omniture

Kavalan Raikan Wiski Malt Tunggal Dekad Pertama Taiwan

Kavalan Rasmi Kilang Penyulingan Kedua, Gandakan Kapasiti kepada 10 juta botol
Kavalan
2016-12-09 20:45 819

TAIPEI, Taiwan, 9 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Dua kali pemenang Anugerah Wiski Dunia (WWA), Kavalan, semalam meraikan wiski buatan Taiwan berusia 10 tahun, menerusi pembukaan Kilang Penyulingan Keduanya dan pelancaran sulung wiski rum dimatangkan dalam tong untuk Hari Krismas.

Pakar Pengadun Ian Chang, Dr Jim Swan, Pengerusi En. TT Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif En. YT Lee menuang titisan pertama wiski daripada Kilang Penyulingan Kedua Kavalan yang baru dibuka
Pakar Pengadun Ian Chang, Dr Jim Swan, Pengerusi En. TT Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif En. YT Lee menuang titisan pertama wiski daripada Kilang Penyulingan Kedua Kavalan yang baru dibuka

Pada majlis perasmian Kilang Penyulingan Kedua Kavalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif En. Y.T. Lee berkata pada 11 Mac 2006, minuman beralkohol (spirit) "buatan baharu" pertama seumpamanya oleh Kavalan mula dikeluarkan dari kilang, dan selama-lamanya mengubah impian beliau untuk menjadikan pembuatan wiski Taiwan suatu realiti.

"Sebelum tahun 2006, kesemuanya hanyalah sekadar impian yang sukar dicapai. Namun, 10 tahun kemudian, kami mendapat permintaan yang secukupnya terhadap produk Kavalan dan kami ingin meraikan kejayaan menggandakan kapasiti kami kepada 10 juta botol menerusi Kilang Penyulingan Kedua kami," kata En. Lee.

Hasil peningkatan kapasiti ini mampu menjadikan Kavalan sebagai salah satu daripada 10 penyuling wiski terbesar di dunia.

Pada majlis tersebut, pengusaha wiski global seperti pengarah urusan Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa (IWSC) yang ramah, En. Ewan Lacey, berkata perjalanan 10 tahun Kavalan telah menyumbang kepada "dunia wiski yang lebih luas dari segi pewujudan era baharu dan juga falsafah baharu."

Beliau menambah bahawa terdapatnya "pengukuhan dan pengayaan dari segi gaya wiski unik yang baharu yang terus memberi manfaat kepada penggemar wiski di seluruh dunia."

Para tetamu istimewa lain terdiri daripada Ketua Perunding Kavalan, Dr. Jim Swan; Pengasas Whisky Magazine Damian Riley-Smith; dan En. Richard Forsyth, pembuat alat penyaring wiski bertaraf dunia, Forsyths, serta anak lelakinya, Richard Forsyth.

Rum Tong Simpanan Kepekatan Tong Tunggal baharu Kavalan, diadunkan dengan rasa tembikai dan betik, cengkih, serta akar halia, digambarkan oleh Pakar Wiski, Ingvar Ronde, yang merupakan editor dan pengasas Malt Whisky Yearbook, sebagai: "Rum yang halus, kemanisan dengan rasa jambu batu, nenas dan badam disalut coklat."

Pengajar minuman beralkohol, Bernhard Schafer berkata: "Sejambak buah-buahan tropika yang kompleks – diakhiri dengan rasa manis serta bergula."

En. Riley-Smith, pemilik Whisky Magazine yang menganjurkan WWA yang berprestij serta program anugerah Ikon Wiski berkata: "Kavalan muncul ke dalam dunia wiski pada tahun 2006 dan sejak itu berjaya merangkul Anugerah Wiski Dunia dan Ikon Wiski setiap tahun."

Pada tahun 2015, Kavalan meraih gelaran "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" WWA untuk Kavalan Solist Vinho Barrique dan pada tahu 2016, menerima gelaran "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" WWA untuk Kepekatan Tong Tunggal Solist Amontillado Sherry, selain merangkul anugerah "Pengeluar Wiski Terbaik Tahunan Dunia" IWSC.

Latar Belakang Kavalan

Kilang penyulingan wiski pertama di Taiwan telah dikhususkan kepada seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, selain mendapat manfaat daripada gabungan antara bayu laut dan gunung serta mata air Snow Mountain bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Kilang penyulingan tersebut mengambil namanya daripada nama lama Daerah Yilan, yang merupakan lokasi kilang tersebut, dan disokong menerusi 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Ia berjaya meraih lebih 211 anugerah emas dan boleh didapati di 40 negara. Layari www.kavalanwhisky.com/en/

Maklumat Perhubungan Media:

Yvonne Chou
+886-3922-9000 #7162
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161208/8521608045

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Corporate Expansion New products/services