omniture

L'Eden by Perrier-Jouët Bawa Keajaiban Alam Semulajadi ke DesignMiami/ 2016

Maison Perrier-Jouet
2016-12-02 04:59 673

MIAMI, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Mulai 29 November sehingga 1 Disember, L'Eden by Perrier-Jouët membawakan keajaiban ke Miami dengan satu pengalaman baharu yang memukau. Dengan sambutan unik yang mempunyai gabungan antara alam semula jadi dan reka bentuk, L'Eden by Perrier-Jouët membawa tetamu ke alam kemewahan yang  memberi keseronokan deria, dengan sentuhan keindahan hutan. Ia telah menukar persekitaran bersejarah Casa Claridge di daerah Faena kepada satu tempat tumpuan ramai semasa berlangsungnya pameran rekaan di DesignMiami/ 2016, dengan evokasi yang mengujakan tentang kisah unik Perrier-Jouët.

Untuk melihat Multimedia News Release, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7993651-leden-by-perrier-jouet-design-miami/

Pengarah Seni, Simon Hammerstein menjemput pengunjung untuk menjelajahi adunan sinografi wimsi, persembahan pentas dan pengalaman deria. Barisan pelakon antara lain ialah Adèle Jouët, Pierre Perrier dan perintis Art Nouveau, Emile Gallé yang memukau tetamu dalam dunia cinta dan seni yang menggoda, diselubungi keindahan alam semula jadi. Sebuah perpustakaan dari abad ke-19 semerbak dengan haruman buah pir dan sitrus, sebuah bilik persalinan wanita yang begitu halus ditukar wajah dengan orkid dan magnolia, serta sebuah meja makan yang hebat berpadu dengan hiasan pohon menjalar dan pohon renek.

Pemilik dan pengasas The Box – suatu tempat yang memberi peluang kepada tetamu untuk meninggalkan alam realiti dan menjadi diri sendiri – Simon ialah orang yang paling sesuai mencipta taman permainan unggul ini,menggabungkan warisan unik Perrier-Jouët dengan keghairahan pameran reka bentuk antarabangsa Miami. Menggoda tetamu dengan kombinasi unik antara manipulasi sentuhan, bauan dan deria, penghasilan penuh suasana oleh beliau ini menceritakan kisah cinta yang menyatukan pengasas Maison dan juga Seni Champagne yang merupakan sambutan berterusan alam semula jadi.

Walau bagaimanapun, L'Eden by Perrier-Jouët bukan hanya dibuka pada waktu petang. Ia mengalu-alukan tetamu siang dan malam sebagai tempat forum bertenaga untuk perbualan dan perkongsian pengalaman. Selain dari menyediakan majlis yang penuh memori ini, ia juga menjadi tuan rumah kepada satu program penuh mesyuarat, percubaan wain, perbincangan dan makan malam yang melengkapi DesignMiami/ yang mengghairahkan. Ia juga mempersembahkan perkongsian artistik baharu Perrier-Jouët dengan pereka dari San Francisco, Andrew Kudless, yang melancarkan hasil baharu yang terilham daripada alam semula jadi, Art Nouveau dan pemprosesan champagne.

Majlis perasmian pada 29 November menarik selebriti dan tetamu VIP ke malam gala yang gemilang. Sarah Jessica Parker, Katie Holmes, Lady Victoria Hervey, Sasha Lane dan tetamu lain menikmati suasana sambutan yang unik. L'Eden by Perrier-Jouët membawakan keajaiban alam semula jadi ke DesignMiami/ sehingga 1 Disember.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161130/444033 )

Video: http://www.multivu.com/players/uk/7993651-leden-by-perrier-jouet-design-miami/

Sumber: Maison Perrier-Jouet

Source: Maison Perrier-Jouet
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Trade show news