omniture

OGT Perluas Rangkaian Prob FISH Sarkoma Cytocell

Tambahan tiga prob sarkoma baharu hasilkan portfolio terbesar dalam pasaran
Oxford Gene Technology (OGT)
2016-12-15 22:01 768

OXFORD, England, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Gene Technology (OGT), Syarikat Genetik Molekular, memperluas rangkaian prob penghibridan in situ pendarfluor (FISH) Cytocell Aquarius® untuk patologi. OGT turut memperkenalkan tiga prob baharu: FUS Breakapart dan FOXO1 Breakapart, kedua-duanya berlabel CE-IVD, serta TFE3 Breakapart, untuk tujuan penyelidikan sahaja. Peluasan rangkaian ini mengukuhkan lagi komitmen OGT dalam usaha menyediakan rangkaian paling komprehensif dan terkini dalam pasaran, selain melancarkan kerja-kerja penyelidikan dan diagnosis terhadap kanser.

Dibangunkan hasil respons terhadap keperluan pelanggan, gen untuk kedua-dua FUS dan FOXO1 dikaitkan dengan beberapa penyakit neoplastik yang melemahkan. Pengulangan penyusunan semula membabitkan gen FUS dengan beberapa gen berbeza yang berkaitan telah dilaporkan dalam pelbagai jenis penyakit neoplastik, khususnya sarkoma tisu lembut dan leukemia mieloid akut. Translokasi melibatkan gen FOXO1 dikaitkan dengan hampir 80% kes rabdomiosarkoma alveolar.

Mengulas tentang pelancaran prob FISH Aquarius yang terbaharu, Steve Chatters, Pengurus Produk Kanan untuk Patologi di OGT menjelaskan: "Prob baharu ini begitu jelas sekali menunjukkan komitmen OGT dalam usaha menjadi peneraju pasaran untuk prob FISH berkualiti tinggi dalam bidang penyelidikan kanser yang pantas berkembang; menerusi lebih 20 prob FISH baharu yang diperkenalkan tahun lalu, portfolio FISH Cytocell merupakan portfolio yang terbaik dari segi rangkaian dan kualiti. Kami komited untuk sentiasa memenuhi harapan pelanggan dengan terus memperluas rangkaian prob FISH kanser Cytocell pada tahun 2017."

Hasil daripada kekhususan yang sangat baik, prob FISH Cytocell Aquarius dapat memberikan isyarat berketumpatan tinggi dengan latar belakang berpendarfluor yang rendah. Prob dibekalkan sebagai penyelesaian pracampur yang sedia digunakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kesilapan dalam eksperimen, selain memberikan keputusan yang meyakinkan.  

Dalam portfolio Cytocell ini, Prob Merah Proksimal FUS, Prob Hijau Distal FUS, Prob Hijau Proksimal FOXO1, Prob Merah Distal FOXO1, Prob Merah Proksimal TFE3 dan Prob Hijau Distal TFE3 telah dilancarkan sebagai Reagen Khusus Analit (ASR) di Amerika Syarikat.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/406091LOGO 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161208/447004 )

Source: Oxford Gene Technology (OGT)
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services