SANTA CLARA, California, 16 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Collinear Networks, Inc. (Collinear) yang berpangkalan di Silicon Valley mengumumkan kolaborasi berterusan selama 2.5 tahun dengan Lockheed Martin Corporation (Lockheed Martin) untuk memajukan rancangannya mengkomersialkan teknologi transmisi tanpa-wayar berkapasiti tinggi di seluruh dunia untuk pengendali rangkaian telekomunikasi.
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/449825/Collinear_Networks_and_Lockheed_Martin_Logo.jpg
Collinear telah bekerjasama dengan Lockheed Martin Space Systems menerusi perjanjian pelesenan dan pembangunan eksklusif yang dimeterai pada Jun 2014 bagi mengkomersialkan produk transmisi tanpa-wayar titik-ke-titik hibrid yang dibangunkan oleh Lockheed Martin Space Systems yang menggabungkan teknologi Optik Angkasa Bebas (FSO) dan Frekuensi Radio (RF) yang inovatif. Perjanjian tersebut memberikan hak pemasaran dan jualan bukan kerajaan yang eksklusif ke seluruh dunia.
Penggunaan internet dan data mudah alih di dunia sedang berkembang manakala teknologi transmisi data sedia ada dicabar untuk menangani permintaan kapasiti yang semakin meningkat ini dengan cara yang berkesan kos. Penggunaan produk-produk transmisi tanpa-wayar titik-ke-titik ini melibatkan mobiliti, infrastruktur tetap dan mudah alih, Internet Komunikasi Benda, automotif, rangkaian tentuan perisian serta angkut balik mudah alih dan tetap.
Collinear menyepadukan teknologi rangkaiannya dengan penyelesaian hibrid ini, yang Collinear jangkakan bakal memberi manfaat terhadap elemen berkaitan kapasiti dan jarak; kepintaran rangkaian dengan suis bersepadu yang dapat menyediakan ciri yang akan menyokong peralihan kepada seni bina baharu seperti 5G dan rangkaian tentuan perisian; serta pelaksanaan berkos rendah apabila dibandingkan dengan teknologi sedia ada.
Collinear merancang saiz dan berat yang diperlukan oleh teknologi tersebut akan membolehkan seorang juruteknik memasang teknologi itu ke dalam infrastruktur rangkaian sedia ada. Collinear meramalkan teknologi itu akan melengkapi atau menggantikan infrastruktur tanpa-wayar sedia ada, meningkatkan kapasiti dengan ketara, di samping menghapuskan keperluan terhadap penggunaan gentian yang amat mahal dan mencabar.
"Kami berasa amat teruja untuk mengumumkan kolaborasi ini," kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Collinear, John Drury. "Collinear dan Lockheed Martin telah menjalin kerjasama selama beberapa tahun untuk mengkomersialkan teknologi ini dan Collinear teruja untuk memasarkan teknologi ini yang memiliki prestasi termaju untuk syarikat telekomunikasi dan juga pengguna perusahaan."
"Kami hargai peluang untuk bekerjasama dengan Collinear bagi membangunkan teknologi komunikasi hibrid ini yang memanfaatkan kepakaran Lockheed Martin dalam teknologi RF serta optik dengan pengalaman Collinear dalam teknologi rangkaian," kata Rick Ambrose, Naib Presiden Eksekutif Lockheed Martin Space Systems.
Menurut perjanjian pelesenan dan pembangunan itu, para saintis dan jurutera di Lockheed Martin Silicon Valley berkolaborasi dengan pakar-pakar Collinear untuk menyiapkan reka bentuk produk. Collinear menyasarkan pelancaran komersial akan dibuat pada akhir tahun 2017.
"Hari ini ialah hari yang hebat untuk Collinear. Kami telah mengumumkan kepada orang ramai berhubung kolaborasi kami dengan Lockheed Martin setelah 30 bulan melakukan kerja dengan penuh dedikasi. Kami berharap dapat membawakan produk kami ke pasaran demi memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin meningkat dengan menyediakan pilihan kapasiti yang optimum dengan jarak yang penting untuk mereka," kata Dana Waldman, Ketua Pegawai Eksekutif Collinear yang baru dilantik.
Latar Belakang Collinear Networks, Inc.
Beribu pejabat di Santa Clara, California, Collinear Networks merintis teknologi rangkaian tanpa-wayar bersama Lockheed Martin untuk menyediakan kapasiti yang diperlukan dan mendayakan era "sentiasa terhubung". Syarikat ini dipimpin oleh pasukan yang berpengetahuan luas dengan pengalaman kolektif selama lebih 250 tahun berkaitan antarabangsa, teknologi dan pengurusan.
Latar Belakang Lockheed Martin
Beribu pejabat di Bethesda, Maryland, Lockheed Martin ialah sebuah syarikat keselamatan dan aeroangkasa bertaraf global yang menggajikan kira-kira 98,000 kakitangan di seluruh dunia dan terlibat terutamanya dalam penyelidikan, reka bentuk, pembangunan, pembuatan, penyepaduan dan pemeliharaan kemampanan sistem, produk serta perkhidmatan teknologi termaju.
Maklumat Perhubungan Media:
Collinear: Gloria Arevalo, +1 408-219 2352, info@collinear.com
Lockheed Martin: Sydney Owens, +1 408-756-1241, sydney.c.owens@lmco.com
Maklumat lanjut: www.collinear.com