omniture

Seaborn Networks Lancar Laluan Kependaman Terendah Baharu Antara Carteret dan São Paulo

Seaborn Networks
2016-12-13 09:00 595

SeaSpeed  hanya tersedia melalui pembelian terus daripada Seaborn

BOSTON, 13 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Seaborn Networks, pembangun-pemilik-pengendali peneraju bagi sistem kabel gentian optik dasar laut, mengumumkan pelancaran SeaSpeed™, penyelesaian titik-ke-titik berkependaman terendah antara Carteret, New Jersey dan São Paulo, Brazil. Tawaran baharu ini, yang tersedia secara eksklusif daripada Seaborn, menyediakan piawaian kependaman ultra rendah baharu antara pusat-pusat kewangan di Amerika Utara dan Amerika Selatan.

generated by system

Kabel dasar laut Seabras-1 daripada Seaborn, dengan tarikh yang dijanjikan sebagai sedia-untuk-dilaksana pada Jun 2017, ialah pendaya utama bagi SeaSpeed. Seabras-1 ialah sistem kabel titik-ke-titik terus yang pertama antara New Jersey/New York dan São Paulo.

SeaSpeed, tersedia secara terus dan eksklusif daripada Seaborn, memberikan perubahan langkah multi-millisaat dalam tawaran kependaman terendah untuk laluan kewangan AS-Brazil. SeaSpeed juga melibatkan: (1) perjanjian tahap perkhidmatan yang utama dalam industri; (2) litar diaktifkan dalam masa beberapa hari, dan bukannya beberapa bulan; dan (3) komunikasi langsung untuk pelanggan melalui Seaborn sebagai pembangun-pemilik-pengendali kabel dasar laut.

"Seabras telahpun dijangka menawarkan kependaman yang lebih baik menerusi penyelesaian berbilang titik yang kini tersedia dalam laluan ini," kata Paul Creelman, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Ketua Jualan Kependaman Rendah. "Walau bagaimanapun, SeaSpeed ialah satu penyelesaian hujung-ke-hujung yang dipertingkat dan proprietari yang menawarkan laluan terpantas."

Pembiayaan projek lengkap bernilai USD 500 juta untuk Seabras-1 telah disiapkan pada 2015, berserta modal untuk penyelidikan & pembangunan berjumlah lebih USD 20 juta yang sebelum ini dilaburkan untuk projek itu. Pembuatan kabel sudah 100% lengkap, dan peletakan kabel pula akan bermula pada Suku Pertama 2017. Seaborn ialah pembangun, pengendali dan pemilik bersama Seabras-1 yang bebas. Pemilik bersama Seabras-1 yang lain, bagi pihak pelanggannya ialah Partners Group, firma pengurusan pelaburan pasaran persendirian global yang memiliki aset bawah pengurusan bernilai lebih USD 55 bilion.

LATAR BELAKANG SEABORN NETWORKS
Seaborn Networks ialah pembangun-pemilik-pengendali peneraju bagi sistem kabel gentian optik dasar laut bebas, termasuk Seabras-1. Seabras-1 ialah satu-satunya sistem kabel dasar laut titik-ke-titik terus antara Amerika Syarikat dan Brazil. Seaborn diasaskan oleh para eksekutif kabel dasar laut dan penyedia borong yang berjaya dengan pengalaman dalam mereka bentuk, membangunkan dan mengendalikan banyak rangkaian dasar laut serta darat yang terbesar di dunia. Untuk maklumat tambahan, layari www.seabornnetworks.com

Maklumat Perhubungan Media Seaborn Networks:
media-relations@seabornnetworks.com

Source: Seaborn Networks
Keywords: Telecommunications