omniture

Oil Insurance Limited (OIL) Isytihar Dividen $200 Juta, Benarkan Pengurusan Laksana Pelan Strategik 2016

Oil Insurance Limited (OIL)
2016-12-15 12:35 844

HAMILTON, Bermuda, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Ketika mengadakan Mesyuarat Lembaga Disember 2016 yang berlangsung pada hari Khamis, 8 Disember lalu, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen sebanyak $200 juta dibayar pada atau sebelum 31 Disember 2016. Pihak Lembaga membuat perisytiharan ini, berhubung dengan perisytiharan dividen sebanyak $200 juta pada 31 Mac 2016 yang telah dibayar awal tahun ini, berdasarkan kedudukan modal kukuh OIL dan rancangan pengurusan modal syarikat yang mantap.

Selain keputusan berhubung dividen itu, pihak Lembaga turut membenarkan pihak pengurusan meneruskan rancangan untuk melaksanakan Pelan Strategik 2016 yang merangkumi bidang-bidang utama operasi berikut: Tawaran Produk, Khidmat Ahli dan Pemasaran & Pengagihan. Pelan akhir akan dikongsi bersama ahli-ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mac 2017.

Roberto Benzan, Pengerusi OIL, mengulas "Dividen sebanyak $200 juta itu memperlihatkan komitmen pihak Lembaga untuk memberi pulangan kepada pemegang saham OIL ketika ia merupakan suatu yang bijak untuk dilaksanakan." Beliau menambah bahawa "Pelan Strategik yang baru dibenarkan itu diwujudkan agar dapat terus memajukan dan menonjolkan proposisi nilai unik OIL untuk pemegang saham kami dan saya amat menantikan pelaksanaannya."

Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan OIL dan keputusan kewangan suku tahunan 2016 setakat 30 September, sila layari http://www.oil.bm.

Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih $2.9 trilion aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahlinya yang memiliki had hartanah sehingga $400 juta yang berjumlah lebih $19 bilion bagi kapasiti hartanah bertaraf-A. Ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana hingga besar yang memiliki aset harta fizikal bernilai sekurang-kurangnya $1 bilion serta penarafan gred pelaburan atau yang setaraf dengannya. Produk-produk yang ditawarkan termasuk Hartanah (Kerosakan Fizikal), Ribut, Pencemaran Tak Berperingkat, Kawalan Telaga, Keganasan, Siber, Pembinaan dan Kargo. Sektor-sektor industri yang dilindungi oleh OIL termasuk sektor Penemuan & Penghasilan Luar Pesisir dan Darat, Penapisan dan Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik dan sektor-sektor perniagaan tenaga lain yang berkaitan.

Sumber: Oil Insurance Limited (OIL)

 

Source: Oil Insurance Limited (OIL)
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Dividends