NEW YORK, 9 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Malam tadi, Coach, butik kulit asli Amerika, menyambut acara kemuncak ulang tahun ke-75nya di Pier 94, Bandar Raya New York menerusi pertunjukan fesyen lelaki dan wanita serta majlis yang menampilkan set muzikal oleh tetamu DJ Lolawolf serta Mark Ronson. Malam tersebut merupakan acara meraikan kejayaan penciptaan semula Coach untuk pelanggan mewah generasi baharu pada tahun yang menyaksikan begitu banyak kejayaan penting yang dicapai, termasuk pembukaan gedung utama global Coach House pertamanya di Fifth Avenue, Bandar Raya New York serta Regent Street di London, selain penempatan semula ibu pejabatnya di lokasi utama terbaharu bandar itu iaitu di 10 Hudson Yards.
Rangkaian Fesyen Pra-Musim Luruh Wanita dan Musim Luruh Lelaki 2017 dipersembahkan kepada sejumlah besar hadirin dan tetamu seperti pelakon Drew Barrymore, Dree Hemingway, Zoe Kravitz, Riley Keough, Emma Roberts, Michael B Jordan, Laura Harrier, model-model Jordan Barrett, Bruna Tenorio, para pemuzik Diplo, Mark Ronson and Soko, pendandan Brad Goreski dan Leslie Fremar serta pereka Jennifer Fisher, Pamela Love dan Prabal Gurung.
Di pentas peragaan itu, Pengarah Kreatif Eksekutif Stuart Vevers memperagakan visi optimis Amerika dan gaya bersahaja di kawasan Pantai Barat digabungkan dengan sifat indivisualisme Bandar Raya New York. Grafik retro yang nostalgia – program angkasa, kapal angkasa dan planet digandingkan dengan kapas, kulit serta perincian varsiti. Beliau meneroka ketegangan antara kekuatan serta sifat kewanitaan yang lemah lembut dengan daya tarikan pakaian padang rumput bercorak tampal cantum yang girang serta suci, butang bunga yang halus, reben dan kasut trompe l'oeil dalam padanan berani dengan perincian seperti murai. Beg baharu musim ini diperagakan buat pertama kalinya, hobo kulit sarung tangan berwarna gelap yang dikenali sebagai The Bandit. Model-model termasuk Gabriel Day-Lewis, Dilone, Winnie Harlow, Binx Walton dan Lexi Boling berjalan di set pentas peragaan yang mengambil inspirasi daripada kawasan meletak kenderaan di motel, lengkap dengan kereta vintaj, salji serta persembahan istimewa daripada Young People's Chorus di Bandar Raya New York.
Vevers mengulas, "Bandar Raya New York, kediaman spiritual untuk Coach ialah lokasi yang menghimpunkan pelbagai budaya yang menerima keperibadian serta meraikan kesatuan hati. Ia mengalu-alukan orang luar, seperti saya, dengan cara yang jujur dan tidak dibuat-buat. Nilai-nilai ini adalah lebih penting pada hari ini berbanding sebelum ini, selain menjadi relevan untuk matlamat kami dalam usaha menjadikan Coach sebagai suatu alternatif mewah yang asli dan moden."
Maskot butik itu, Rexy Dinosaur Coach turut membuat penampilan di acara tersebut, mengenakan pakaian daripada kapsul percutian eksklusif yang tersedia mulai 9 Disember di Coach House Fifth Avenue serta Coach.com.
Victor Luis, Ketua Pegawai Eksekutif Coach, Inc, berkata, "Kami berasa teruja untuk meraikan warisan dan sejarah ketukangan inovatif Coach di bandar yang mengasaskan butik kami. Tahun ini dipenuhi dengan peristiwa penting yang hebat dan kami berharap dapat berkhidmat untuk 75 tahun akan datang demi membawakan kejutan yang tidak dijangkakan kepada pelanggan kami di seluruh dunia. "
LATAR BELAKANG COACH
Ikon Amerika Raikan Ulang Tahun ke-75 di Bandar Raya New York: Coach diasaskan di bengkel kecil Manhattan oleh enam artis yang mempunyai matlamat yang mudah: untuk menghasilkan barangan yang cantik dan berfungsi dalam bentuk moden menggunakan kulit berkualiti terbaik. 75 tahun kemudian, ia meraikan warisannya sebagai Butik Kulit Asli Amerika dengan gaya baharu dan moden oleh Pengarah Kreatif Eksekutif, Stuart Vevers.
Coach House: Konsep Baharu/ Lokasi Mewah: Coach House terletak di 685 Fifth Avenue, Bandar Raya New York, yang dianggap sebagai salah satu kawasan membeli belah paling berprestij di dunia. Kini terletak bersebelahan dengan kejiranan mewah Eropah serta mercu tanda Bandar Raya New York yang ikonik, lokasi tersebut melambangkan anjakan penting dari segi cara fikir global untuk jenama itu.
Bahagian Dalaman dengan Gaya Bandar Raya New York: Ruang niaga Coach House yang berkeluasan 20,000 kaki persegi direka oleh Pengarah Kreatif Eksekutif, Stuart Vevers dengan kerjasama William Sofield, Pereka dan Presiden Studio Sofield. Bahagian dalam butik itu memaparkan gaya Bandar Raya New York yang tersendiri, serta ekspresi rekaan dan kedudukan Coach yang paling meningkat maju, selain rangkaian produk dan juga perkhidmatan yang menonjolkan falsafah Coach terhadap Kemewahan Moden.
| Imej Baris hadapan: http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr493061222 Laluan: http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr493062050 Parti: http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr493062084
Video & Foto Kualiti Siaran HD |
Coach, Inc. ialah butik reka bentuk New York terkemuka bagi aksesori mewah moden serta jenama-jenama gaya hidup. Jenama Coach ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1941 dan kaya dengan warisan dalam menggabungkan kulit dan bahan-bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk inovatif. Coach dijual di seluruh dunia menerusi kedai-kedai Coach, kedai serbaneka terpilih dan juga kedai-kedai khusus, selain menerusi laman sesawang Coach di www.coach.com. Pada 2015, Coach mengambil alih Stuart Weitzman, pereka kasut yang terkemuka di dunia, dijual di lebih 70 negara dan juga melalui laman sesawangnya di www.stuartweitzman.com. Saham biasa Coach, Inc. didagangkan dalam Bursa Saham New York menerusi simbol COH dan Resit Depositori Hong Kong Coach didagangkan dalam The Stock Exchange of Hong Kong Limited menerusi simbol 6388.