omniture

Hangzhou Perkukuh Semula Imej sebagai Destinasi MICE Popular Berikutan Sidang Kemuncak G20

Hangzhou, menyemarakkan hubungan baharu
Business Events Hangzhou
2016-12-02 22:15 795

HANGZHOU, China, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Hangzhou telah lama sinonim dengan pemandangan yang cukup indah dan gaya hidup yang santai. Dengan perhatian yang diterima oleh Hangzhou berikutan Sidang Kemuncak G20, Business Events Hangzhou telah memperkenalkan logo dan slogan baharu yang mempromosikan bandar tersebut sebagai lokasi mengadakan mesyuarat, insentif pelancongan, konvensyen dan pameran (MICE). Slogan baharu itu, "Hangzhou, Menyemarakkan Hubungan Baharu", menonjolkan harapan bandar itu dalam menjayakan usahanya untuk menjadi destinasi MICE utama yang memudahkan hubungan berasaskan industri, pengetahuan dan perdagangan di serata dunia. Hangzhou ialah bandar pertama China yang menerima jenama destinasi MICE rasmi.

Pembeli dan hadirin persidangan, kagum dengan tarikan budaya yang ditawarkan oleh Hangzhou, gembira melihat bandar itu menjadi destinasi MICE yang popular

Mengambil bahagian dalam persidangan di Hangzhou ialah satu peluang untuk menyelesaikan masalah yang mungkin sudah lama dihadapi oleh hadirin. Namun begitu, dengan apa yang akan ditawarkan melangkaui bilik mesyuarat atau dewan pameran, bandar itu juga merupakan peluang untuk beriadah dan untuk melepaskan tekanan harian dalam menjalankan perniagaan. Hangzhou, menerusi peranan baharunya sebagai destinasi pelancongan riadah dan destinasi MICE, serta lokasi yang menyaksikan majlis menandatangani Kenyataan Bersama AS-China dan Ratifikasi Perjanjian Paris tentang Perubahan Iklim di Sidang Kemuncak G20, menyediakan persekitaran yang begitu ideal untuk menyelesaikan pertikaian, memudahkan kerjasama perniagaan dan merangsang keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak. 

Hangzhou memaksimumkan nilai dengan menghubungkan pembeli dengan produk dan perkhidmatan lebih baik

Hangzhou semakin menunjukkan daya saing yang hebat selaku destinasi MICE. Sidang Kemuncak G20 membawa kepada pembinaan sejumlah besar tempat persidangan yang luas dan pembangunan banyak kumpulan hotel antarabangsa yang menempa nama di bandar itu, mempelbagaikan pilihan tempat yang ada. Lebih 200 laluan perjalanan udara domestik dan antarabangsa kini menghubungkan Hangzhou dengan seluruh pelusuk dunia menerusi hubungan terus ke lebih 35 bandar, sama ada di dalam mahupun di luar China. Sejak awal tahun ini, syarikat-syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan untuk bandar tersebut telah menambah perkhidmatan tanpa henti ke Lisbon, Los Angeles, Madrid, San Francisco dan Sydney, antara destinasi lain.

Kakitangan dalam sektor MICE Hangzhou juga turut meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan begitu ketara. Hangzhou komited dalam menyediakan produk serta perkhidmatan yang tersuai dan diperibadikan, bagi menjamin pengalaman terbaik untuk setiap hadirin. Bandar tersebut menyasarkan untuk menghubungkan setiap hadirin secara langsung menerusi hubungan bermakna. Usaha memenuhi pelbagai permintaan mereka adalah penting untuk memaksimumkan nilai dalam pengalaman mereka.

Hangzhou menghubungkan dunia dan mempelbagaikan kerjasama

Sejajar dengan rancangan globalisasinya dan strategi yang memberi tumpuan untuk kekal mengikuti perkembangan industri MICE global, Hangzhou telah memulakan satu siri kempen promosi peringkat global berasaskan slogan baharunya, "Hangzhou, Menyemarakkan Hubungan Baharu". Satu acara dalam talian berkenaan perkongsian merentasi ekosistem MICE dan juga acara luar talian yang mengundang pembeli serata dunia untuk mengalami sendiri kemudahan MICE Hangzhou bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/0861612871LOGO

Source: Business Events Hangzhou
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel