omniture

Wi-SUN Alliance Majukan Bandar Pintar, IoT India Setelah Lengkapkan Acara Saling Boleh Kendali Pertama IEEE802.15.4u PHY

Wi-SUN Alliance
2016-12-19 22:00 502

Kejayaan Acara Ujian Bawa Wi-SUN Setapak Lebih Hampir Lancar Program Pensijilan Rangkaian Kawasan Lapangannya

MORGAN HILL, California, 19 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Wi-SUN Alliance, satu ekosistem global syarikat-syarikat yang ingin mempercepatkan pelaksanaan Rangkaian Kawasan Lapangan (FAN) dan Internet Komunikasi Benda (IoT), hari ini mengumumkan kejayaan acara ujian saling boleh kendali bagi spesifikasi RF lapisan fizikal IEEE 802.15.4u untuk India, sesuai digunakan dalam spesifikasi FAN Wi-SUN. Profil FAN Wi-SUN ialah satu teknologi peneraju untuk digunakan dalam Industri Utiliti, termasuk Prasarana Pemeteran Termaju dan Pengautomatan Pengagihan, selain aplikasi Bandar Pintar, seperti lampu jalan, pengurusan lalu lintas dan juga aplikasi prasarana bandar yang lain.

Peserta-peserta acara tersebut, termasuk syarikat-syarikat ahli Analog Devices, Landis + Gyr, Procubed, Renesas dan Silver Spring Networks mendemonstrasikan ciri saling boleh kendali berbilang vendor menggunakan produk-produk yang tersedia masa kini yang beroperasi dalam jalur frekuensi India. Acara ujian itu dianjurkan oleh TUV Rheinland di Makmal Ujian Tanpa-Wayar, bertempat di Bangalore, India. Acara saling boleh kendali seterusnya akan memuktamadkan spesifikasi ujian pensijilan itu dan membolehkan pelancaran program pensijilan dibuat.

"Wi-SUN ialah peneraju industri bagi penyelesaian jejaring tanpa-wayar saling boleh kendali di seluruh India," kata Phil Beecher, pengerusi, Wi-SUN Alliance. "Komitmen Wi-SUN Alliance terhadap ciri saling boleh kendali berbilang vendor akan memberikan lebih banyak produk yang menyokong kadar data yang lebih baik, prestasi, kelasakan dan keselamatan untuk Bandar Pintar serta pelaksanaan IoT di seluruh India."

Wi-SUN Alliance mengguna pakai IEEE 802.15.4u sebagai lapisan PHY untuk India bagi profil FAN Wi-SUN. Spesifikasi FAN Wi-SUN ini membantu syarikat perusahaan, penyedia perkhidmatan, utiliti dan majlis perbandaran dengan mendayakan komunikasi IPv6/6LoWPAN yang saling boleh kendali, berbilang perkhidmatan dan selamat menerusi rangkaian jejaring tanpa-wayar berasaskan IEEE 802.15.4g. FAN didayakan jejaring ini menyediakan fungsi ketersambungan yang kukuh, selamat dan berkesan kos dengan liputan yang amat bagus dalam pelbagai persekitaran topografi, bermula dengan kawasan kejiranan bandar yang padat kepada kawasan luar bandar yang mempunyai prasarana tambahan yang rendah.

Latar Belakang Wi-SUN Alliance
Wi-SUN Alliance ialah sebuah persatuan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang utama dalam industri yang komited terhadap pensijilan dan perkembangan penyelesaian tanpa-wayar saling boleh kendali Wi-SUN berasaskan piawaian IEEE 802.15.4g untuk digunakan dalam Utiliti Pintar, Bandar Pintar dan aplikasi IoT lain yang memerlukan keupayaan Rangkaian Kawasan Lapangan (FAN) yang tangkas, menerusi piawaian global terbuka. Keahlian dalam Wi-SUN Alliance terbuka kepada semua pihak berkepentingan industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.wi-sun.org.

Wi-SUN Alliance dan logo Wi-SUN Alliance ialah tanda dagangan Wi-SUN Alliance.

 

Source: Wi-SUN Alliance
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Semantic Web Telecommunications Wireless Communications New products/services Not for profit