SAN FRANCISCO, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ - InMobi, platform pengiklanan mudah alih dan penemuan global, hari ini mengumumkan penyepaduan global dengan Nielsen Digital Ad Ratings (DAR), standard industri bagi pengukuran iklan digital. Hubungan ini membolehkan para pengiklan mengukur komposisi demografi audiens yang dicapai menerusi InMobi, melalui sumber bebas dengan standard industri.
Penyepaduan ini meningkatkan usaha InMobi bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai untuk pembelian media menerusi kedua-dua rangkaian iklan dan saluran programatik InMobi Exchange. Melalui kaedah ini, pengiklan boleh melaksanakan tag daripada DAR Nielsen bagi pengesahan hayat telefon mudah alih serta jantina audiens sasaran. Ciri ini boleh didapati di jaringan pengiklanan dan melalui belian pasaran persendirian di InMobi Exchange. Selain itu, InMobi telah diiktiraf oleh Nielsen bagi DAR dalam aplikasi mudah alih melalui pasaran global di USA, UK, Perancis, Jerman, Australia, India, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia dan Jepun.
DAR Nielsen menyediakan iklan dalam talian siaran hari berikutnya yang komprehensif dan audiens mudah alih yang setara dengan penarafan TV Nielsen. Dikuasakan oleh pangkalan data pengguna terbesar serta panel kualiti terbaik di dunia, DAR Nielsen merupakan standard industri bagi pengukuran audiens digital.
"Kualiti audiens merupakan perkara utama yang dibimbangi oleh para pengiklan," jelas Jeff Coon, Naib Presiden Global Alliances di InMobi. "Kami komited dalam menyediakan alat pengukuran yang diperlukan pengiklan untuk membina keyakinan terhadap kualiti audiens kami. Penyepaduan dengan DAR Nielsen ini membolehkan kami mengotakan janji kami dalam memberikan perkhidmatan berkualiti, pada skala, kepada pengiklan menerusi kaedah yang boleh diukur."
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan InMobi dalam memanfaatkan DAR Nielsen di seluruh rangkaian global mereka," kata Andrew Feigenson, Pengarah Urusan Digital di Nielsen. "Nielsen komited memberikan pengiklan pemahaman yang diperlukan untuk memahami dan berhubung dengan audiens merentasi peranti."
Latar Belakang InMobi
InMobi membolehkan pengguna untuk mencari produk dan perkhidmatan baharu dengan menyediakan pengalaman iklan yang kontekstual dan peribadi pada peranti mudah alih. Menerusi platform pengiklanan dan penemuan revolusioner, pembangun aplikasi, peniaga dan jenama boleh menarik pengguna mudah alih secara global. Diiktiraf oleh Fast Company sebagai salah satu Syarikat Paling Inovatif di dunia pada tahun 2016, InMobi mencapai lebih 1.5 bilion peranti mudah alih di seluruh dunia.
Hubungan Media:
Anneka Patel
InMobi
pr@inmobi.com
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150914/266030LOGO