omniture

Kumpulan Antarabangsa Sokong Usaha Global Tamatkan Pengunaan Merkuri Pergigian

International Academy of Oral Medicine and Toxicology
2016-12-15 08:08 648

CHAMPIONSGATE, Florida, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Minggu lalu, tiga institusi Kesatuan Eropah (Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah) mencapai perjanjian sementara untuk melarang penggunaan tampalan pergigian amalgam bagi kanak-kanak bawah 15 tahun serta wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2018. Tindakan Kesatuan Eropah ini disokong oleh International Academy of Oral Medicine and Toxicology (IAOMT), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menggalakkan usaha seluruh dunia untuk menamatkan penggunaan merkuri pergigian.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/448398/IAOMT_Mercury_Filling.jpg  

"Merkuri yang mengandungi toksik dan digunakan dalam semua tampalan pergigian berwarna kelabu telah dikaitkan dengan kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan risiko penyakit Alzheimer, sklerosis berbilang, kemandulan, kerisauan, kemurungan, kelesuan dan banyak lagi kesan mudarat kesihatan yang lain. Alternatif lain bagi tampalan ini sudah wujud sejak berdekad lalu. Oleh itu, sangat penting bagi seluruh dunia mengikut jejak langkah Eropah dan mengambil tindakan untuk mengehadkan penggunaan merkuri pergigian atau untuk lebih berkesan, penggunaannya dimansuhkan sepenuhnya," jelas Dr. Tammy DeGregorio, Presiden IAOMT.

IAOMT telah mengumpulkan ratusan penyelidikan berkenaan kesihatan dan bahaya merkuri pergigian terhadap alam sekitar dan telah menggunakan maklumat saintifik ini sebagai sumber rujukan bagi doktor pergigian, ahli perubatan, pembuat dasar dan orang awam.

Amalgam merkuri pergigian masih digunakan ke atas lebih kurang 45% pesakit pergigian seluruh dunia, termasuklah di AS di mana ratusan juta orang mempunyai tampalan yang mengandungi merkuri ini di dalam mulut mereka. Ramai pesakit tidak sedar bahawa tampalan mereka dibuat daripada 50% merkuri dan pesakit juga selalunya terkejut apabila mengetahui merkuri ini boleh merosakkan alam sekitar dan juga berpotensi menimbulkan risiko kesihatan terhadap pesakit, janin, dan juga anak-anak yang masih menyusu.

Sesetengah pengguna membuang tampalan merkuri mereka kerana mempunyai kerosakan, atas sebab-sebab perubatan atau kerana pilihan sendiri. Bagaimanapun membuang tampalan amalgam tanpa langkah keselamatan boleh menimbulkan ancaman terhadap alam sekitar, pesakit pergigian, doktor gigi dan lain-lain yang berpunca daripada pembebasan merkuri. Oleh sebab itu, IAOMT telah menghasilkan Safe Mercury Amalgam Removal Technique (SMART) (Teknik Selamat Pembuangan Amalgam Mercuri) yang disokong secara saintifik dan menggunakan pemisah amalgam pergigian, pengairan air, sedutan berkuasa tinggi, topeng menapis merkuri, dan banyak lagi langkah keselamatan lain.

IAOMT juga mencipta "The SMART Choice" (Pilihan Bijak) untuk menjelaskan protokol SMART, mengapa ia penting dan bagaimana pesakit boleh mencari doktor pergigian yang mempunyai latihan SMART. Kempen dari akar umbi ini menggalakkan komunikasi antara pesakit dan doktor pergigian tentang pembuangan tampalan amalgam merkuri yang selamat.

Hubungi: Jack Kall, DMD, Pengerusi Lembaga Pengarah IAOMT, info@iaomt.org
Amanda Just, Pengarah Program, IAOMT, amanda.just@iaomt.org 
Telefon: (863) 420-6373; Laman web: www.iaomt.org

Source: International Academy of Oral Medicine and Toxicology
Related Links:
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Advocacy Group Opinion Not for profit