Palazzo delle Stelline Anjur Pameran Awam Arca Tunggal Leonardo
MILAN dan LAS VEGAS, 7 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah pameran awam memaparkan satu-satunya arca yang diketahui wujud hari ini hasil sentuhan Leonardo da Vinci dibuka pada 24 November di Palazzo delle Stelline, Institut Francais, Milan bersebelahan dengan Santa Maria delle Grazie, lokasi The Last Supper Leonardo.
Pakar dan penulis terkemuka Leonardo, Professor Ernesto Solari, memperkenalkan pameran itu dengan mengumumkan, "Terima kasih kepada Arca Kuda dan Penunggang, Governor Charles d'Amboise kembali ke Milan buat pertama kalinya semenjak lebih 500 tahun". Kebanyakan pakar bersetuju bahawa arca itu, yang dicipta pada 1508 oleh Leonardo, adalah sebuah model bagi sebuah monumen yang lebih besar dan tidak pernah disiapkan untuk rakan karib dan penaungnya, d'Amboise.
Turut serta dalam upacara pembukaan adalah pemilik karya seni tersebut, James Petty dan Rod Maly dari Las Vegas, Nevada. "Pameran ini merupakan pameran awam ketiga yang mempamerkan arca gangsa asli ini bersama dengan acuan asal yang menghasilkan ciptaan ini," ujar En. Petty. "Adalah wajar untuk kami berkongsi hasil karya yang hebat ini dengan warga Milan, tempat di mana Leonardo menghasilkan Kuda dan Penunggang dan terus memperlihatkan kebijaksanaannya sebagai seorang perekacipta, saintis dan seniman," tambah En. Maly.
Pameran itu akan berlangsung sehingga 22 Disember, 2016. Pameran tersebut, Leonardo Sculptor – Horse and Rider dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari 10 pagi hingga 7 malam. Kemasukan ke pameran itu adalah sebanyak 5 Euro untuk dewasa, sementara kanak-kanak pada umur persekolahan masuk secara percuma. Rancangan masa hadapan bagi pameran awam merangkumi lokasi serata Eropah, Asia Tenggara dan Amerika.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:
Scott Ferguson, Scottf@artencounter.com
702-227-0220
www.davincihorseandrider.com
Emanuela Rossi
Emanuela.rossi@equipemilano.com atau press@emanuelarossi.com
+39 335.6950018
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444918
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444920
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444919