojan Law Offices mewakili NutriBullet, LLC. manakala Seyfarth Shaw, LLP mewakili SharkNinja.

Latar Belakang NutriBullet, LLC.
Dilancarkan pada tahun 2012 oleh Capital Brands, LLC., NutriBullet ialah pembuat 'smoothie' berkhasiat yang unggul dan berprestasi tinggi, yang memberikan cara pantas, mudah dan enak untuk mengoptimumkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

NutriBullet boleh didapati daripada peruncit-peruncit utama Amerika Utara termasuk Wal-Mart, Costco, Canadian Tire, Target, Kohl's, Bed Bath and Beyond, serta Macy's. NutriBullet juga turut dijual di Seluruh Dunia menerusi pengedar yang dilantik di Australia, New Zealand, Eropah Barat/Timur, Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan juga Asia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160226/338060 

 

 

Source: NutriBullet
Keywords: Advertising Beverages Food/Beverages Retail Legal issues