SEOUL, Korea Selatan, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pakar penyelesaian IT untuk perjalanan, pengangkutan & logistik, IBS Software (IBS) telah menandatangani kontrak 10 tahun bernilai beberapa juta dolar dengan Asiana Airlines Cargo, salah satu syarikat penerbangan kargo terbesar di rantau APAC, bagi tujuan melaksanakan penyelesaian pengurusan kargonya yang meraih anugerah, iCargo untuk mengurus segala fungsi kargo yang menyeluruh untuk Asiana Cargo. Menerusi perjanjian ini, IBS akan melaksanakan skop operasi perniagaan penuh Asiana Cargo - termasuk jualan, perakaunan pendapatan, pengurusan ULD, pengurusan mel dan perakauanan pendapatan mel melalui satu platform bersepadu yang lancar - iCargo. Asiana Airlines yang berpusat di Seoul ialah satu jenama bertaraf global dan telah beroperasi selama hampir tiga puluh tahun. Asiana ialah ahli Star Alliance, dan kini mengendalikan 14 laluan penerbangan penumpang domestik dan 90 laluan penerbangan penumpang antarabangsa, selain 27 laluan penerbangan kargo di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara dan Oceania.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444599 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929 )
Pelaksanaan sistem pengurusan kargo generasi baharu ini akan membolehkan Asiana Airlines Cargo menaik taraf keupayaan ITnya, daripada sistem teras legasi dan pelbagai sistem satelit sedia ada yang dihasilkan sendiri kepada sebuah platform generasi baharu yang bersepadu sepenuhnya. Penaiktarafan ini membolehkan Asiana Cargo memanfaatkan beberapa keupayaan bernilai tambah dalam aspek-aspek seperti pengurusan perolehan dan hasil, pengurusan produk, pemantauan penghantaran masa sebenar dan keupayaan teknologi kawalan serta termaju, seperti mobiliti perusahaan agar dapat meningkatkan operasi kargo ke peringkat lebih tinggi. Platform iCargo juga akan membolehkan Asiana Cargo menyelaras kedudukannya mengikut piawaian dan juga amalan terbaik berpandukan industri seperti eAWB dan CXML.
Asiana Cargo akan menjadi tambahan terkini dalam Komuniti Kargo IBS, yang terdiri daripada lebih 20 pengusaha global dalam industri pengangkutan udara termasuk Syarikat-syarikat Penerbangan, GHA dan Pengendali Terminal Kargo.
Penyelesaian iCargo IBS yang sangat bermodul menyokong kesemua keperluan IT berhubung pengurusan kargo udara dalam satu platform yang bersepadu sepenuhnya, dan boleh disuai khusus untuk memenuhi keperluan dan keutamaan tertentu pelanggan. Mampu memenuhi keperluan semua jenis operasi kargo, sama ada besar atau kecil, tergabung atau kapal pengangkut sahaja, LCC atau perkhidmatan penuh - iCargo kini memperhebat pergerakan kargo yang melibatkan lebih 25 syarikat penerbangan utama di seluruh dunia, dan ini menjadikannya penyelesaian pengurusan kargo utama untuk industri pengangkutan udara. Penyelesaian iCargo terpilih sebagai 'Inovasi Produk Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun 2015' oleh CAPA - Centre for Aviation.
Setelah memeterai perjanjian tersebut di Seoul minggu lalu, Kwang-Suk Kim, Naib Presiden Eksekutif Asiana Cargo berkata, "Dengan memilih iCargo sebagai platform teknologi kami, kami berharap kami mampu memenuhi kehendak persekitaran perkhidmatan logistik yang pantas berkembang dan mampu meningkatkan bahagian pasaran kami. Kami yakin ia juga dapat memberi peluang penambahbaikan rintis dalam usaha memperkukuh keselamatan operasi kargo dan juga khidmat pelanggan."
"Pemilihan oleh Asiana Airlines ini menonnjolkan keupayaan IBS untuk mengkonsepsikan dan membangunkan penyelesaian bertaraf global yang terkemuka dalam industri yang dapat memberi manfaat perniagaan yang nyata. IBS terus melabur dalam tawaran inovatif yang disediakan untuk industri penerbangan bagi memastikan pelanggan kami kekal mendahului dalam persekitaran disruptif ini. Jalinan kerjasama dengan Asiana ini juga ialah bukti komitmen kami terhadap pasaran Korea ketika kami terus meluaskan kehadiran kami di Asia Timur," kata Rajiv Shah, Ketua Pegawai Eksekutif IBS Software.
Ashok Rajan, Naib Presiden dan Ketua segmen perniagaan Kargo Udara Global IBS berkata, "Kami berbesar hati mengalu-alukan Asiana Cargo ke dalam keluarga iCargo. Kami teruja dengan nilai amalan perniagaan yang akan dibawakan oleh Asiana kepada komuniti ini memandangkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri Pengangkutan Udara."
Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com
Sumber: IBS Software (IBS)