LOS ANGELES, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Di USC Town and Gown pada hari Isnin, 12 Disember lalu, Dekan Pinchas Cohen daripada USC Leonard Davis School of Gerontology, mengumumkan pewujudan jawatan Kerusi Gerontologi Kevin Xu dan penghormatan kepada Makmal Sains Hayat Regeneratif Rongxiang Xu, yang dijayakan hasil sokongan murni daripada usahawan bioteknologi, Kevin Xu.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/449552/Mebo_International_Kevin_Xu.jpg
Kevin Xu akan menyokong fakulti tersebut mencapai matlamatnya untuk menggalakkan penuaan yang sihat dalam kalangan individu, komuniti dan masyarakat menerusi kepimpinan serta inovasi dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan juga amalan.
"Contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa saya memberi inspirasi kepada saya untuk membantu orang lain, apa yang mereka berikan kepada saya adalah lebih daripada sekadar nasihat – ia adalah satu cara hidup. Kehidupan manusia merupakan komoditi paling berharga dan standard tertinggi kami ialah kesejahteraan umat manusia," kata Kevin Xu. "Ketika penduduk global meningkat usia, saya berasa bangga dapat menyokong USC Davis School ketika mereka membuat penemuan penyelidikan baharu dan melatih pemimpin dan usahawan gerontologi generasi seterusnya."
"Kevin dan mendiang bapanya, Rongxiang Xu telah memperlihatkan komitmen untuk memanfaatkan penemuan saintifik demi meningkatkan kualiti kehidupan generasi masa kini dan juga masa depan," kata Cohen.
Rongxiang Xu ialah seorang pakar bedah terlatih yang pakar dalam membangunkan rawatan terapi luka baharu. Hasil penyelidikan beliau dalam pembaikan dan pertumbuhan semula tisu mendorong kepada beberapa perolehan paten A.S. dan juga perkembangan syarikat multinasional, MEBO International.
Sebagai sebahagian daripada majlis pewujudan jawatan itu, Cohen menyampaikan Pingat Dekan kepada Dr. Li Li, balu Rongxiang Xu dan ibu Kevin – penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh fakulti tersebut kepada rakan-rakan kongsi serta penyokongnya. Kevin Xu dan Profesor George Shannon daripada USC Davis School turut dihadiahkan dengan kerusi replika kecil yang melambangkan pewujudan jawatan kerusi yang baru dinamakan itu. Shannon terpilih sebagai pemegang sulung jawatan kerusi tersebut dan akan menyandang jawatan sebagai pengarah makmal yang baru dinamakan itu.
"Saya berbesar hati kerana dilantik menyandang jawatan ini," kata Shannon, "Makmal Rongxiang Xu, Kerusi Kevin Xu dan Anugerah Brighten merupakan wasiat antara generasi berhubung kepentingan bidang gerontologi dan kepimpinan USC dalam bidang ini."
Semasa majlis tersebut, Timbalan Dekan Davis School Kelvin Davies memperkenalkan pegawai-pegawai dilantik yang turut menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Xu daripada Kongres Amerika Syarikat dan Negeri California. Pegawai-pegawai dilantik yang memberi penghormatan kepada Xu itu termasuk Ahli Kongres, Ted Lieu, Ahli Kongres Judy Chu, Bendahari California John Chiang, Ahli Dewan Undangan California Phillip Chen, mantan Datuk Bandar Yorba Linda Craig Young dan Datuk Bandar Diamond Bar Jimmy Lin.
Hubungi: Tom Tao, taogx@mebo.com