omniture

Mahindra Comviva, Dengan Kolaborasi Mobile World Live, Lancar Laporan Tinjauan 'Business of Tomorrows'

Mahindra Comviva
2016-12-19 07:51 531

LONDON, 19 Disember 2016 /PRNewswire/ --

  • Pengurusan Pengalaman Pelanggan Muncul sebagai Bidang Keutamaan Penting untuk Operator Diikuti dengan Data Besar, NFV, SDN, Pengkomputeran Awan, BSS/OSS dan AR dan VR
  • Operator Bersemangat untuk Tingkat Usaha dan Pelaburan dalam Bidang Data Besar, untuk Pacu Saham Pasaran dan Arus Pendapatan Luar

Mahindra Comviva, peneraju dunia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, telah melancarkan laporan tinjauan 'The Business of Tomorrows'(Perniagaan Masa Hadapan). Tinjauan itu dijalankan dengan kolaborasi Mobile World Live, sebuah hub komunikasi dalam talian untuk industri mudah alih global. Pengendali yang merentasi pelbagai segmen, termasuk keseluruhan landskap industri, pembayaran mudah alih, 5G, kandungan, analitik pelanggan dan jalur lebar mudah alih telah dikaji selidik.

    (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Laporan itu telah menyediakan analisis lengkap tentang impak teknologi baharu yang terkini dan yang baru muncul pada ekosistem telekomunikasi yang lebih luas. Menurut tinjauan tersebut, IOT memiliki potensi yang sangat besar. Bagi 75 peratus daripada responden, IOT akan memacu pertumbuhan ruang Internet pada masa hadapan. Bagi 32 peratus lagi, pelaksanaan bandar pintar mampu muncul sebagai penggunaan terbesar 5G, membolehkan bandar di seluruh dunia dihubungkan kepada pelbagai jenis infrastruktur dan kemudahan.

Pengurusan Pengalaman Pelanggan juga akan menjadi sebahagian penting daripada strategi ini, sebagaimana yang telah dikenal pasti dalam tinjauan ini. 63 peratus daripada responden dijangka melabur dalam pengalaman pelanggan proaktif, disebabkan oleh kenaikan pada analitik ramalan, deskriptif dan preskriptif.

Mengulas tentang kajian tersebut , Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Mahindra Comviva berkata, "Didorong oleh permintaan yang melonjak untuk data mudah alih, peluang dalam perkhidmatan kandungan digital dan kewangan mudah alih yang dikukuhkan dengan potensi kewujudan 5G, jelas sekali operator mempunyai peranan besar dalam membentuk Business of Tomorrows yang dipacu oleh penggunaan teknologi baharu yang membawa kepada inovasi dan pertumbuhan. Kami sangat komited untuk bekerja dalam ekosistem ini bagi memacu kesediaan masa depan operator, untuk membawa  transformasi industri kepada tahap yang lebih tinggi."

Menurut tinjauan, tiada peneraju yang jelas dalam ruang pembayaran mudah alih ini. Beberapa segmen telah muncul dalam bidang ini dan sewaktu teknologi terus berkembang, rangkuman kewangan untuk orang ramai perlu dikekalkan sebagai faedah dan keutamaan penting.

Menurut tinjauan, para pengendali perlu menyelaraskan strategi mereka untuk menangani cabaran seperti kemampuan, isu berkaitan  CAPEX (perbelanjaan modal) dan OPEX (perbelanjaan kendalian), pengekalan pelanggan, dan satu strategi komprehensif memanfaatkan peluang data ini.

Muat turun tinjauan Penuh di sini - https://mahindracomviva.viewpage.co/TBOT_survey

Sila hubungi:
Sundeep Mehta
E-mel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research