omniture

InterContinental Grand Stanford Hong Kong Dinobat Hotel Perniagaan Mewah Terulung Dunia

InterContinental Grand Stanford Hong Kong
2016-12-05 15:00 497

HONG KONG, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ -- InterContinental Grand Stanford Hong Kong menarik perhatian dunia elit di Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) Majlis Gala Peringkat Akhir 2016 di Maldives, mendapatkan pengiktirafan terbesar sebagai Hotel Perniagaan Mewah Terulung Dunia.

InterContinental Grand Stanford Hong Kong won three coveted 2016 World Travel Awards: World’s Leading Luxury Business Hotel, Asia’s Leading Business Hotel and Hong Kong’s Leading Business Hotel
InterContinental Grand Stanford Hong Kong won three coveted 2016 World Travel Awards: World’s Leading Luxury Business Hotel, Asia’s Leading Business Hotel and Hong Kong’s Leading Business Hotel

InterContinental Grand Stanford Hong Kong juga membawa pulang anugerah Hotel Perniagaan Terulung Hong Kong untuk tiga tahun berturut-turut dan berjaya mendapat penganugerahan sebagai Hotel Perniagaan Terulung Asia untuk pertama kali.

En. Alexander O. Wassermann, Pengurus Besar InterContinental Grand Stanford Hong Kong, berkata: "Kami bersyukur kerana koleksi Anugerah Pelancongan Dunia kami memperoleh lima emas. Memenangi tiga anugerah signifikan pada WTA tahun ini merupakan satu bukti komitmen kami dalam menyediakan para tetamu dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan lain dari yang lain, dan menghidupkan tujuan utama jenama kami untuk mencipta 'Hotel Hebat Disukai Tetamu' yang membuatkan tetamu datang berkali-kali."

"Bagi pihak seluruh pasukan, saya ingin berterima kasih kepada rakan kongsi perniagaan kami, para tetamu dan golongan profesional dalam industri pelancongan serata dunia yang telah mengundi kami. Kami sangat berbangga kerana telah diberikan gelaran berprestij sebagai Hotel Perniagaan Mewah Terulung Dunia, diiktiraf sebagai contoh hotel mewah perniagaan terbaik di seluruh dunia. Anugerah ini merupakan satu pengesahan kepada usaha kami untuk terus konsisten dalam memberikan hospitaliti yang sebenar. Kami akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam layanan kepada tetamu dan meningkatkan tahap perkhidmatan ini kepada yang lebih baik lagi," Wassermann menambah.

WTA dilancarkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam industri perjalanan dan pelancongan dan sekarang memasuki tahun yang ke-23. Dianggap sebagai "anugerah Oscar bagi industri pelancongan", anugerah-anugerah ditentukan dengan undian oleh orang ramai dan golongan profesional dalam industri pelancongan seluruh dunia.

Latar Belakang InterContinental Grand Stanford Hong Kong

Terletak di tengah-tengah pusat membeli belah, perniagaan dan hiburan di daerah Timur Tsimshatsui, InterContinental Grand Stanford Hong Kong menyediakan akses dalam bandar dan kemasukan ke China yang mudah. Mempunyai 570 bilik tetamu yang menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan dan Victoria Harbour yang mengagumkan, hotel ini menyediakan empat tempat makan malam bertaraf dunia, daripada hidangan Kantonis yang terkenal di Hoi King Heen, hidangan Itali yang penuh keghairahan di Mistral, kepada hidangan buffet kontemporari antarabangsa di Cafe on M dan Tiffany's New York Bar yang mempunyai salah satu daripada kapasiti wiski terbesar di bandar itu. Hotel ini juga mempunyai kelengkapan kolam air luar dengan pemanas, pusat kecergasan 24 jam dan kemudahan bilik bermesyuarat yang canggih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hongkong.intercontinental.com.  

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161205/8521607785

Source: InterContinental Grand Stanford Hong Kong
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards