omniture

Floreat Group Terus Perkukuh Kedudukan dalam Sektor Pembiayaan Penerbangan Melalui Pensekuritian

Floreat Group
2016-12-08 16:04 724

LONDON, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Berikutan daripada pembiayaan untuk dua pesawat Boeing 737-800 yang dipajak kepada Norwegian Air Shuttle, Floreat Group memulakan program pensekuritian yang memberi tumpuan terhadap sektor penerbangan demi memberikan pelaburan pendapatan tetap dalam tempoh jangka panjang kepada pelanggan institusi dan pelanggan nilai bersih tinggi.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/323409LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161206/446000 )

Terbitan pertama akan dikeluarkan pada Disember 2016 dengan nota bernilai hingga USD 175 juta (dengan denominasi USD 200,000 setiap satu) dan dikaitkan dengan portfolio empat pesawat Airbus A330 yang dipajak kepada syarikat-syarikat penerbangan di pelbagai lokasi. Nota itu akan mempunyai tempoh selama 10 tahun sejajar dengan kematangan pajakan asas, akan membayar kupon tetap sebanyak 7% setiap tahun, bakal dikeluarkan oleh jentera pensekuritian Luxembourg dan akan disenaraikan dalam pasaran Euro MTF menerusi Bursa Saham Luxembourg. Sebahagian daripada nota itu akan distrukturkan sebagai patuh Shariah untuk pelabur Floreat di Timur Tengah.  

Pesawat pertama Airbus A330-200 dipajak kepada Virgin Australia dan dibeli untuk portfolio itu pada 30 November. Pesawat selebihnya mungkin akan diambil alih sepanjang bulan Disember ini. Jumlah nilai portfolio itu adalah sekitar USD 400 juta dan akan dibiayai dengan hasil nota dan hutang senior yang diberikan oleh Nord LB. 

"Sebelum ini kami telah membiayai transaksi individu dalam sektor penerbangan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan utama kami untuk transaksi pengeluaran pendapatan jangka panjang yang dijamin oleh aset sebenar. Pengeluaran nota yang disenaraikan ialah langkah biasa yang seterusnya untuk program pinjaman berasaskan aset kami, yang setakat ini hanya dibuka untuk pelanggan utama daripada kumpulan tersebut," kata Ben Churchill, rakan kongsi Floreat Capital Markets Ltd. yang memperkenalkan dan menstrukturkan transaksi itu. 

"Memandangkan persekitaran kadar faedah semasa yang rendah, terdapatnya kekurangan pelaburan pendapatan tetap berbeza yang menawarkan pendapatan tinggi berserta ciri-ciri risiko/ganjaran yang kukuh. Kedinamikan sektor penerbangan membolehkan kami mensekuritikan pajakan dan menawarkan pelaburan pendapatan tetap yang selamat yang dapat mengisi baki kekosongan yang terdapat dalam portfolio ini, berserta manfaat tambahan untuk berkorelasi dengan pasaran ekuiti serta bon tradisional." 

Hasil daripada permintaan kukuh itu, Floreat merancang untuk meneruskan terbitan awal ini dengan terbitan kedua yang serupa dalam tempoh yang singkat, bertujuan untuk mengeluarkan sehingga USD 1 bilion pada tahun 2017. 

Doric telah merundingkan pemerolehan dan pajakan itu, serta akan memikul tanggungjawab terhadap pengurusan aset dalam portfolio itu, memasarkan semula pesawat berkenaan.  

Floreat Group akan mengeluarkan nota itu dan bertanggungjawab terhadap pengedarannya melalui pasukan penempatan mereka dalam Floreat Merchant Banking Ltd., yang diberi kuasa serta dikawal selia oleh FCA.

Deutsche Bank AG London bertindak sebagai Ejen Penyelesaian Utama serta Ejen Pembayaran, manakala Allen & Overy memberi nasihat berhubung transaksi.

Source: Floreat Group
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Transportation