Bangunan Empire State Selaras Lampu Menara kepada irama "All I Want for Christmas Is You"
NEW YORK, 14 Disember, 2016 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) dan iHeartMedia telah mengumumkan bahawa rancangan tahunan musim cuti Bangunan Empire State (ESB), muzik kepada cahaya akan menampilkan bintang handalan global Mariah Carey dan lagu terkenal ikonik beliau, "All I Want for Christmas Is You" daripada album musim cutinya yang pertama, Merry Christmas. Rancangan itu, rekaan oleh pereka lampu terkemuka, Marc Brickman, akan mula ditayangkan mulai 19 Disember dan akan diselaraskan secara langsung setiap malam pada 7 p.m. ET di Z100 iHeartMedia New York, 103.5 KTU dan 106.7 Lite fm sehingga 25 Disember.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/448365/Empire_State_Realty_Trust_with_Mariah_Carey.jpg
Bagi menandakan permulaan musim cuti, Mariah Carey "memetik suis" di sebuah upacara pencahayaan di lobby Fifth Avenue yang terkenal milik ESB. Acara itu adalah sebahagian daripada "ESB Unwrapped," sebuah sambutan sepanjang sebulan yang menampilkan dekorasi musim cuti yang berkilauan di tingkap-tingkap bangunan Fifth Avenue dan lobi Art Deco, penampilan oleh tetamu undangan tergempar dan seorang pemain piano memainkan seleksi lagu kegemaran musim cuti.
"Kami berbangga berkerjasama dengan iHeartMedia dan betapa seronoknya kini apabila bintang handalan muzik, Mariah Carey telah memilih untuk menampilkan lagu musim cuti klasiknya yang mengungguli carta "All I Want for Christmas Is You" dalam rancangan khas muzik kepada cahaya milik kami," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Rancangan cahaya musim cuti kami membawa musim cuti Bandar New York ke serata dunia melalui media sosial dan adalah merupakan kemuncak bagi musim cuti dari atas menara ikonik kami, di tengah-tengah pencakar langit New York."
"Saya boleh melihat Bangunan Empire State dari pangsapuri saya, dan ia adalah salah satu daripada bangunan kegemaran saya di dunia," kata Mariah Carey. "Mendapat peluang lampu ikoniknya diselaraskan dengan lagu saya ialah hadiah sempurna untuk musim cuti ini."
"Menyertai rancangan cahaya Bangunan Empire State telah menjadi tradisi musim cuti tahunan bagi stesen iHeartMedia di NYC dan pendengar kami," kata Tom Poleman, Presiden Kumpulan Pemprograman Kebangsaan bagi iHeartMedia. "Ia merupakan masa yang penuh magis di Big Apple, dan kami tidak sabar untuk menyebarkan keceriaan musim cuti ke serata bandar."
Persembahan yang menakjubkan itu akan dapat disaksikan oleh khalayak dan pelancong daripada pelbagai sudut pandangan di seluruh Bandar New York dan kawasan Tri-State, dan peminat perlu menggunakan hashtag #ESBUnwrapped di saluran media sosial untuk turut serta dalam aktivit yang mengujakan ini. Peminat boleh mendengar rancangan musim cuti muzik-kepada-cahaya itu dengan mengikuti saluran Z100, 103.5 KTU, dan 106.7 Lite fm, atau dengan menstrim stesen secara langsung di iHeartRadio, perkhidmatan penstriman semua dalam satu, radio digital muzik dan secara langsung iHeartMedia. Sebuah video bagi keseluruhan rancangan akan diletakkan di saluran YouTube Bangunan Empire State (bit.ly/ESBUnwrappedVid) sejurus selepas acara itu untuk dinikmati oleh seisi dunia.
Latar Belakang Bangunan Empire State
Berdiri gah 1,454 kaki melangkaui Midtown Manhattan (dari tapak kepada antena), Bangunan Empire State, dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., ialah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan dan kemudahan awam, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada rangkaian industri yang pelbagai dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran pencakar langit itu yang teguh, menampung kesemua stesen televisyen dan FM radio utama di pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State dinamakan bangunan kegemaran Amerika dalam sebuah undian yang dilaksanakan oleh American Institute of Architects, dan Balai Cerap Bangunan Empire State adalah salah sebuah tarikan paling digemari dunia dan destinasi pelancong nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati, www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), adalah sebuah peneraju amanah pelaburan hartanah (REIT), memiliki, mengurus, mengendali, mengambilalih dan menyusun atur hartanah pejabat dan jualan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan kedai Syarikat ini merangkumi 10.1 juta kaki persegi boleh-sewa, pada 30 September, 2016, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang boleh sewa dalam 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 707,000 kaki persegi boleh sewa dalam portfolio kedai.