omniture

M'KIS, STEAM Melangkah Gagah Ke Hadapan

Mont’Kiara International School
2016-12-15 14:55 693

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Mont'Kiara International School (M'KIS) berdedikasi kepada pelaksanaan dan kemajuan program seluruh sekolah untuk bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM). M'KIS, sebuah sekolah berkurikulum Amerika Utara yang utama di Malaysia, percaya bahawa pendidikan sentiasa berkembang dan perlu kekal tangkas dan relevan. Menerusi fokus yang diperbaharui terhadap bidang-bidang utama ini, M'KIS memperlihatkan kemajuan yang baik dalam usaha menetapkan penanda aras dan mengekalkan keputusan akademik yang cemerlang.

Para pelajar berseronok selama sejam melakukan pengekodan komputer di M’KIS
Para pelajar berseronok selama sejam melakukan pengekodan komputer di M’KIS

"Digandingkan dengan komitmen hebat M'KIS terhadap bidang seni, kami bersedia menawarkan program-program sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang bersifat inovatif, relevan serta menarik. Matlamat kami untuk tahun hadapan adalah untuk mula menawarkan program kejuruteraan, robotik dan pengekodan komputer di sekolah menengah rendah. Usaha berikutnya akan melibatkan sekolah rendah dan juga sekolah tinggi." Kenyataan niat yang menarik ini merupakan kemuncak kepada kajian semula yang komprehensif selama seratus hari dan juga cadangan-cadangan yang berkaitan daripada Pengetua Sekolah M'KIS, En. Trevor Laboksi.

Menerusi jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan AS, Presiden Barack Obama telah menjadi penyokong utama program ini sepanjang menyandang jawatan beliau selama dua penggal, dan pada 23 Mac 2015, beliau dipetik sebagai berkata, "Sains bukan sekadar mata pelajaran di sekolah, atau jadual berkala, mahupun sifat-sifat gelombang. Ia merupakan satu pendekatan terhadap dunia, cara yang penting untuk memahami, meneroka dan berinteraksi dengan dunia, dan seterusnya mempunyai kapasiti untuk mengubah dunia… ".

Sejajar dengan penghabisan kajian semula program sains yang ekstensif, cadangan daripada Pengarah Kurikulum, En. Paul Henderson untuk M'KIS sangat memberi sokongan "…bahawa kita meletakkan sasaran yang tinggi dengan menaik taraf program sains untuk melengkapkan para graduan kita memenuhi keperluan sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik (STEAM) untuk generasi seterusnya. M'KIS akan meningkatkan jangkaan prestasi dan menyediakan program-program baharu yang menarik. Bermula dengan pengekodan dan sains komputer, kepada kejuruteraan dan juga robotik, masa depan kita kelihatan cerah dan meyakinkan!"

Latar Belakang Sekolah Antarabangsa Mont'Kiara

Beroperasi sejak tahun 1994, Mont'Kiara International School (www.mkis.edu.my) ialah sebuah sekolah antarabangsa Berkurikulum Amerika Utara Pratadika hingga Gred 12 yang diakreditasi sepenuhnya, sebahagian besarnya adalah untuk memenuhi keperluan keluarga ekspatriat. Populasi pelajar M'KIS mewakili 53 warganegara. M'KIS dilesenkan oleh Kementerian Pendidikan, Malaysia, dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia. M'KIS turut diakreditasi oleh Western Association of Schools and Colleges (Persatuan Sekolah dan Kolej Barat) (WASC), Amerika Syarikat dan disahkan sebagai IB World School oleh International Baccalaureate Organization (IBO).

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161214/8521608147

 

Source: Mont’Kiara International School
Related Links:
Keywords: Education Higher Education New products/services